Renungan singkat pembacaan dari Injil Santo Markus 16: 9-20.
Cara hidup dan pelayanan kita sebagai anak-anak Allah Bapa tentang pengusiran, pembebasan dan penyembuhan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,
Perkongsian saya ini adalah dalam pengunaan bahasa yang sederhana dan mudah difahami. Saya menggunakan cara ini agar mereka yang lemah dan tidak ada pelajaran tinggi dapat memahami pesan dan maksud apa yang tertulis disini. Saya juga macam kamurang, tiada pelajaran tinggi dan cuma tahu baca Alkitab Katolik sahaja, itupun kampungan style punya.
Perkongsian saya disini hanyalah ditujukan kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) sahaja. Oleh sebab itu saya menggalakkan anda semua untuk membaca dan meneruskan apa yang tertulis disini agar Misi dan Visi panggilan dan cara hidup kita ini membawa keselamatan kepada orang ramai. Saya mahu agar setiap kelompok atau kumpulan yang sedia ada mengambil masa untuk membaca dan mengkaji kembali kehidupan rohani masing-masing sambil membantu kepada semua ahli untuk menjelaskan perkongsian saya ini. Di harap juga agar semua Pelayan Atasan masing-masing dan juga Rakan Pembimbing Rohani untuk setiap kelompok dan kumpulan mengambil peranan dan tanggungjawab ini untuk membimbing dan membantu satu sama lain, agar kita semua dapat berjalan bersama dalam mencapai kesatuan dengan Allah Tritunggal Yang Maha Kudus, Bapa, Putera, dan Roh Kudus. Bagi umat katolik yang lain yang ingin membacanya, saya menasihatkan agar menggunakan bacaan rohani ini dengan sikap iman dan doa kerana tujuan hidup di dunia ini adalah percaya kepada keselamatan Tuhan Yesus Kristus, melalui GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik.
Sebelum anda semua melakukan pelayanan di dalam Gereja Katolik, saya mahu anda kembali membaca petikan daripada Injil Santo Markus 16: 9-20 ini. Jika anda terpanggil di dalam pelayanan penyembuhan dan pengusiran, saya mengharapkan agar anda semua ikut serta di dalam pelayanan seperti ini. Saya masih ingat bagaimana terjadinya penyembuhan dasar sewaktu melakukan pelayanan di Hospital. Masa itu saya bersama dengan sekumpulan anak-anak murid saya melayani dan berdoa kepada orang-orang sakit di Hospital. Tetapi yang saya sedari adalah doa yang kami lakukan itu bukannya daripada kami semua, tetapi datangnya daripada campur tangan Tuhan. Walaupun saya yang memimpin doa penyembuhan tersebut, saya pasti bahawa sekecil manapun doa-doa yang kami lakukan bersama, Tuhan ada rencananya sendiri. Dan syukur kepada Tuhan kerana terjadinya kesembuhan pada orang sakit itu. Mengenai doa pengusiran, pelayanan penyembuhan dan pembebasan, saya pernah melakukan pelayanan seperti ini kerana pada waktu itu beberapa orang komuniti yang saya kenali meminta bantuan dan pertolongan daripada saya untuk datang ke suatu tempat untuk tujuan hanya satu, berdoa dan mengusir kehadiran kuasa kegelapan itu. Pada waktu itu saya memang ada sedikit curiga tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga tersebut. Tetapi setelah diberi penjelasan dan tanda-tanda kehadiran bayangan hitam itu, akhirnya saya mulai menyedari bahawa kewujudan unsur-unsur kuasa kegelapan itu memang wujud. Untuk pertama kalinya mendoakan doa pengusiran di tempat itu, saya mulai menyedari keadaan saya mulai sakit. Tetapi saya tidak menyerah kalah.
Untuk persiapan seterusnya, saya hadir ke Misa Kudus pagi dan seterusnya melakukan persiapan awal sebelum datang ke tempat itu sekali lagi. Saya telah difahamkan bahawa masih terdapatnya tanda-tanda gangguan disitu. Setelah memahami keadaan diri saya yang mulai sakit, saya kembali ke tempat itu dengan berdoa Rosari Suci bersama keluarga yang ada di tempat itu. Setelah beberapa hari yang lalu, saya mulai sehat kembali dan merasakan ada perubahan pada diri saya untuk sembuh. Kemudian setelah berdoa kepada keluarga disitu secara peribadi, akhirnya tanda-tanda gangguan itu mulai hilang. Yang menarik fikiran dan hati saya adalah kenapa keluarga disitu diganggu sehingga keadaan tubuh badan mereka juga seakan-akan mengalami gangguan? Adakah betul kuasa setan itu boleh menggangu kita ataupun hanyalah ilusi manusia semata-mata? Menurut saya secara peribadi, bayangan hitam, gangguan ke atas tubuh dan badan yang dialami oleh beberapa keluarga disitu bukannya daripada emosi atau perasaan mereka semua. Yang saya boleh jelaskan disini adalah setelah berdoa menurut ajaran Gereja Katolik kita, dan ditambah dengan doa-doa saya secara peribadi, gangguan yang dialami oleh keluarga itu semakin berkurangan. Itulah sebabnya saya mulai percaya bahawa kewujudan ataupun kehadiran roh-roh jahat ini berpunca daripada kawasan atau manusia itu sendiri.
Saya masih ingat kejadian dimana seorang sahabat saya bercerita tentang masalah yang dia alami. Kemudian setelah berfikir dan berdoa, saya akhirnya menerima ajakan dia untuk datang ke rumah dia untuk berdoa. Saya mohon agar Roh Kudus menerangi hati dan fikiran saya waktu itu. Setelah meneliti keadaan persekitaran dan kejadian di rumah dia, saya percaya gangguan yang dia alami itu berpunca daripada orang lain yang cuba mencelakakan kehidupan dia. Seringkali gangguan itu berpunca daripada bahan-bahan yang kotor di buang di tempat kawasan rumah dia. Dan yang melakukan perbuatan itu adalah datangnya daripada di sebelah rumah dia, yang berhampiran dengan tempat tinggal dia. Adakah orang yang melakukan perbuatan itu adalah pengamal ilmu hitan? Adakah orang itu juga pengikut agama yang menyesatkan? Dan mengapa orang itu sanggup melakukan perkara sedemikian? Untuk menjawap peristiwa seperti ini, saya mahu agar anda semua tahu bahawa doa pembebasan yang ada di dalam buku-buku Gereja Katolik kita tidak boleh digunakan sebarangan (sewenang-wenangnya) kepada orang lain di luar keluarga dan di tempat-tempat di luar dari rumahnya dan hidup peribadi yang lain dan ruang kerja di mana dia tidak mempunyai pemahaman spiritual dan tidak mempunyai pengetahuan keadaan rohani di sekeliling mereka. Sudah tentu, kita boleh berdoa untuk orang lain apabila melihat seseorang kelihatan mendapat serangan luar biasa/atau gaya ketegaran iblis dalam hidup yang berdosa. Tetapi kita tidak boleh mendoakan doa pembebasan ke atas orang yang berkenaan. Harus sentiasa menggunakan doa permohonan, bantuan doa, dan doa syafaat untuk orang yang berkenaan dan apabila perlu merujuk orang ini kepada Uskup Diocesan atau Paderi Paroki untuk penegasan yang betul dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini merupakan peraturan serius yang sentiasa perlu kita ingati.
Pelayanan kasih ini haruslah kita teruskan sesuai dengan ajaran resmi Gereja Katolik kita. Saya telah melihat bagaimana Tuhan itu berkerja di tengah-tengah umatNya yang percaya kepadaNya. Kejadian ini terjadi di dalam keluarga saya sendiri. Waktu itu anak buah saya yang bernama Alexter Isaac tiba-tiba terjaga dari tidurnya dan kemudian menangis. Pada masa itu Alexter Isaac masih bayi kecil lagi. Pada mulanya saya terfikir mungkin itulah keadaan bayi kecil ketika lapar atau perlukan kasih sayang daripada seorang ibu. Tetapi keadaan masih belum tenang kerana tangisan anak buah saya itu masih berlanjutan. Tanpa membuang masa, saya mendekati anak buah saya Alexter Isaac serta ibunya (adik perempuan saya yang bernama Nani). Kemudian saya mendoakan anak buah saya itu dengan disertai dengan percikan Air Suci@Holy Water dan juga dengan menggunakan minyak yang telah diberkati. Saya memohon agar Tuhan menyembuhkan sakit yang dialami oleh anak buah saya itu. Dengan doa penyembuhan yang saya doakan masa itu, saya meletakkan tangan saya ke atas dahi anak buah saya Alexter Isaac dan kemudian menutup doa dengan doa peribadi. Dan syukur kepada Tuhan. Setelah beberapa hari yang lalu, tanda-tanda kesembuhan telah terjadi dan saya percaya sakit itu juga telah sembuh. Ini kerana anak buah saya itu Alexter Isaac tidak lagi menangis. Dan keadaan tidurnya juga baik dan selamat. Peristiwa ini mengajak kita untuk percaya kepada Tuhan dan karunia kesembuhanNya. Oleh itu tetaplah yakin dan beriman bahawa apa yang telah terjadi di dalam kehidupan saya selama ini adalah kerana GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik adalah Kudus dan Benar.
Dan bagi kita yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angles), kita sebagai umat awam Katolik yang percaya bahawa kita dipanggil bagi pelayanan penyembuhan dan pembebasan, menyertai komuniti Katolik merupakan perkara yang sangat penting. Untuk setiap kelompok atau kumpulan yang sedia ada, di dalam pelayanan penyembuhan dan pembebasan, tumpuan terutamannya tidak harus kepada karisma-karisma tetapi pada kesucian hidup kita masing-masing. Selain itu, hanya doa, sakramen, sakramental-sakramental, dan yang ada kaitannya dengan penyembuhan dan pembebasan yang boleh kita gunakan semasa melakukan pelayanan tersebut. Saya bertegas disini bahawa apa-apa yang di luar Tradisi Gereja Katolik tidak harus digunakan. Itulah sebabnya mengapa pada saat tertentu, kita yang dikurniai oleh Sabda Pengetahuan dan Perbedaan ror-roh boleh mengenal keadaan peristiwa yang terjadi pada waktu tertentu. Ini bukan daripada usaha kita tetapi Tuhan berkenan mahu kita dipakai secara bebas untuk berkerjasama denganNya. Saya juga ingin menjelaskan disini bahawa komuniti perlu sentiasa berada di bawah bimbingan Uskup Diocesan dan Paderi yang berpengetahuan dalam pelayanan eksorsisme dan pembebasan. Ini kerana iblis juga adalah pakar dalam penyusupan dan gangguan ke atas kumpulan atau kelompok pembebas dan penyembuh. Sila beri perhatian akan nasihat saya ini.
Saya akan berikan empat macam penyembuhan dasar yang membantu saya untuk melakukan pelayanan penyembuhan dan pembebasan. Ini penting kerana kalau kita tidak mengetahui perbedaan-perbedaan penyebab utama penyakit-penyakit itu, kita tidak dapat menolong banyak orang. Sebagai contoh, seorang yang berpengalaman dalam exorsisme dan pembebasan, yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang penyembuhan batin (penyembuhan dari kenangan masa lampau) dapat menyebabkan banyak kejadian yang tidak kita harapkan kerana ia terus menerus mengusir setan, setiap kali dia berusaha menolong orang yang mempunyai masalah kejiwaan. Beberapa masalah kejiwaan rupanya memang disebabkan kerana adanya roh jahat dalam diri seseorang, tetapi menurut apa yang saya alami, sebahagian besar masalah kejiwaan itu disebabkan oleh luka batin yang dialami dalam masa yang lalu atau kerana penolakan orang lain dalam kehidupan seseorang. Ada juga disebabkan kerana sebab-sebab fisik, misalnya kerana tidak adanya keseimbangan enzyme dan zat-zat kimia di dalam aliran darah (misalnya – depresi postpartum iaitu depresi setelah melahirkan anak). Jadi jika di antara kita yang ingin berdoa bagi seseorang yang sakit harus menyedari bahawa ada tiga jenis dasar penyakit dan masing-masing memerlukan jenis doa yang berbeza-beza.
1. Penyakit roh kita yang disebabkan oleh dosa kita secara peribadi.
2. Gangguan emosi dan masalah, misalnya kekuatiran yang disebabkan oleh luka-luka batin yang dialami pada masa yang silam/lampau.
3. Penyakit jasmani di dalam tubuh kita yang disebabkan oleh penyakit atau kecelakaan.
Sebagai tambahan disini, bahawa hal-hal yang telah disebut diatas misalnya dosa, masalah emosi atau penyakit jasmani, dapat disebabkan oleh tekanan roh jahat iaitu suatu penyebab yang berbeza yang memerlukan pendekatan doa yang berbeza iaitu doa untuk exorsisme. Adakah anda semua memahami perbezaannya disini? Perkara lain yang perlu anda semua tahu adalah empat macam metode dasar yang berbeza yang harus kita mengerti supaya kita dapat menjalankan pelayanan penyembuhan ini dengan baik.
1. Doa untuk pertobatan (untuk dosa peribadi).
2. Doa untuk penyembuhan batin (penyembuhan dari pengalaman masa lalu dan juga untuk masalah emosi).
3. Doa untuk penyembuhan jasmani (untuk penyakit tubuh).
4. Doa untuk pembebasan (exorsisme dan untuk penindasan roh jahat).
Saya memberikan penjelasan ini kerana tidak semua orang mempunyai pengalaman yang mendalam pada setiap masalah yang telah dihuraikan dan disebut diatas. Tetapi kita harus menyedari keterbatasan kita yang selalu bersedia untuk memberikan orang yang kita layani itu kepada orang lain yang mempunyai lebih banyak pengalaman daripada kita pada satu jenis masalah atau yang lain. Saya mahu agar setiap Pelayan Atasan masing-masing bekerjasama dengan Rakan Pembimbing Rohani yang lain untuk melakukan pelayanan kasih ini. Andaikata kita tidak mampu bertindak sendirian, adalah baik agar anda semua dapat menggabungkan karunia yang anda miliki dan terus bekerjasama dalam sebuah team sama seperti para doktor yang berkerja di hospital atau klinik. Kebanyakannya orang tidak mempunyai waktu atau karunia yang diberikan Tuhan untuk berkerja dalam semua jenis penyembuhan ini. Tetapi setiap orang perlu mengembangkan kemampuan untuk membeda-bedakan roh untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan jenis doa yang tepat yang harus dipakai. Selain daripada ini adalah perlu kita semua untuk mengenal sakramen atau upacara lain yang menyerupai sakramen yang mempunyai tujuan yang sama seperti yang terdapat dalam empat jenis penyembuhan ini.
1. Pertobatan dapat diadakan pada Sakramen Pengakuan Dosa (perdamaian kembali/rekonsiliasi).
2. Penyembuhan batin dapat juga diadakan pada Sakramen Pengakuan Dosa.
3. Penyembuhan jasmani diadakan pada Sakramen orang sakit.
4. Pembebasan dari penindasan atau kerasukan roh jahat diadakan pada upacara exorsisme.
Tetapi sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus, biasanya Tuhan tentu berkarya pada doktor, jururawat, psikiater, orang-orang yang memberikan kaunseling dan perawat untuk suatu proses kesembuhan yang alamiah. Adalah salah sama sekali yang mengatakan bahawa ubat-ubatan tidak diperlukan dalam kehidupan manusia, seolah-olah cara Tuhan menyembuhkan itu hanya melalui doa sahaja dan bidang kedoktoran itu hanyalah cara penyembuhan yang tidak ilahi. Jadi mereka menganjurkan orang untuk berdoa sahaja dan tidak perlu jumpa doktor. Latar belakang mereka ini (profesi yang berbeza-beza) dengan segala kemampuan mereka boleh membentuk suatu team penyembuh. Tuhan juga bekerja melalui mereka semua untuk menyembuhkan seperti Tuhan berkerja melalui doa penyembuhan; para doktor, psikologi dan perawat. Mereka ini juga adalah pelayan-pelayan penyembuhan. Oleh itu kita perlu berkerjasama dalam sebuah team kelompok atau kumpulan masing-masing yang sedia ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) dan bukannya sebagai saingan supaya kita dapat mengalirkan kuasa penyembuhan Allah dalam seluruh tubuh Kristus. Ingatlah bahawa semua orang yang berdoa untuk penyembuhan harus mempunyai pandangan yang baik terhadap keempat macam doa penyembuhan ini dan juga metode-metode penyembuhan lainnya. Berdoalah di dalam nama Tuhan Yesus Kristus.
Untuk orang-orang Kristen yang tidak memiliki karunia penyembuhan dalam keadaan yang biasa, doa untuk kesembuhan adalah doa permohonan, iaitu memohon kepada Allah Bapa untuk menyembuhkan orang itu dalam nama Yesus Kristus (di dalam persatuan dengan Roh Kudus – ini adalah bentuk doa yang lazim dilakukan dalam liturgi Roma Katolik). Dan untuk orang yang mempunyai karunia penyembuhan, pada waktu-waktu tertentu di mana dia sungguh-sungguh mendapat inspirasi, doa kesembuhan itu lebih merupakan doa perintah. Misalnya, “Sembuhlah.” Atau kalau doanya merupakan doa permohonan, doanya itu akan lebih kuat daripada doa permohonan doa permohonan yang biasa kerana tidak disertai dengan rasa bimbang sedikitpun di dalamnya. Dia ini adalah doa di dalam nama Yesus dan dalam erti kata lain di mana orang yang berdoa sudah tahu fikiran Allah. Jadi dia dapat berbicara dalam diri Yesus. Dan bagaimana dia dapat mengetahui fikiran Allah? Hal itu kita tidak dapat ketahui kerana seakan-akan orang yang berdoa itu berdiri dengan Allah dan berbicara untuk Allah. Ini kita boleh lihat dan baca kembali tentang kisah Santo Petrus dan Santo Paulus di dalam Kisah Para Rasul. Oleh itu saya berdoa agar semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) sentiasa berjalan bersama sebagai satu komuniti agar Misi dan Visi kita dapat dilaksanakan menurut rencana dan kehendak Tuhan. Semoga pengelasan ini membantu anda semua untuk setia di dalam pelayanan dan panggilan Tuhan. Saya juga berharap agar setiap ahli dapat meneruskan cara hidup dan pelayanan ini untuk generasi kita yang akan datang di masa hadapan. Tuhan memberkati kita semua dan melindungi kita dari yang jahat.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment