10 December 2025 (Rabu)
Kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
Semoga rahmat Tuhan kita Yesus Kristus, cintakasih Allah, dan persekutuan dengan Roh Kudus, berserta dengan kita semua.
Cinta sebagai Karunia Allah.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,
Perkongsian saya ini adalah dalam pengunaan bahasa yang sederhana dan mudah difahami. Saya menggunakan cara ini agar mereka yang lemah dan tidak ada pelajaran tinggi dapat memahami pesan dan maksud apa yang tertulis disini. Saya juga macam kamurang, tiada pelajaran tinggi dan cuma tahu baca Alkitab Katolik sahaja, itupun kampungan style punya.
Perkongsian saya disini hanyalah ditujukan kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) sahaja. Oleh sebab itu saya menggalakkan anda semua untuk membaca dan meneruskan apa yang tertulis disini agar Misi dan Visi panggilan dan cara hidup kita ini membawa keselamatan kepada orang ramai. Saya mahu agar setiap kelompok atau kumpulan yang sedia ada mengambil masa untuk membaca dan mengkaji kembali kehidupan rohani masing-masing sambil membantu kepada semua ahli untuk menjelaskan perkongsian saya ini. Di harap juga agar semua Pelayan Atasan masing-masing dan juga Rakan Pembimbing Rohani untuk setiap kelompok dan kumpulan mengambil peranan dan tanggungjawab ini untuk membimbing dan membantu satu sama lain, agar kita semua dapat berjalan bersama dalam mencapai kesatuan dengan Allah Tritunggal Yang Maha Kudus, Bapa, Putera, dan Roh Kudus. Bagi umat katolik yang lain yang ingin membacanya, saya menasihatkan agar menggunakan bacaan rohani ini dengan sikap iman dan doa kerana tujuan hidup di dunia ini adalah percaya kepada keselamatan Tuhan Yesus Kristus, melalui GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik.
Semua yang diajarkan Gereja Katolik tentang cinta dan seksualitas manusia berasal dari kebenaran ini: bahawa Allah, yang adalah kasih, menciptakan semua manusia menurut gambar-Nya—lelaki dan perempuan yang Dia ciptakan mereka—untuk berbagi kasih-Nya dan kerana itu untuk mencerminkan kasih-Nya di dunia dan dalam kehidupan mereka.
Renungan singkat ini ditujukan kepada semua kelompok atau kumpulan yang sedia ada terutama sekali bagi mereka yang ingin menolak atau tidak menerima semua calon-calon yang kononnya mahu menyertai anda semua di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Sebagai langkah berjaga-jaga, saya ingin menegaskan bahawa panggilan hidup kita semua perlu diperbaharui dari masa ke hari, dari hari ke bulan seterusnya dan akhirnya untuk sepanjang hidup kita ini. Saya mendapati ada beberapa hal-hal yang dibangkitkan semula tentang cara hidup dan tingkah laku manusia itu, tidak kira yang telah berlalu atau di zaman moden kita ini. Perlu ada semua tahu bahawa janganlah mudah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. Jika ada tanda-tanda manusia berbohong, ini mengingatkan adanya roh-roh penyesat dan ajaran setan yang mengajarkan kebohongan, yang akan muncul di kemudian hari.
Tetapi ingatlah bahawa Yesus menjanjikan Roh Kudus (Penolong/Penghibur) yang akan tinggal bersama kita selamanya, membimbing kita ke dalam seluruh kebenaran. Tetapi sebagai Pelayan Atasan dan juga Rakan Pembimbing Rohani untuk setiap kelompok atau kumpulan, adakah anda semua telah bersungguh-sungguh untuk hidup dan mencontohi kehidupan Para Orang Kudus kita dan menolak budaya manusia yang menyamar? Mungkin juga yang di katakan menyamar atau berlakon itu terdiri daripada orang-orang yang mahu nampak cantik, berhias cantik-cantik dan kemudian memakai cincin-cincin atau rantai di jari, tangan, leher dan juga kadang-kadang bertatoo dan coraknya pun bermacam-macam yang membawa maksud dan ertinya yang palsu. Jikalau hal tersebut terjadi sejak dari dahulu lagi@silap hari bulan ada sudah orang ramai yang tertipu gara-gara ikut cakap dan nasihat palsu daripada lelaki kerana mahu bercouple@berpasangan, bercinta atau khawin. Dan jikalau gadis-gadis juga melakukan perkara yang sama, itu bererti mereka juga di dorong kepada kesenangan duniawi atau dosa. Bagaimana pula dengan tabiat merokok dan membuang puntung rokok, membuang sampah sarap di merata tempat dan juga sisa-sisa makanan? Dan bagaimana pula dengan cara hidup dan identiti manusia yang pengotor dan pemalas dan berbau? Adakah isu-isu ini juga berkait rapat dengan pilihan hidup kita sebagai seorang Pelayan Atasan dan juga Rakan Pembimbing Rohani? Kita semua perlu dipimpin oleh Roh Kudus dan bukannya oleh hawa nafsu kedagingan.
Nasihat yang saya dapat berikan disini adalah apa yang dihasilkan oleh Roh Kudus dalam orang yang percaya pada Kristus adalah, kita seharusnya didorong untuk hidup selaras dengan Roh Kudus dan bukannya kedagingan (Galatia 5:22-25). Dan sama ada ciri-ciri yang telah saya jelaskan mengenai seakan-akan mahu nampak cantik, cincin di jari, tangan, leher, dan kemudian bertattoo di bahagian badan telah terjadi di antara pasangan lelaki atau perempuan, dan juga yang kini sedang dalam percintaan, ataupun yang kini sedang bercouple@berpasangan sama ada dalam perancangan untuk bertunang dan berkhawin, saya fikir ada baiknya kita menilai kembali siapakah bakal pasangan suami isteri kita di masa hadapan. Masih belum terlambat untuk berterus terang dan meluahkan perasaan kasih sayang dan cinta kepada orang yang kita sayangi. Sebelum terlambat ambillah masa sekarang ini untuk membuat keputusan sebelum orang yang anda suka atau minat itu menjadi milik orang lain. (1Yoh. 4:1-10). Kesimpulannya, jangan mudah mengharap bahawa saya akan menyokong atau menerima orang-orang seperti ini. Saya tidak pernah menyuruh atau menggalakkan orang-orang mereka untuk buat isu-isu atau hal-hal itu dan ini. Jika ada yang mengatakan bahawa saya mengikuti cakap dan permintaan mereka semua selama ini, saya berterus terang kio disini bahawa mereka semua itu bukan di kalangan kita semua. Saya menutup perkongsian ini dengan doa dan berkat daripada Allah Bapa di Syurga. Tuhan memberkati kita semua.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment