Renungan mengenai cara hidup manusia beriman dan makanan yang dibenarkan oleh Tuhan yang berbelaskasihan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus
Kristus,
Perkongsian saya ini adalah dalam pengunaan bahasa yang
sederhana dan mudah difahami. Saya menggunakan cara ini agar mereka yang lemah
dan tidak ada pelajaran tinggi dapat memahami pesan dan maksud apa yang
tertulis disini. Saya juga macam kamurang, tiada pelajaran tinggi dan cuma tahu
baca Alkitab Katolik sahaja, itupun kampungan style punya.
Perkongsian saya disini hanyalah ditujukan kepada semua ahli
yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and
the Nine Choirs of Angels) sahaja. Oleh sebab itu saya menggalakkan anda semua
untuk membaca dan meneruskan apa yang tertulis disini agar Misi dan Visi
panggilan dan cara hidup kita ini membawa keselamatan kepada orang ramai. Saya
mahu agar setiap kelompok atau kumpulan yang sedia ada mengambil masa untuk
membaca dan mengkaji kembali kehidupan rohani masing-masing sambil membantu
kepada semua ahli untuk menjelaskan perkongsian saya ini. Di harap juga agar
semua Pelayan Atasan masing-masing dan juga Rakan Pembimbing Rohani untuk
setiap kelompok dan kumpulan mengambil peranan dan tanggungjawab ini untuk
membimbing dan membantu satu sama lain, agar kita semua dapat berjalan bersama
dalam mencapai kesatuan dengan Allah Tritunggal Yang Maha Kudus, Bapa, Putera,
dan Roh Kudus. Bagi umat katolik yang lain yang ingin membacanya, saya
menasihatkan agar menggunakan bacaan rohani ini dengan sikap iman dan doa
kerana tujuan hidup di dunia ini adalah percaya kepada keselamatan Tuhan Yesus
Kristus, melalui GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik.
Tuhan itu baik dan penuh belaskasihan kerana sentiasa
memberikan kita makanan dan minuman untuk kegunaaan kehidupan seharian kita. Menurut
ajaran Gereja Katolik dan secara asasnya, telah membenarkan semua makanan boleh
dimakan tetapi berbeza dengan hukum makanan Yahudi lama (seperti dalam Imamat)
yang mengharamkan babi dan makanan lain. Ajaran
Katolik pula menganggap bahawa makanan itu bersih dan tidak menajiskan jiwa
iaitu dengan merujuk kepada penekanan kepada kebebasan dan kasih sayang
daripada Tuhan. Sila rujuk di dalam Kisah Para Rasul 10:9-16 iaitu bagaimana
Petrus mendapat penglihatan saat ia sedang naik ke atas sebuah atap
(bumbung) di kota Yope (Joppa), ketika ia lapar dan ingin makan, di
rumah Simon, seorang penyamak kulit, di mana ia melihat langit terbuka dan kain
besar turun berisi segala macam binatang haram yang diperintahkan Tuhan untuk
disembelih, mengajarkan bahwa tidak ada yang haram di mata Tuhan. Jika kita
kembali kepada tujuan asal ajaran Alkitab Katolik ini, cerita mengenai Petrus
ini membuktikan bahawa semua bangsa (Gentiles/orang
bukan Yahudi) diterima oleh Allah dan tidak ada yang najis. Saya ingin
bertanya kepada anda semua adakah berdosa jika kita makan babi dan makanan yang
lain? Perbezaannya adalah dengan merujuk kepada hukum makanan Yahudi lama
(seperti dalam Imamat) yang mengharamkan babi dan makanan lain, ajaran Katolik
kita menganggap makanan itu bersih dan tidak menajiskan jiwa, tetapi ada amalan
puasa dan berpantang pada waktu-waktu tertentu seperti Rabu Abu dan Jumaat
Agung (berpuasa dan berpantang dari
makan daging). Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan amalan yang lebih
kepada disiplin rohani daripada pengharaman mutlak.
Jadi saya kembali kepada soalan saya yang tadi, adakah
orang-orang tertentu melarang atau tidak membenarkan anda semua untuk makan
makanan yang Tuhan telah berikan kepada kita semua? (Kisah Para Rasul 10:9-16). Saya menanggap bahawa jika terdapatnya
manusia seperti ini, itu bererti bahawa tuhan-tuhan mereka di dunia ini tidak
bagi mereka makan minum dan masak. Dalam istilah kata lain, “tuhan-tuhan diorang bah itu yang tidak bagi
diorang makan minum dan masak. Saya rasa-rasalah dan ternyata benar bahawa ketua-ketua
diorang semua itu bah yang jadi budu dan tidak berakal kerana melarang itu dan
ini.” Oleh itu jangan menggunakan Perjanjian Lama sebagai alasan untuk
tidak boleh makan dan minum serta masak seumur hidup. Sebagai contoh:
1. Perjanjian Lama (Yahudi): Menetapkan
undang-undang makanan yang ketat (contoh: babi, makanan laut tertentu haram) untuk
menjaga kekudusan.
Tetapi di dalam Perjanjian Baru (Gereja Katolik): Yesus
membatalkan undang-undang makanan ini (Markus
7:19), mengatakan apa yang masuk ke mulut tidak menajiskan, tetapi yang
keluar dari hati. Oleh itu saya mengajak anda semua untuk tidak takut makan apa
sahaja makanan yang telah di jual di mana sahaja. Lebih baik lagi membeli
makanan orang-orang kampung yang miskin kerana apa yang dijual itu adalah untuk
kegunaan kita semua. Bermula pada hari ini amalan Gereja Katolik adalah
berdasarkan kepada kebebasan yang secara umumnya menjelaskan bahawa semua
makanan adalah dibenarkan. Inilah Tuhan kita yang tidak melarang manusia untuk
makan makanan yang ada sekarang. Saya juga bersetuju bahawa makanan para
usahawan tempatan kita adalah semua makanan yang boleh di makan. Itulah makanan
orang-orang kampung dulu-dulu kerana nenek moyang kita pun membesar dan dididik
untuk makan makanan kampungan style punya. Ada itu di Tamu Minggu Donggongon
Penampang. Banyak pilihan bah yang ada. Boleh juga datang pada hari biasa sebagai
contoh pada hari Rabu dan Khamis. Orang bilang aramai tii bah, banyak itu
makanan di jual pada waktu itu. Banyak lagi kraftangan usahawan tempatan kita. Inilah
Tuhan kita yang sentiasa memberkati hidup kita semua.
Jadi kita sebagai orang Katolik pada umumnya boleh makan babi
atau makanan lain yang diharamkan dalam undang-undang Yahudi lama, kerana
ajaran Katolik menekankan kebebasan makanan dalam Kristus, tetapi mereka
mengamalkan puasa sebagai bentuk pengorbanan dan penyucian diri. Adakah anda
semua sudah faham setakat ini? Mahu saya bagi ceramah pasal makanan? Ada lagi
yang melarang anda semua untuk tidak boleh makan itu dan ini? Saya nasihatkan
ikutlah ajaran Gereja Katolik. Siok bah kerana Tuhan itu baik dan tidak
melarang apa yang ingin kita makan termasuk kek dan biskut. Aiskrim dan
buah-buahan pun boleh yang penting jangan makan makanan yang buruk dan busuk. Enjoy
your life kio.
Sebagai tambahan tentang isu-isu makanan, saya memberikan
penjelasan disini untuk kita semua rujuk kembali tentang tujuan dan maksud
berpantang dan puasa. Namum demikian, jika terdapat kekurangan disini, sila
rujuk kepada ajaran Gereja Katolik kita yang boleh kita baca sendiri. Ini bertujuan
agar anda semua tahu maksud dan ajaran Magisterium Gereja Katolik kita (Kitab Hukum Kanonik kan. 1249-1253).
Mengapa dalam agama Katolik tidak ada istilah haram dan halal
seperti agama saudara dan saudari kita yang lain? Walaupun dalam Gereja Katolik
kata haram dan halal jarang terdengar, masyarakat kita pada masa kini memang peduli
akan istilah tersebut. Ini disebabkan apa yang terdapat di dalam Kitab Suci
iaitu budaya “halal” dan “haram”
memang ada, terutama dalam Perjanjian Lama. Sebagai contohnya yang paling
sederhana adalah di dalam Kitab Makabe. Diceritakan bahawa Eleazar seorang ahli
Taurat dipaksa untuk makan babi sehingga dia memuntahkan kembali kerana “mengutamakan kematian terhormat dari
pada hidup ternista” (2 Mak. 6:19). Selain itu diceritakan pula di dalam
Kitab Makabe bahawa ada tujuh orang bersaudara ditangkap dan diseksa untuk
makan daging haram (Bdk. 2 Mak 7). Dan jika kita baca kembali di dalam Kitab
Imamat, ada daftar makanan haram dan halal yang diserukan oleh Tuhan kepada
Musa: “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Inilah binatang-binatang yang
boleh kamu makan dari segala binatang berkaki empat yang ada di atas bumi.”
(Im. 11:2). Namun, sesungguhnya ajaran ini muncul kerana Tuhan ingin menegaskan
tentang siapa bangsa Israel, iaitu bangsa pilihan Tuhan yang kudus dan berbeza
dengan bangsa lain. Inilah mengapa di dalam Kitab Ulangan, sebelum memberikan
perintah tentang larangan tersebut, Tuhan menyatakan: “sebab engkaulah umat yang kudus bagi Tuhan, dan engkau dipilih Tuhan
untuk menjadi umat kesayangan-Nya dari antara segala bangsa yang di atas muka
bumi” (Ul. 14:2).
Walaupun persoalan
halal dan haram ini ada di dalam Perjanjian Lama tetapi Gereja Katolik jarang
membicarakannya kerana sejak para rasul kita berpegang pada ajaran Yesus
Kristus sendiri. Tuhan Yesus mengkritik orang Farisi yang menuduh bahawa para
murid tidak mengikuti tradisi dan menyebut najis ketika makan tanpa membasuh
tangan terlebih dahulu: “Tidak tahukah kamu bahawa segala sesuatu dari luar
yang masuk ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya, kerana bukan masuk ke
dalam hati tetapi dalam perutnya, lalu dibuang di jamban?” (Mrk. 7: 18-19). Oleh
itu dengan adanya pengertian ini telah ditegaskan bahawa orang Katolik lebih
mengutamakan kehidupan bukan soal makanan, bukan soal apa yang masuk dalam
perut, tetapi bagaimana manusia itu mengutamakan dan mengurus kehidupan mereka
masing-masing dengan bantuan rahmat Tuhan agar menjadi orang beriman yang
sejati dan taat. Apa yang saya ingin bertegas dalam soal kehidupan rohani
adalah tiadanya pemahaman halal dan haram yang telah diajarkan oleh Tuhan
kerana Gereja Katolik mahu menegaskan bahawa iman Katolik lebih memberikan
perhatian lebih besar khususnya di dalam diri batin seseorang atau hati manusia sebagaimana Tuhan
mengatakan: “Apa yang keluar dari
seseorang, itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam, dari hati orang, timbul
segala pikiran yang jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinaan,
keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan,
kebebalan” (Mrk. 7: 20-22).
Inilah yang perlu anda semua teliti kembali bagaimana untuk membezakan proses doa discerment dan dari kata hati kita masing-masing. Itulah mengapa Gereja Katolik mengharapkan agar umat beriman selalu waspada kepada dosa yang timbul dan lahir dari hati manusia dan dapat membuat manusia jauh daripada Tuhan seperti tujuh dosa utama iaitu kesombongan, ketamakan, kemalasan rohani/kelambanan, kemarahan, nafsu/percabulan, keserakahan/kerakusan, dan kedengkian/iri hati. Santo Paulus juga telah mengatakan: “aku tahu dan yakin dalam Tuhan Yesus, bahawa tidak ada sesuatu yang najis dari dirinya sendiri. Hanya bagi orang yang beranggapan bahawa sesuatu adalah najis, bagi orang itulah sesuatu itu najis” (Rom. 14:14).
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment