Renungan dan refleksi pada hari ini.
2 June 2025 (Isnin).
Setelah meneliti dan melihat keadaan sebenar apa yang telah terjadi di kawasan kita masing-masing, saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi tidak menyokong mana-mana pihak mengenai hiburan ataupun tempat untuk tujuan meminum arak. Walaupun tempat ini ada di mana-mana, namun setelah mengalami kesulitan dan tanda-tanda pengaruh duniawi ini, saya telah memutuskan untuk tidak membenarkan semua ahli untuk masuk dan datang ke tempat pusat hiburan ini. Demi memastikan keselamatan dan kesihatan untuk kita semua, adalah di larang sama sekali untuk menggunakan tempat ini sebagai tujuan hiburan dan bersukaria. Saya memahami mengapa kebanyakan orang ramai suka mengunjungi tempat ini kerana berpeluang untuk berkenalan, bercerita dan berehat seketika kerana alasannya hanya untuk melepaskan penat ataupun sekadar untuk meminum minuman keras. Oleh itu demi memastikan Misi dan Visi kita dapat dilaksanakan sesuai dengan cara hidup dan panggilan hidup rohani kita, saya memberikan peringatan wajib disini agar kita semua tidak perlu lagi ke tempat seperti ini. Untuk memahami dan melakukan proses doa discernment, sila rujuk website yang telah di sediakan. Kejadian yang saya alami dari dulu sampailah sekarang ini adalah pengaruh duniawi dan boleh menyebabkan kita akan kehabisan wang yang banyak serta lupa pada diri sendiri kerana pengaruh arak tersebut. Sila pastikan semua ahli untuk mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan. Jika terdapatnya para ahli tidak dapat mengikuti nasihat dan teguran, adalah baik mereka itu perlu disingkirkan daripada setiap kelompok atau kumpulan yang sedia ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Ambillah kesempatan dan renungan ini untuk melakukan pertobatan setiap hari dan seterusnya menjadikan hidup kita ini semakin menyerupai dan hidup seperti Yesus Kristus, difikiran, perkataan, dan perbuatanNya. Inilah panggilan hidup kita sebagai Blessed and Saints.
Rujukan:
https://sites.google.com/view/blessed-and-saints/home
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment