Popular Posts

Thursday, November 13, 2025

13 November 2025 (Khamis) / Parti Politik Tempatan Wilayah Sabah Maju Jaya

13 November 2025 (Khamis)

Semoga Tuhan memberkati dan melindungi Wilayah Sabah dalam keadaan sentosa dan makmur, mampu bergerak dan memimpin masyarakat secara adil, damai serta solidariti yang menjamin kesatuan untuk seluruh manusia.

Saya percaya banyak yang telah dicapai dengan sabar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Teruskan dan berharaplah kepada Tuhan kerana hanya Dialah satu-satunya sumber pengharapan kita. Kita tidak perlu untuk menjadi sempurna jika kita ingin memulakan sesuatu pelayanan. Kita tidak perlu untuk menguasai pelbagai aspek kehidupan manusia jika kita ingin memulakan sesuatu perkara yang baik. Kita tidak perlu menguasai pelbagai jenis kemahiran yang ada jika kita ingin mengunakan bakat semulajadi kita. Tetapi kita perlu tahu apa kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Latihan dan pengetahuan yang kita perolehi adalah untuk seumur hidup yang perlu kita laksanakan dan praktikkan sesuai dengan kemahiran dan kebolehan yang ada pada kita. Walaupun kita berpendidikan rendah, masyarakat akan tahu bahawa pemimpin seperti ini adalah seorang gembala yang baik yang mampu menjaga kawanan domba-dombanya. 

Perdamaian di antara manusia yang ada di dunia ini merupakan usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin kita. Kita tahu bahawa penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan yang terjadi sebelum ini menjadikan kita semakin curiga terhadap kepimpinan di antara kita semua. Politik merupakan cara yang penting untuk membangun komuniti dan institusi manusia, tetapi ketika kehidupan politik tidak dipandang sebagai bentuk pelayanan kepada masyarakat secara keseluruhan, politik dapat menjadi cara penindasan, marginalisasi, dan bahkan kehancuran. Yesus berkata kepada kita bahawa, "Jika seseorang ingin menjadi yang terdahulu, hendaklah ia menjadi yang terakhir dari semuanya dan pelayan dari semuanya." (Mrk. 9:35). Adakah Sabda Yesus ini hanya sekadar ikut-ikutan Iman Katolik kita ataupun sebagai rujukan untuk doa? Dalam kata-kata Paus Paulus VI, “untuk menanggapi politik secara serius di berbagai tahapnya iaitu dari segi tempatan, serantau, peringkat kebangsaan dan dunia, ia adalah untuk meneguhkan tugas setiap individu untuk mengakui realiti dan nilai kebebasan yang ditawarkan kepadanya untuk bekerja pada saat yang sama demi kebaikan kota, bangsa dan seluruh umat manusia”. Jabatan politik dan tanggung jawab politik dengan demikian terus-menerus sentiasa mencabar mereka yang dipanggil untuk berkhidmat kepada negara mereka, untuk melakukan segala upaya dan untuk melindungi mereka yang tinggal di tempat mereka masing-masing, dan untuk menciptakan perwujudan bagi masa depan yang layak dan adil. Jika dilaksanakan dengan rasa hormat yang mendasar terhadap kehidupan, kebebasan dan martabat manusia, kehidupan politik memang dapat menjadi bentuk amal yang luar biasa. Marilah kita berdoa agar sepanjang Pilihan Raya Sabah 2025 (PRU DU 17), misi politik yang diisytiharkan oleh parti politik tempatan di Sabah adalah untuk berusaha melindungi hak autonomi dan melindungi Tanah Air Sabah kita yang tercinta. Segala rancangan untuk mempromosikan prinsip Demokrasi, kemajuan ekonomi, sistem hak asasi manusia dan keadilan dapat di laksanakan demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.

Parti tempatan Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum Kadazan-Dusun. Pada dasarnya parti tempatan yang ada di Sabah ini memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti tempatan Sabah kita juga turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Inilah yang saya maksudkan hidup dalam komuniti yang seimbang tanpa mengira suku, budaya, bangsa dan agama. Antara isu yang paling lantang disuarakan oleh Parti tempatan Sabah kita adalah isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, projek IC, pembangunan yang tidak seimbang, 'pengundi hantu' dan penuntutan Perjanjian 20 Perkara Sabah iaitu satu perjanjian sebelum kemasukan Sabah di dalam Negara Malaysia. Jika kita mengimbas kembali cara pendekatan parti tempatan Sabah ini, kita boleh lihat ideologi dan asas sokongan yang terjalin di antara masyarakat adalah untuk mereka menyokong satu sama lain tanpa memilih kasih. Walaupun berhadapan pelbagai kesukaran hidup, Tuhan menyertai para pemimpin tempatan kita ini agar generasi muda yang akan datang dapat meneladani dan mencontohi perjuangan sebenar ideologi dan matlamat yang telah diusahakan oleh pemimpin tempatan Sabah. Itulah sebabnya saya melihat bahawa kemampuan Parti PBS dan Parti STAR adalah agak sama dan menjadikan mereka mudah untuk menyokong satu sama lain sebagai satu perikatan parti tempatan Sabah. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan adalah seorang politikus Malaysia yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah yang ketujuh dari tahun 1985 hingga 1994. Beliau juga merupakan pendiri dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Huguan Siou (Pemimpin Agung) bagi masyarakat Kadazandusun. Beliau adalah Huguan Siou (Pemimpin Agung) bagi Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Selain itu, beliau turut memegang jawatan seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Dan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari @ Geoffrey Kitingan presiden Parti STAR ialah adik kepada bekas presiden PBS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Marilah kita berdoa agar terjalinnya kesatuan kembali di antara pemimpin-pemimpin tempatan Sabah kita agar slogan Sabah Maju Jaya tercapai dengan semangat persaudaraan dan saling melayani dalam kasih Tuhan. Inilah doa saya untuk mereka semua. Tuhan menyertai dan memberkati kita semua.

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...