Popular Posts

Friday, December 19, 2025

Renungan dan persiapan dalam percintaan dan kasih sayang serta kehidupan bersama dalam kasih Yesus Kristus

Renungan dan persiapan dalam percintaan dan kasih sayang serta kehidupan bersama dalam kasih Yesus Kristus.

Soalan pertama:
1. Dapatkah pertunangan Katolik itu dibatalkan?
2. Adakah Gereja Katolik membenarkan cerai "talak satu" atau cara penceraian dengan mengikuti agama lain atau ajaran Kristen lain?
3. Pembatalan perkahwinan (annulment) itu dibenarkan oleh Gereja Katolik atau tidak?

Jawapannya adalah dibenarkan dan tidak berdosa. Untuk mengetahui bagaimana dan mengapa isu-isu ini diperbolehkan dan bagaimana Gereja Katolik mengatur kes-kes seperti ini, sila baca ringkasan yang tertulis disini.

Untuk menjawab pertanyaan seperti ini, sila rujuk bacaan singkat yang disediakan disini. Ajaran Katolik tidak dapat disamakan dengan pendapat atau idea orang lain yang lebih menggalakkan cerai "talak satu atau seterusnya" dan ideologi serta pengetahuan iman yang bertentangan dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Magisterium Gereja Katolik. (Sila klik disini)

Masa pertunangan dalam Gereja Katolik itu sendiri tidak "dibatalkan" oleh Katekismus, tetapi Katekismus Gereja Katolik (KGK) mengatur bagaimana pertunangan itu diperjelaskan: sebagai persiapan serius untuk Sakramen Perkahwinan yang sah, menekankan niat untuk berkahwin secara kekal, serta menjauhi dosa seksual seperti hubungan intim sebelum berkahwin, kerana pertunangan adalah janji suci menuju perkahwinan, bukan hanya sekadar pasangan kekasih yang biasa. Jika pertunangan itu gagal, Gereja Katolik mendorong untuk memutuskan pertunangan itu yang bertanggung jawab, namun jika sudah ada perkahwinan yang sah, pembatalan (anulasi) hanya boleh terjadi jika ada kecacatan dalam ikatan perkahwinan itu sendiri dan bukan pembatalan masa tunangan. (Sila klik disini)

Konsep Pertunangan dalam Katekismus Gereja Katolik.

1. Persiapan Menuju Perkahwinan: Pertunangan adalah janji untuk berkahwin dan merupakan masa persiapan spiritual serta praktik untuk hidup bersama seumur hidup dalam Sakramen Perkahwinan, bukan hanya sekadar pasangan kekasih yang biasa.

2. Kesetiaan dan Kesucian: Katekismus menekankan pentingnya hidup suci selama pertunangan, menjauhi hubungan seksual sebelum berkahwin, kerana ini adalah bahagian dari persiapan menuju kesatuan total dalam perkahwinan yang suci.

3. Niat untuk berkahwin: Pertunangan harus memiliki niat yang jelas untuk berkahwin secara sah di dalam Gereja Katolik dengan kesediaan untuk menerima anak dan membesarkan anak-anak dalam iman Katolik. 

Jika Pertunangan Batal/Putus. (Sila klik disini)

Jika pertunangan putus sebelum berkahwin, maka tidak ada "pembatalan" dalam erti hukum gereja, kerana belum ada perkahwinan yang terjadi. Gereja Katolik mendorong agar memutuskan pertunangan dilakukan dengan hormat dan tidak menyakiti sambil tetap menjaga kejujuran peribadi. Pertunangan adalah masa untuk saling berkenalan secara terbuka, baik dari segi kepercayaan kepada pasangan dan tidak bersikap berbohong, menyamar, berlakon sepanjang masa ataupun menipu dan tidak mengaku terhadap pasangannya. Masa pertunangan juga adalah tempoh untuk kita menilai kejujuran dan kebaikan pasangan kita. Jika tiada keserasian dan tidak bahagia, saling mencurigai dan terjadinya salah faham dan kemudian bergaduh, ada baiknya pasangan tersebut mempertimbangkan semula sama ada untuk meneruskan pertunangan ataupun memutuskan pertunangan serta merta. Jika pasangan yang bertunang nampaknya seakan-akan macam seorang yang beriman tetapi sering memiliki hati yang tidak baik, ada baiknya memutuskan pertunangan tersebut sebelum berkahwin. Masa pertunangan adalah masa untuk menilai pasangan masing-masing dan bukannya memaksa untuk menerima cinta kita. Boleh jadi orang yang bertunang itu merasa sedih kerana tiada kebebasan untuk melakukan tanggungjawabnya. Jika pasangannya menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik sebelum dan selepas bertunang, pertunangan tersebut boleh diputuskan segera. (Sila klik disini)

Pertunangan Katolik adalah masa persiapan menuju perkahwinan iaitu bersifat sukarela (pilihan), lebih ke arah tradisi sosial budaya daripada hukum Gereja, dan seringkali didampingi doa dan pemberkatan cincin oleh imam/prodiakon, tidak harus di gereja, dan bertujuan memperkuat komitmen, bukan mengubah status hukum, dengan fokus utama pada persiapan spiritual dan persiapan menuju Sakramen Perkahwinan yang menjadi pusatnya, bukan pada pertunangan itu sendiri, menurut panduan seperti Iman Katolik. Oleh itu bagi kes pasangan yang telah terlanjur disebabkan seks dan hamil, pasangan tersebut harus bertanggungjawab untuk menjaga pasangannya. Pertobatan, pengampunan dan mencari penyembuhan rohani perlu dilakukan bersama. Ini bertujuan agar komitment untuk hidup bersama dapat dilaksanakan dengan baik. Tuhan itu tahu segala kelemahan kita tetapi kita perlu menyesali atas apa kejadian yang telah kita lakukan. Kes seks dan hamil ini tidak boleh dipandang sebagai perkara biasa. Kita perlu memperbaiki kesalahan tersebut. Jangan malu dan rasa segan kerana perbuatan yang telah kita lakukan. Tuhan Yesus Kristus menerima dan mengampuni orang-orang yang berdosa dan yang bertobat. 

Dalam konteks pertunangan putus di Malaysia, termasuk bagi penganut Katolik, pihak yang membatalkan janji boleh dituntut membayar ganti rugi atas perbelanjaan yang telah dikeluarkan pihak sebelah lagi (seperti wang hantaran, majlis, barang kemas), mengikut undang-undang sivil dan adat, walaupun isu ini sering rumit dan bergantung pada fakta kes, namun hukum Katolik lebih kepada nasihat rohani dan penyesalan, tidak melibatkan tuntutan undang-undang kewangan. 

Aspek Undang-undang (Malaysia)

Tuntutan Ganti Rugi: Jika pertunangan putus akibat mungkir janji oleh salah satu pihak, pihak yang ditipu boleh menuntut ganti rugi di bawah undang-undang sivil (Seksyen 15, Akta Undang-Undang Sivil 1956).

Jenis Ganti Rugi: Boleh termasuk perbelanjaan majlis pertunangan/perkahwinan, barang kemas, wang hantaran, dan kerugian lain yang ditanggung akibat putus tunang.

Proses: Ini biasanya memerlukan rundingan, mediasi, atau tindakan mahkamah, melibatkan peguam untuk membincangkan kes. 

Aspek Katolik

Dosa & Pengampunan: Gereja Katolik menekankan pertobatan, pengampunan, dan mencari penyembuhan rohani. Tidak ada prosedur "bayar balik" secara hukum gereja, tetapi lebih kepada tanggungjawab moral untuk membetulkan kesilapan.

Nasihat Pastoral: Paderi akan menasihatkan kedua pihak untuk menyelesaikan isu kewangan secara damai, saling memaafkan, dan meneruskan hidup dengan bimbingan iman.

Tidak Wajib secara Iman: Walaupun secara undang-undang boleh dituntut, keputusan untuk membayar balik sepenuhnya terpulang kepada hati nurani individu, berdasarkan ajaran kasih sayang dan keadilan Gereja.

Kesimpulan dan secara ringkasnya, secara undang-undang Malaysia, pihak yang putus tunang mungkin perlu bayar balik belanja. Tetapi, dalam konteks Katolik, ini lebih kepada penyelesaian moral dan rohani, di mana nasihat paderi akan menekankan pengampunan dan keadilan, bukan tuntutan kewangan yang formal melalui Gereja. Ini bukannya menuntut bayar balik kerana kerugian masa bertunang. Jenis ganti rugi boleh dikembalikan kepada pihak yang terbabit dan yang telah menyediakan termasuklah perbelanjaan majlis pertunangan/perkahwinan, barang kemas, wang hantaran, dan kerugian lain yang ditanggung akibat putus tunang. 

Kedudukan (posisi) Pertunangan dalam Katekismus Gereja Katolik (KGK)

Tidak Ada Sakramen Pertunangan: Pertunangan bukanlah sakramen; hanya perkahwinan yang merupakan sakramen. Katekismus fokus kepada perkahwinan sebagai perjanjian seumur hidup (KGK 1601-1605).
Persiapan Menuju Perkahwinan: Pertunangan adalah masa persiapan penting yang dianjurkan Gereja Katolik, di mana pasangan tersebut mempersiapkan diri secara spiritual dan material untuk Sakramen Perkahwinan. 
Makna dan Praktik Pertunangan Katolik:
Upacara Fakultatif (pilihan atau tidak wajib): Pertunangan adalah tradisi budaya mengikut kesesuaian masyarakat setempat yang boleh diupacarakan namun tidak wajib.
Fungsi: Gereja merestui dan mendoakan komitmen tetapi bukan memberikan status yang baru. Imam/Prodiakon boleh memimpin ibadat pemberkatan cincin dan pasangan.
Tidak diadakan dengan perayaan Ekaristi: Ibadat pertunangan sebaiknya tidak digabung dengan Misa Ekaristi.
Simbolis: Cincin adalah simbol semata-mata tetapi pemberkatan dan doa adalah lebih utama.
Fokus: Persiapan spiritual dan pemahaman akan Sakramen Perkahwinan termasuk mengikuti pembinaan (pembentukan seminar perkhawinan) dan memahami ajaran Gereja Katolik tentang perkahwinan sebagai perjanjian kudus. 
Perkara utama: Pertunangan adalah jalan menuju perkahwinan Katolik yang sesungguhnya. Katekismus mengarahkan fokus utama pada persiapan perkahwinan yang merupakan puncak dari komitmen pasangan di hadapan Tuhan dan Gereja sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Katekismus Gereja Katolik. 

Pembatalan annulment (anulasi) Perkahwinan (Bukan Pertunangan)

Pembatalan perkahwinan (annulment) adalah pernyataan bahawa perkahwinan yang sudah terjadi tidak pernah sah secara kanonik kerana adanya kecacatan hukum (misalnya, kurangnya kebebasan, ketidakmampuan memberi komitmen seumur hidup, atau cacat konsensus) pada saat perkhawinan dilangsungkan, bukan kerana masa tunangannya dibatalkan. 
Jadi, inti pesannya adalah: Pertunangan adalah masa persiapan suci dan bukan sesuatu yang boleh dibatalkan secara sepihak oleh Katekismus; jika putus, terus putus, namun jika sudah berkahwin dan ada masalah, ada proses hukum untuk pembatalan perkahwinan dan bukannya pembatalan masa pertunangan. 
Sepihak ertinya satu sisi, sebelah, atau hanya melibatkan satu pihak saja, tidak melibatkan kedua belah pihak secara seimbang, seringkali bererti hanya satu orang atau pihak yang melakukan tindakan atau merasakan sesuatu dalam suatu hubungan atau kesepakatan. 

Dalam konteks Gereja Katolik, anulasi (annulment) atau pembatalan perkahwinan adalah pengisytiharan resmi oleh tribunal gerejawi bahawa suatu perkahwinan yang kelihatan sah sebenarnya batal dan tidak sah sejak awal lagi, seolah-olah ia tidak pernah wujud. 

Dalam konteks Gereja Katolik, "void ab initio" (batal sejak awal) merujuk kepada perkahwinan yang secara hukum dan sakramen tidak pernah ada kerana ada kecacatan fundamental pada saat pemberkatan sehingga dinyatakan tidak sah, bukan dicerai, dan tidak ada ikatan perkahwinan yang pernah terbentuk, mirip dengan proses anulasi (pembatalan). 

Ini berbeza daripada perceraian (divorce), yang membubarkan perkahwinan yang sah. Gereja Katolik berpegang teguh kepada ajaran Magisteruim Gereja Katolik bahawa perkahwinan sakramental yang sah dan telah disempurnakan tidak boleh diputuskan oleh manusia, kecuali melalui kematian salah seorang pasangan. 

Konsep Utama Anulasi Katolik.

Bukan Perceraian: Anulasi bukan "perceraian Katolik". Perceraian mengakhiri ikatan perkahwinan yang sah, manakala anulasi menyatakan bahawa ikatan perkahwinan yang sah tidak pernah wujud pada mulanya, kerana terdapat kecacatan atau halangan yang wujud pada masa upacara perkahwinan.

Cacat Perkahwinan: Anulasi diberikan apabila dapat dibuktikan di mahkamah Gereja Katolik (tribunal) bahawa satu atau lebih syarat penting untuk perkahwinan yang sah mengikut Hukum Kanonik tidak dipenuhi.

Syarat Ketidaksahan.

Antara sebab yang boleh menyebabkan perkahwinan dianggap tidak sah termasuk:

1. Cacat persetujuan: Salah satu pihak tidak mempunyai niat sebenar untuk komited kepada aspek penting perkahwinan Katolik (seperti kesetiaan, kesuburan, atau kekal seumur hidup).

2. Kekurangan kapasiti: Ketidakupayaan mental atau psikologi untuk memahami atau memenuhi obligasi perkahwinan.

3. Halangan (Impediments): Kewujudan halangan tertentu yang tidak didispensasikan, seperti pertalian darah yang rapat, atau perkahwinan sedia ada yang masih sah.

4. Cacat bentuk kanonik: Perkahwinan Katolik yang berlangsung tanpa kehadiran paderi atau di luar gereja tanpa kebenaran (dispensasi) yang sah. 

Proses untuk mendapatkan Pembatalan annulment (anulasi) Perkahwinan.

Proses untuk mendapatkan anulasi melibatkan permohonan kepada tribunal keuskupan yang akan menjalankan penyiasatan menyeluruh, mengumpul bukti dan keterangan saksi untuk menentukan sama ada kecacatan wujud pada masa perkahwinan berlangsung. Di dalam proses ini kita harus terbuka dan jujur untuk menyatakan kebenaran tentang masalah yang kita hadapi. Ini menentukan hala tuju perkahwinan dan bukannya menghukum. Jangan kita malu dan segan untuk mendapatkan nasihat atau petunjuk daripada tribunal keuskupan kerana fungsi dan fokus daripada tribunal keuskupan ini adalah mencari untuk menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu yang terbabit agar permohonan tersebut berjaya dilakukan dan diterima. Gereja Katolik tidak menolak bagi mereka yang mengalami masalah dan kesulitan kehidupan di dalam perkahwinan. Pintu Gereja Katolik sentiasa terbuka untuk menerima umatnya agar kegembiraan dan sukacita di dalam kasih Yesus Kristus menjadi milik kita semua.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya disini, saya ingin bertanya kepada para calon-calon yang bakal bertunang, yang sedang bertunang ataupun yang kini dalam proses perkahwinan. Adakah anda semua sudah menemukan jalan hidup dan panggilan kita masing-masing berdasarkan pengalaman hidup rohani kita? Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan menentukan jalan hidup kita menuju ke Syurga termasuklah kepada isteri dan anak-anak? Dan adakah pilihan hidup kita itu khususnya untuk berkahwin semata-mata kerana cinta kita sebagai manusia atau kasih daripada Tuhan? Jika disatukan ianya menjadi satu iaitu “cinta kita sebagai manusia” dan “kasih yang berasal daripada Allah”, dan ini bererti menjadi satu dalam daging iaitu “Cintakasih” (Kejadian 2: 18-25). Inilah cintakasih Allah dalam peribadi Yesus Kristus yang saya akan jelaskan dan yang akan menentukan kehidupan kita bersama di dalam perkahwinan menurut penjelasan yang telah sekian lama yang telah dijelaskan oleh Gereja Katolik kita. Sudah tiba masanya kita mengkaji kembali dan meneliti kerja-kerja pastoral kita masing-masing mengenai keputusan untuk mengikuti dan menuruti Gereja Katolik kita. Mari kita sama-sama menilai kembali mengapa boleh terjadinya perkahwinan campur dan kesannya terhadap kehidupan Katolik kita ataupun kenapa boleh terjadi perceraian.

Menurut Gereja Katolik, perkahwinan campur adalah perkahwinan antara orang Katolik yang dibaptis dengan orang Kristen yang dibaptis di gereja lain (seperti di antara gereja Kristen yang lain/Protestan/Ortodoks), yang dilarang tanpa izin (izin/lisensi) dari kuasa gereja. Sementara itu, perkahwinan perbezaan agama adalah antara orang Katolik dengan yang tidak dibaptis (Muslim, Hindu, Budha, dan lain-lain), yang dilarang tanpa izin / dispensasi khusus. Keduanya memerlukan izin / dispensasi dengan syarat ketat, terutama sekali dari pihak Katolik yang harus berjanji melindungi imannya dan mendidik anak-anak dalam iman Katolik. Dan sementara pula pihak non-Katolik harus sedar akan janji tersebut. 

1. Perkahwinan Campur perbezaan di antara Gereja (Katolik & Non-Katolik Baptis) 

Definisi: Katolik berkahwin dengan orang yang dibaptis di gereja Protestan, Ortodoks, atau persekutuan gereja lain yang tidak bersatu penuh dengan Gereja Katolik.

Status: Dilarang tanpa izin (lisensi) dari Uskup (Ordinaris Wilayah).

Syarat Izin: Pihak Katolik harus berjanji menjauhkan bahaya meninggalkan iman katolik dan akan mendidik anak-anak dalam iman Katolik; pihak non-Katolik pula akan diberitahu tentang janji-janji ini. 

2. Perkahwinan perbezaan di antara agama lain (Katolik & Non-Baptis)

Definisi: Katolik berkahwin dengan seseorang yang tidak dibaptis (Islam, Hindu, Budha, dan yang lain-lain).

Status: Dianggap halangan yang menggagalkan (invalid) tanpa dispensasi.

Syarat Dispensasi: Sama seperti izin perbezaan gereja: pihak Katolik berjanji akan melindungi iman Katolik dan akan mendidik anak-anak secara Katolik; pihak non-Katolik perlu diberitahu tentang hal ini. 

Persyaratan Umum untuk Keduanya (Berdasarkan Kanon 1125)

Janji Pihak Katolik: Berkomitmen untuk tidak meninggalkan iman Katolik dan memastikan semua anak-anak dibaptis serta dididik dalam iman Katolik.

Kesadaran daripada pihak Non-Katolik: Pihak non-Katolik harus diberitahu tentang janji-janji daripada pihak Katolik.

Pendidikan Perkawinan: Kedua belah pihak harus diajari tentang tujuan dan sifat-sifat hakiki perkawinan Katolik (monogami, tak terceraikan). 

Inilah tujuan Gereja Katolik kita iaitu untuk melindungi iman pihak Katolik tersebut. Kita sebagai Katolik harus menghargai kesucian perkahwinan sebagai sakramen yang tidak dapat dipisahkan dan monogami. Dan menurut pemahaman saya disini, adalah penting kita sebagai Katolik taat dan tahu apa itu perkahwinan. Itulah sebabnya saya juga menegaskan bahawa perkahwinan Katolik itu adalah persekutuan seumur hidup, yang tidak boleh dipisahkan, bahkan oleh undang-undang sivil atau agama lain (seperti poligami atau perceraian). Oleh yang demikian marilah kita memikirkan kembali sama ada keputusan untuk berkahwin dengan agama kristen lain atau agama lain itu merupakan pilihan yang tepat ataupun tidak. Ini disamakan dengan meninggalkan iman Katolik dan kemudian mengikuti agama kristen yang lain itu. Saya ingin bertanya sekarang, apa yang menarik hati anda semua untuk mengikuti ajaran kristen yang wujud di mana-mana? Pujian dan penyembahan yang berunsurkan konsert ataupun live band yang berunsurkan karismatik? Ataupun anda semua tertarik kepada cinta pandang pertama dan barangkali lelaki itu kacak dan perempuan itu seksi dan cantik? Adakah itu pilihan kita semua untuk tujuan bercinta, dan kemudian bertunang serta berkahwin?

Boleh juga saya bertanya disini, adakah lelaki dan perempuan itu percaya kepada Ekaristi? Jika kita bercerita tentang Api Penyucian ataupun Purgatory, agama kristen yang lain itu tidak akan percaya sama sekali kerana Api Penyucian tidak ada di dalam Alkitab mereka. Begitu juga dengan perkataan “Katolik”, “Rosari Suci”, “Katekismus Gereja Katolik”, “Doktrin dan Magisterium Gereja Katolik”, semua ini sering dipersoalkan oleh agama-agama kristen lain yang wujud pada masa kini. Dan seandainya anda semua memilih pasangan hidup seperti ini, adakah anda semua gembira dan taat setia kepada ajaran Gereja Katolik? Penjelasan tentang perkahwinan campur sebentar tadi hanyalah sebagai rujukan kita semua untuk mengkaji dan meneliti siapakah sebenarnya bakal pasangan hidup kita ini. Saya juga mengakui bahawa kita sebagai manusia pasti sukar untuk melupakan cinta pandang pertama kita terhadap orang yang tersayang. Tetapi risikonya adalah selepas anda semua mula bercinta, bertunang dan berkahwin, boleh jadi selepas melahirkan anak-anak, kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak kita dalam ajaran Katolik kerana kesannya adalah kita sendiri telah meninggalkan iman Katolik kita ini.

Saya menulis ini kerana ingin membantu semua Pelayan Atasan dan Rakan Pembimbing Rohani yang sedia ada untuk mempertahankan iman Katolik kita. Cubalah anda semua fikirkan kembali, mengapa adanya penjelasan tentang perkahwinan campur tersebut? Adakah anda semua bersetuju untuk berkahwin campur? Saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi tidak menggalakkan perkahwinan campur ini kerana yang membuat keputusan adalah diri kita sendiri. Itulah sebabnya saya menggalakkan semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) untuk memilih pasangan hidup yang berstatus agama Katolik. Tentang perkahwinan campur ini saya bersetuju tentang penjelasan dan kesannya terhadap iman Katolik kita. Mengapa? Seandainya kita memilih jalan yang salah, kita meletakkan diri kita di luar keselamatan Gereja Katolik yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik. Dan persoalannya sekarang, bagaimana status dan keadaan umat Katolik yang telah meninggalkan iman Katolik mereka selama bertahun-tahun? Adakah mereka ini diperbolehkan untuk kembali kepada Gereja Katolik? Kita memiliki kebebasan beragama dan bukannya menentang siapa yang salah dan benar. Untuk itu kita tidak perlu takut untuk kembali kepada Gereja Katolik kerana apa yang saya yakini adalah undang-undang yang sedia ada bukannya penghalang untuk kita kembali kepada agama asal kita iaitu Gereja Katolik.

