22 June 2026 (Isnin)
Hari Isnin Biasa XII
Pembacaan Pertama: Kitab Kedua Raja-Raja 17:5-8.13-15a.18
Pembacaan Mazmur: Mazmur 60:3.4-5.12-13; Refren: 7b
Bait Pengantar Injil. Alleluia: Ibrani 4:12
Pembacaan dari Injil Santo Matius: Matius 7:1-5
Kalender Liturgi 2026 Tahun A/II.
Warna Liturgi Hijau atau Merah.
Madah
Marilah kita bernyanyi
Dengan gembira memuji
Kejayaan para kudus
Yang dibunuh demi Kristus.
Berkat imannya yang kuat
Dan dibantu oleh rahmat
Mereka bertekad bulat
Setya sampai akhir hayat.
Meskipun diancam maut
Tidaklah mereka takut
Sebab Tuhan mendampingi
Dengan kuasa ilahi.
Mari mohon pada Tuhan
Agar kita digabungkan
Pada rombongan pahlawan
Sepanjang segala zaman. Amen.
BACAAN PERTAMA: Bacaan dari Kitab Kedua Raja-Raja 17:5-8.13-15a.18
“Tuhan menjauhkan Israel dari hadapan-Nya, dan tidak ada yang tinggal kecuali suku Yehuda saja.”
Pada waktu itu setelah memenjarakan Raja Hosea, Salmaneser, raja Asyur, menjelajah seluruh negeri Israel. Ia menyerang Kota Samaria dan mengepungnya selama tiga tahun. Dalam tahun kesembilan zaman Raja Hosea raja Asyur merebut Samaria. Ia mengangkut orang-orang Israel ke Asyur, ke dalam pembuangan, dan menyuruh mereka tinggal di Halah, di tepi Sungai Habor, yakni sungai negeri Gozan, dan di kota-kota orang Madai. Hal itu terjadi, karena orang Israel telah berdosa kepada Tuhan, Allah mereka, yang telah menuntun mereka dari tanah Mesir, dari kekuasaan Firaun, raja Mesir, dan karena mereka telah menyembah allah lain. Lagi pula mereka telah hidup menurut adat istiadat bangsa-bangsa yang telah dihalau Tuhan dari depan orang Israel, dan menurut ketetapan yang telah dibuat raja-raja Israel.
Tuhan telah memperingatkan orang Israel dan orang Yehuda dengan perantaraan semua nabi dan semua pelihat, “Berbaliklah kalian dari jalan-jalanmu yang jahat itu; dan tetaplah mengikuti segala perintah dan ketetapan-Ku, sesuai dengan segala undang-undang yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyangmu dan yang telah Kusampaikan kepada mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Ku para nabi.” Tetapi mereka tidak mau mendengarkan; mereka bertegar hati seperti nenek moyangnya yang tidak percaya kepada Tuhan, Allah mereka. Mereka menolak ketetapan dan perjanjian Tuhan, yang telah diadakan dengan nenek moyang mereka, mereka membuang peraturan-peraturan Tuhan yang telah disampaikan kepada mereka. Sebab itu Tuhan sangat murka kepada Israel, dan menjauhkan mereka dari hadapan-Nya; tidak ada yang tinggal kecuali suku Yehuda saja.
Demikianlah sabda Tuhan
U. Syukur kepada Allah.
MAZMUR TANGGAPAN:
Mazmur 60:3.4-5.12-13; Refren: 7b
Ref. Selamatkanlah
kami dengan tangan kanan-Mu, ya Tuhan, dan jawablah kami.
1. Ya Allah, Engkau telah membuang kami,
dan menembus pertahanan kami; Engkau telah murka; pulihkanlah kami!
2. Engkau telah menggoncangkan bumi dan
membelahnya; perbaikilah retak-retaknya, sebab kami telah goyah. Engkau telah
membuat umat-Mu mengalami penderitaan yang berat, Engkau telah memberi kami
minum anggur yang memusingkan.
3. Bukankah Engkau, ya Allah, yang telah
membuang kami? Bukankah Engkau tidak maju bersama bala tentara kami? Berikanlah
kepada kami pertolongan terhadap lawan, sebab sia-sialah penyelamatan dari
manusia.
BAIT PENGANTAR INJIL: Ibrani 4:12
R. Alleluia, alleluia.
Firman Tuhan itu hidup dan kuat, menusuk ke dalam jiwa dan
roh.
BACAAN INJIL: Inilah Injil Yesus Kristus menurut Matius 7:1-5
“Keluarkanlah dahulu balok dari matamu sendiri.”
Dalam kotbah di bukit, Yesus berkata, “Janganlah menghakimi, supaya kalian tidak dihakimi. Karena dengan penghakiman yang telah kalian pakai untuk menghakimi, kalian sendiri akan dihakimi. Dan ukuran yang kalian pakai untuk mengukur akan ditetapkan pada kalian sendiri. Mengapakah engkau melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok dalam matamu sendiri tidak engkau ketahui? Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari matamu’, padahal di dalam matamu sendiri ada balok? Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu sendiri, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu.”
Demikianlah Injil Tuhan
U. Terpujilah Kristus.
Untuk renungan kita hari ini:
Bahan renungan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat khususnya untuk kegunaan peribadi, keluarga dan komuniti. Setiap kelompok dan kumpulan mahupun Kongregasi yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) digalakkan untuk menggunakannya secara bebas.
Renungan pembacaan pada hari ini.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,
Melihat kejadian dan peristiwa di dunia ini, Gereja Katolik kita berhadapan dengan konflik dan isu semasa. Perang dan damai masih belum tercapai. Pelbagai lagi isu semasa yang kini dipaparkan di media sosial seperti pergaduhan, kes dadah dan juga yang melibatkan denda wang tetapi tidak di bayar atas arahan pihak Mahkamah, sehingga di dapati bersalah dan kemudian di jatuh hukum penjara. Kejadian ini menentukan siapa kita ini seterusnya di masa hadapan. Mari kita siapkan hati kita untuk membaca dan mendengar pembacaan pada hari ini. Seperti di dalam sahutan Mazmur hari ini, “Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu, ya Tuhan, dan jawablah kami.” (Refren: 7b), kita mulakan doa dan renungan kita dan memohon agar Tuhan sentiasa menjawab dan menyelamatkan manusia dari dosa dan kejahatan.
Di dalam pembacaan pertama ini, bangsa Israel tercerai-berai di antara bangsa-bangsa penyembah berhala kerana mereka tidak taat kepada Allah. Itulah hukuman yang mereka terima. Walaupun mereka sudah mendapat peringatan dari Tuhan, tetapi mereka tetap menolak ketetapan dan perjanjian Tuhan. Oleh kerana itu, Tuhan sangat murka pada mereka dan menjauhkan mereka dari hadapan-Nya. Hukuman yang mereka terima itu merupakan pelajaran bagi kita. Kesetiaan pada Tuhan perlu kita laksanakan setiap hari. Kita semua mesti setia kepada Allah. Ini kerana Allah telah berfirman, “Berbaliklah kamu daripada jalan-jalanmu yang jahat itu dan tetaplah ikuti segala perintah dan ketetapan-Ku, sesuai dengan segala undang-undang yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyangmu dan yang telah Kusampaikan kepada mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Ku, para nabi.” (Kitab 2 Raja-raja 17:13)
Jika hari ini kamu mendengar suara Tuhan, jangan keraskan hatimu. Dan jika kita pada hari ini sungguh-sungguh mengikuti apa yang telah difirmankan oleh Allah, kita membangun Kerajaan Allah di dunia ini menurut kehendak-Nya. Tetapi jika kita sengaja dan tidak mahu mengikuti segala apa yang telah difirmankan oleh Allah disini, dapatkah kita menjadi garam dan terang dunia? Melihat akan tanda-tanda zaman ini, saya cukup yakin bahawa, semua kejadian dan peristiwa yang telah saya sebutkan tadi berpunca daripada diri kita sendiri. Kita sebenarnya yang memulakan dosa dan kejahatan tersebut sehingga membawa orang lain meniru dan mengikuti cara hidup kita. Ini kerana tiada manusia yang nampak perbuatan kita. Ingatlah bahawa Tuhan memberikan kesempatan kepada kita pada hari ini agar kita bertobat dan kembali kepada Dia.
Firman Allah ini merupakan perintah-Nya yang harus kita ikuti. Inilah yang saya lihat bahawa manusia di zaman kita ini memerlukan teguran. Dan kita yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) perlu bekerjasam agar dosa-dosa dan kejahatan ini tidak akan berulang lagi. Inilah tanggungjawab dan pelayanan anda semua. Lakukanlah menurut apa yang telah diperintahkan oleh Tuhan pada hari ini. Dan pembacaan Injil hari ini juga meminta kita agar tidak menghakimi orang lain kerana kita sendiri memiliki kelemahan serupa dengan “balok” dalam diri kita. Teguran Yesus ini mengingatkan kita agar pertama-tama melihat dahulu pada diri kita sendiri. Periksalah cara hidup dan pelayanan kita. Dan pada masa yang sama memeriksa hati kita ini adakah masih ada tanda-tanda dosa yang tersembunyi itu. Hanya kita sahaja yang mengetahuinya.
Jangan malu dan segan untuk mencuba mengatasi dosa dan kelemahan pada dari sendiri sebelum kita mencuba untuk memperbaiki atau menghakimi orang lain. Sila perhatikan pembentukan diri kita disini. Sikap ini mengandaikan kita untuk mahu lebih rendah hati dan menyedari keterbatasan dan kelemahan pada diri kita sendiri. Yesus menegaskan disini, “Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu.” (Matius 7: 5) Ini adalah metafora yang menggambarkan bahaya kemunafikan dan kecenderungan manusia untuk lebih fokus pada kesalahan orang lain daripada kesalahannya sendiri. Dan balok dan selumbar pula adalah perumpamaan terkenal yang mempunyai erti dari segi teologi katolik.
Selumbar ini adalah serpihan kayu yang sangat kecil, iaitu yang melambangkan kesalahan atau kekurangan kecil yang ada pada diri sesama. Dan balok pula adalah potongan kayu besar untuk bangunan, iaitu yang melambangkan dosa atau kesalahan yang jauh lebih besar dan kecelakaan yang ada pada diri sendiri. Jika kita kaitkan dengan pembacaan pertama ini, pesan Injil hari ini kiranya sangat jelas dan tegas bahawa jangan kamu menghakimi, supaya kamu tidak dihakimi. Sering terjadi bahawa kita menghakimi orang lain tanpa mengetahui apa punca masalah sebenarnya terjadi. Kita boleh menunggu dan mengambil sikap yang tenang supaya kita tahu apa perkara sebenarnya yang telah terjadi. Jangan malas untuk mencari apa yang sebenarnya terjadi. Yesus juga mengingatkan kepada kita untuk tidak memandang yang lain sebagai tempat penghakiman. Boleh jadi apa yang terjadi pada orang lain itu sebenarnya sedang terjadi pada kita.
Oleh yang demikian, saya mengajak anda semua untuk melihat banyak hal secara lebih luas dan lebih dalam lagi. Lihatlah secara lebih dalam lagi seperti cara Yesus melihat pada diri kita masing-masing. Inilah yang boleh membuat kita untuk belajar hidup dalam bimbingan dan kebijaksaan Tuhan. Turutilah apa yang telah diajarkan oleh Yesus pada kita hari ini. Kamu akan menjadi seorang Rakan Pembimbing Rohani dan Pelayan Atasan yang baik untuk semua orang. Ciri-ciri, personaliti dan kriteria ini menjelaskan kedudukan anda semua sebagai calon Pelayan Atasan Tertinggi di masa hadapan. Saya mahu agar anda semua melihat kembali cara hidup, panggilan dan pelayanan yang telah ditetapkan disini. Saya mengingatkan kepada anda semua bahawa karakter dan personaliti manusia adalah gabungan unik sifat psikologi, emosi, dan tingkah laku yang membezakan seseorang individu dengan yang lain.
Ianya
didorong oleh pemikiran, cara berinteraksi, dan tindak balas terhadap dunia
sekeliling. Tetapi anda semua wajib untuk membentuk diri anda sendiri melalui
pembentukan rohani yang telah saya berikan disini. Dengan bantuan Roh kudus,
saya percaya kita semua akan membangun Kerajaan Allah di dunia ini melalui Misi
dan Visi kita. Gereja Katolik pasti memancarkan kasih, damai, pengampunan dan
kesejahteraan untuk semua masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR). Semua
orang di dunia ini akan mengerti bahawa Tuhan itu ada dan berkarya melalui
Gereja-Nya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik. Tuhan memberkati kita
semua.
Doa Permohonan Pagi dan Petang menurut ajaran Tradisi Suci dan Gereja Katolik
Doa permohonan ini wajib didoakan oleh semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Doa ini boleh didoakan secara peribadi, keluarga, di dalam komuniti terutama sekali untuk kegunaan kelompok atau kumpulan yang telah ditubuhkan. Setiap Kongregasi wajib mendoakan doa-doa permohonan yang telah disediakan mengikut doa resmi Gereja Katolik yang ditetapkan dan diatur secara liturgi dan yang berakar pada Tradisi Suci dan Gereja Katolik.
Doa Permohonan Pagi
Saudara-saudara, para martir wafat demi sabda Allah. Marilah kita memuji penebus kita, saksi yang setia, dan berkata:
U: Engkau telah menebus kami dengan darah-Mu.
P: Ya Tuhan, para martir-Mu rela mati untuk memberi kesaksian tentang iman mereka,* berikanlah kebebasan rohani kepada kami.
P: Para martir-Mu mengakui iman mereka sampai menumpahkan darahnya,* berilah kami kemurnian dan keteguhan iman.
P: Para martir-Mu mengikuti jejak-Mu dengan memanggul salib mereka,* semoga kami dengan berani menanggung kesukaran-kesukaran hidup.
P: Para martir-Mu membasuh pakaian mereka dalam darah Anak Domba,* semoga kami mengalahkan serangan hawa nafsu dan bujukan dosa.