Manusia itu adalah lemah dan sering melakukan kesilapan. Jangan disebabkan hanya “atas nama status agama” sahaja kita semua terhalang untuk kembali kepada Tuhan. Mungkin peristiwa yang terjadi pada masa dahulu itu mengganggu dan menakutkan kita semua kerana cara pengendalian kes-kes tersebut kurang berhasil pada waktu itu. Tetapi menurut pengalaman saya secara peribadi, isu “atas nama status” agama ini telah terjadi pada diri saya kerana terdapatnya status agama yang bukan saya percayai. Oleh itu setelah dibaptis di dalam Gereja Katolik, saya bersandar kepada Tuhan untuk menjaga dan mengabulkan doa-doa saya agar kes isu pengenalan status peribadi itu diselesaikan. Dalam tempoh inilah saya berharap agar permohonan saya benar-benar dikabulkan oleh Tuhan. Dan ternyata setelah berjuang dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kes saya itu berjaya. Kini status pengenalan diri saya adalah Katolik. Beginilah bah campur tangan Tuhan yang menjadikan saya lebih terbuka akan kesulitan, penganiayaan, cabaran, kesukaran sehingga mengerti mengapa terjadinya mukjizat dan keajaiban di masa saya masih muda itu. Bagi saya ini bukan sebagai kebetulan tetapi kasih dan belaskasihan daripada Tuhan yang baik. Inilah doa Katolik saya. Steady kamurang bah, enjoy your life and be happy!

Mungkin ada yang ingin bertanya adakah berdosa dan salah jika kita hidup dan bergaul dengan agama kristen lain dan yang bukan. dengan seagama dengan kita. Sebenarnya tidak kerana Tuhan itu pencipta dan pencinta segala makhluk dan hanya Dia sahaja yang mengetahui sampai bila hidup kita akan berakhir. Hanya yang perlu kita lakukan di dunia ini adalah buatlah pilihan berdasarkan kebijaksaan daripada Tuhan dan bukannya berpindah-pindah agama. Kita memiliki kebebasan untuk mengetahui kebenaran dan cintakasih Allah. Oleh itu adalah tidak berdosa untuk umat kristen yang lain untuk kembali kepada Gereja Katolik. Saya melihat ini perlu supaya setelah menjadi seorang Katolik, pertunangan dan perkahwinan itu menjadi lebih indah dan bersesuaian untuk kita mendidik anak-anak kita di masa hadapan. Saya mahu ini ditegaskan kerana risikonya tiada dan anak-anak kita juga tidak keliru untuk berkembang sebagai Katolik dan menerima ajaran Tuhan Yesus Kristus. Selain itu, mereka ini perlu mengikuti syarat-syarat yang diperlukan oleh Uskup Diocesan Katolik. Seandainya ingin menjadi seorang Katolik dan masuk dalam persekutuan penuh dengan Gereja Katolik, mereka perlu mengikuti pembentukan iman Katolik seperti yang telah ditetapkan oleh setiap Paroki. Lazimnya pembentukan itu sering kita dengar sebagai “Sunday School” ataupun “Pertemuan Minggu Gembira.”

Saya masih ingat sewaktu saya mengendalikan satu seesi iman Katolik kepada mereka yang hadir pada waktu itu. Di antara mereka yang hadir waktu itu ada yang bukan Katolik tetapi berhasrat dan memutuskan untuk memperlajari iman Katolik. Syukur kepada Tuhan, akhirnya kesemua mereka dipilih untuk menerima Sakramen Inisiasi termasuk orang yang bukan Katolik itu. Jika saya melihat tanda-tanda zaman dan peristiwa yang kini terjadi di tempat kita masing-masing, ada beberapa isu yang saya telah dengar bahawa iman Katolik kita itu bagaikan pasang surut. Betul atau tidak saya juga ingin berkongsi pendapat disini, apakah yang anda semua telah buat semasa berada dalam kedudukan Pastoral Komuniti? Di mana sudah pengertian tentang Misi dan Visi Keuskupan kita? Apa yang anda telah buat sampai sekarang? Jika anda semua mengatakan bahawa orang yang lama melayani di Gereja Katolik itu layak menjadi pemimpin, jawapan ini adalah salah dan kurang sesuai. Baca dan lihat kembali Misi dan Visi Keuskupan kita. Adakah ditulis bahawa “yang lama melayani boleh menjadi pemimpin.?”             

Marilah kita berdoa agar perkahwinan Katolik itu membawa kepada kesuburan dan melahirkan anak-anak yang baik. Jika diberi pilihan, saya akan berkahwin dengan orang yang beragama Katolik dan bukannya perkahwinan campur ini. Saya mempertahankan apa yang dijelaskan oleh ajaran Gereja Katolik kita. Ini bukan sekadar mahu cakap cinta, sayang, darling, I love you, I miss you, saya sayang kamu, saya rindu kamu, kamu cantik dan manis, dan macam-macam lagi ungkapan rasa sayang kepada pasangan hidup, tetapi untuk mengikuti suara hati kita berdasarkan kasih Yesus. Please lah dan sedarlah sekarang, jangan kerana muzik atau suara-suara lagu rohani kita meninggalkan iman Katolik kita. Kerana kita ke tempat di situ hanya untuk lompat dan menari sambil angguk kepala kerana terlampau siok dengar lagu rohani. Jangan-jangan bukan mukjizat dan keajaiban yang kita dapat tetapi jeritan histeria atau sakit hati kerana luka batin. Teruskan mengikuti perkembangan ajaran-ajaran Gereja Katolik kita dari masa ke semasa. Yang perlu anda semua perlu ingat adalah ajaran asas perkahwinan Katolik iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita tidak pernah disahkan di Vatikan kerana ia adalah doktrin yang telah wujud dan dipegang teguh sejak lama, diperkukuhkan dalam dokumen seperti Katekismus Gereja Katolik (1992) dan Kod Kanon Gereja (1983).

Sebagai contoh baru-baru ini, Vatikan (melalui Paus Fransiskus) mengesahkan keizinan untuk memberkati pasangan sesama jenis (bukan perkahwinan, tapi pemberkatan), tetapi ini adalah perkembangan pastoral yang mengesahkan doktrin perkahwinan heteroseksual tetap tidak berubah. Jangan kita keliru disini. Tujuan ini diadakan bukannya untuk menyokong dan menggalakkan hidup bersama seumur hidup dengan pasangan sesama jenis, laki-laki (gay) dan perempuan-perempuan (lesbian). Apa yang dimaksudkan disini adalah martabat manusia yang diciptakan oleh Tuhan itu. Ingat Tuhan tidak menciptakan pasangan jenis untuk berkahwin tetapi di antara lelaki dan perempuan. Selain itu ianya bertentangan dengan ajaran yang terdapat di dalam Katekismus Gereja Katolik. Perkara lain yang penting perlu kita ingat adalah Doktrin asas tidak berubah kerana perkahwinan Katolik adalah sakramen antara seorang lelaki dan seorang wanita yang terbuka kepada zuriat. Misti gia yang ada baby begitu bah. Jadi mengenai pengesahan perkahwinan sesama jenis ini, pada Disember 2023, Vatikan mengesahkan bahawa paderi boleh memberkati pasangan sesama jenis, tetapi ia bukan upacara perkahwinan gereja dan tidak mengubah definisi perkahwinan sebagai antara lelaki dan wanita.

Faham sudah kan. Inilah yang saya akan bawa lagi untuk mengkongsikan sharing saya ini di Vatikan agar perkahwinan Katolik itu dikekalkan dan mengkaji semula isu-isu dan hal-hal mengenai perkahwinan campur ini. Lihatlah dunia sekarang pada masa kini dan kesannya yang begitu ketara setelah terjadinya kahwin campur ini. Saya kesian melihat anak-anak Katolik kita yang dididik dengan ajaran yang bukan iman Katolik. Jadi kesimpulannya, ajaran perkahwinan Katolik tidak "disahkan" pada tarikh tertentu kerana ia adalah ajaran teras; malah, ia sentiasa diulang dan disahkan melalui dokumen-dokumen Gereja dari semasa ke semasa. Jangan takut kerana Tuhan sentiasa bersama dengan kita semua. Inilah Gereja Katolik kita. Saya berdoa agar dengan tanda-tanda zaman ini, Tuhan terus membimbing kita semua dan menghantar kita ke hidup yang kekal. (Injil Santo Matius 28: 16-20).

RUJUKAN DAN PENJELASAN TENTANG PEMBATALAN PERKAHWINAN MENURUT HUKUM KANONIK.

Dalam Gereja Katolik, maksud dispensasi kahwin adalah keizinan khusus dari Gereja untuk melonggarkan atau membatalkan larangan hukum kanonik (gereja) agar suatu perkahwinan dapat berlangsung, terutama jika ada halangan seperti kahwin perbezaan agama (dispensasi disparitas kultus) atau berkahwin di luar tata cara Gereja (misalnya, berkahwin di gereja kristen lain) dalam keadaan darurat atau alasan mendesak. Dispensasi ini memastikan perkahwinan tetap sah secara Katolik meskipun melanggar aturan biasa, dengan syarat ketat agar tujuan perkahwinan Katolik (monogami, tak dapat diputuskan) tetap dihormati. 

Menurut Gereja Katolik, ada tiga hal yang “membatalkan” perkahwinan iaitu halangan untuk berkahwin, cacat consensus, cacat forma kanonika.

Jika ada satu atau lebih halangan/ cacat ini, yang terjadi sebelum perkahwinan atau pada saat perkahwinan diteguhkan, maka sebenarnya perkahwinan tersebut sudah tidak memenuhi syarat untuk dapat disebut sebagai perkahwinan yang sah sejak awal mula, sehingga jika yang bersangkutan memohon kepada pihak Tribunal Keuskupan, maka setelah melakukan penyelidikan secara teliti, atas dasar kesaksian para saksi dan bukti- bukti yang diajukan, pihak Tribunal dapat mengabulkan permohonan pembatalan perkahwinan yang diajukan oleh pasangan tersebut. Sebaliknya, jika perkahwinan tersebut sudah sah, maka perkahwinan itu tidak dapat dibatalkan ataupun diceraikan, sebab demikianlah yang diajarkan oleh Sabda Tuhan (Injil Santo Matius 19:5-6).

Berikut ini adalah penjelasan ketiga-tiga hal yang membatalkan perkahwinan menurut hukum kanonik Gereja Katolik:

1. Bermacam- macam halangan berkahwin adalah (lih. Kitab Hukum Kanonik kann. 1083-1094):

1)kurangnya umur, 2) impotensi, 3) adanya ikatan perkahwinan terdahulu, 4) disparitas cultus/ beza agama tanpa dispensasi, 5) tahbisan suci, 6) kaul kemurnian dalam tarekat religius, 7) penculikan dan penahanan, 8) kejahatan pembunuhan, 9) hubungan persaudaraan konsanguinitas, 10) hubungan semenda@pertalian kekeluargaan, 11) halangan kelayakan publik seperti konkubinat, 12) ada hubungan adopsi.

2. Cacat konsensus adalah (lih. Kitab Hukum Kanonik kann. kann 1095-1107):

1)Kekurangan kemampuan menggunakan akal sehat, 2) Cacat yang parah dalam hal pertimbangan (grave defect of discretion of judgement), 3) Ketidakmampuan mengambil kewajiban esensial perkahwinan, 4) Ketidaktahuan (ignorance) akan hakekat perkahwinan, 5) Salah orang, 6) Salah dalam hal kualitas pasangan, yang menjadi syarat utama, 7) Penipuan/ dolus, 8) Simulasi total/ hanya sandiwara untuk keperluan tertentu seperti untuk mendapat izin tinggal/ kewarganegaraan tertentu, 9) Simulasi sebagian, seperti: Contra bonum prolis: dengan maksud dari awal untuk tidak mau mempunyai keturunan; Contra bonum fidei: tidak bersedia setia/ mempertahankan hubungan perkahwinan yang eksklusif hanya untuk pasangan; Contra bonum sacramenti: tidak menghendaki hubungan yang kekal/ selamanya; Contra bonum coniugum: tidak menginginkan kebaikan pasangan, contoh menikahi agar pasangan dijadikan pelacur, dst, 10) Menikah dengan syarat kondisi tertentu, 11) Menikah kerana paksaan, 12) Menikah kerana ketakutan yang sangat akan ancaman tertentu.

3. Cacat forma kanonika adalah (lih. Kann 1108-1123):

Pada dasarnya pernikahan diadakan berdasarkan cara kanonik Katolik, di depan kuasa Gereja Katolik dan dua orang saksi. Maka perkahwinan antara dua pihak yang dibaptis, iaitu satu pihak Katolik dan yang lain Kristen non- Katolik, memerlukan izin dari pihak Ordinaris Gereja Katolik (pihak keuskupan di mana perkahwinan akan diteguhkan). Sedangkan perkhawinan antara pihak yang dibaptis Katolik dengan pihak yang tidak dibaptis (non Katolik dan non- Kristen) memerlukan dispensasi dari pihak Ordinaris.

Jika terdapat satu hal atau lebih dari hal-hal yang membatalkan perkhawinan ini, maka salah satu pihak pasangan tersebut dapat mengajukan surat permohonan pembatalan perkhawinan kepada pihak Tribunal Keuskupan. Pihak Tribunal Keuskupan akan memeriksa kes tersebut. Dan jika didapati bukti-bukti yang kuat dan para saksi, maka Tribunal dapat meluluskan permohonan tersebut. Dan setelah sudah dikeluarkan surat persetujuan Tribunal, maka perkhawinan tersebut dapat dinyatakan resmi tidak sah, dan dengan demikian kedua belah pihak berstatus bebas/ tidak lagi terikat perkahwinan tersebut.

Sumber Rujukan: (Sila klik disini)

1. Katekismus Gereja Katolik (1629-1630)
2. Alkitab Katolik.
3. Kitab Hukum Kanonik Gereja Katolik / Dokumen Konsili Vatikan II

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...