Doa tambahan: Setelah doa-doa ini selesai didoakan, anda semua boleh menggunakan doa dari kata-kata anda sendiri secara spontan dan mengikut keadaan dan situasi masing-masing.
Bapa Kami
Doa Penutup
Allah yang kekal dan kuasa, berkat rahmat-Mu, Santo… dan… sudah rela menderita sengsara dan berani mati demi Kristus Tolonglah kami, orang yang lemah ini, agar kamipun seumur hidup berani mengakui nama-Mu yang kudus. Demi Yesus Kristus, Putera-Mu dan pengantara kami, yang hidup. Demi Yesus Kristus, Putera-Mu dan pengantara kami, yang hidup dan berkuasa bersama Engkau dalam persekutuan Roh Kudus, sepanjang segala masa. Amen.
PEMBUBARAN UMAT
PENUTUP
Dalam perayaan meriah, kalau ada paderi atau diakon, umat dibubarkan sebagai berikut:
I (Paderi) : Tuhan sertamu (atau Tuhan bersamamu)
U (Umat) : Dan bersama rohmu
I (Paderi) : Semoga saudara sekalian diberkati oleh Allah yang mahakuasa, Bapa dan Putera, dan Roh Kudus.
U (Umat) : Amen.
Madah
Kawan sekalian mari melambungkan
Nyanyian pujian untuk memuliakan
Angkatan pahlawan yang tak terkalahkan
Rela mati demi Tuhan.
Mereka dihina dibenci dunia.
Akhirnya disiksa hingga tak bernyawa
Namun sesungguhnya mereka berjaya
Hidup mulia selamanya.
Sungguh mengagumkan semangat pahlawan
Yang tak tergoncangkan di tengah siksaan
Di mana gerangan sumber ketabahan
Jika bukan dalam Tuhan?
Terpujilah Bapa Allah Mahaesa
Terpujilah Putra penebus dunia
Yang mengutus Roh-Nya di tengah Gereja
Untuk selama-lamanya. Amen.
Doa Permohonan Petang
Kristus menggembirakan semua orang yang berharap kepada-Nya. Sebab itu marilah kita berdoa:
U: Pandanglah dan dengarkanlah kami, ya Tuhan.
P: Kristus, Engkaulah saksi yang setia, Engkau telah bangkit dari alam maut, dan dalam darah-Mu Engkau menyucikan kami dari dosa,* semoga kami tetap mengenangkan karya-Mu yang luhur.
P: Semoga semua orang yang Kaupanggil sebagai pewarta Injil,* melayani rahasia kerajaan-Mu dengan tekun dan setia.
P: Raja damai, semoga Roh-Mu memenuhi hati para pemimpin bangsa-bangsa,* supaya mereka memperhatikan orang yang miskin dan papa.
P: Bantulah semua orang yang dipandang hina karena suku atau warna kulit, karena tingkat hidup, bahasa atau agamanya,* agar hak dan mertabat mereka diakui sepenuhnya.
P: Terimalah semua orang yang telah meninggal dalam cinta-Mu dan ikut sertakanlah mereka dalam kebahagiaan,* bersama santa perawan Maria dan semua orang Kudus-Mu.
Doa tambahan: Setelah doa-doa ini selesai didoakan, anda semua boleh menggunakan doa dari kata-kata anda sendiri secara spontan dan mengikut keadaan dan situasi masing-masing.
Bapa Kami
Doa Penutup
Allah yang kekal dan kuasa, berkat rahmat-Mu, Santo… dan… sudah rela menderita sengsara dan berani mati demi Kristus Tolonglah kami, orang yang lemah ini, agar kamipun seumur hidup berani mengakui nama-Mu yang kudus. Demi Yesus Kristus, Putera-Mu dan pengantara kami, yang hidup. Demi Yesus Kristus, Putera-Mu dan pengantara kami, yang hidup dan berkuasa bersama Engkau dalam persekutuan Roh Kudus, sepanjang segala masa. Amen.
PEMBUBARAN UMAT
PENUTUP
Dalam perayaan meriah, kalau ada paderi atau diakon, umat dibubarkan sebagai berikut:
I (Paderi) : Tuhan sertamu (atau Tuhan bersamamu)
U (Umat) : Dan bersama rohmu
I (Paderi) : Semoga saudara sekalian diberkati oleh Allah yang mahakuasa, Bapa dan Putera, dan Roh Kudus.
U (Umat) : Amen.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi / Most High Servant,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih / Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
My vocation is Blessed and Saints.
"I am the most humble of all the Saints in Heaven" Mary, Mother of God."
"I am the handmaid of the Lord, said Mary ‘let what you have said be done to me."
Mother Mary is the most humble Saint in Heaven and she is also the Mother of God for us all
(Luke 1:38)
No comments:
Post a Comment