Pesta Kaamatan Peringkat Negeri
Sabah tahun 2026 | Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian | Kaamatan:
Harvesting Unity, Celebrating Harmony | Kaamatan: Mongomot Pisompuruan,
Mamaramai Piunungan.
Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2026 ini akan diraikan dengan tema resmi “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian.” dan tema dalam bahasa Inggeris ialah “Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony”, dan manakala dalam bahasa Kadazan Dusun ialah “Kaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan.” Pesta Kaamatan sebelum ini telah membawa harapan kepada masyarakat berbilang kaum khususnya di Sabah ini bahawa, tanpa kerjasama di antara kita semua, perpaduan dan hidup dalam keadaan solidariti tidak akan tercapai. Tema pada tahun ini 2026 merupakan satu usaha damai yang ingin kita capai seterusnya melalui acara dan aktiviti yang akan diadakan pada Pesta Kaamatan kali ini. Perkara penting yang ingin saya sampaikan disini adalah, marilah kita memilih kasih Allah dan janganlah kita mudah menyerah kepada pemikiran dunia ini. Marilah kita menerima cabaran dunia masa kini agar tema-tema sebelum ini diikutkan serta untuk melengkapi tema pada tahun ini. Marilah kita berdoa kepada Tuhan agar kita semua akan menjadi insan yang sejati dan berperikemanusiaan. Saya juga mengharapkan agar perpaduan dan keharmonian yang ingin kita capai ini membawa kepada budaya yang bertamadun menuju inkulturasi.
Jika kita ingin menjadi pengikut Yesus Kristus, dan jika kita ingin
menggelarkan diri kita sebagai Kristian, inilah satu-satunya jalan, tiada jalan
lain, dan jalan itu adalah mengikuti jalan kasih Yesus. Setelah dikasihi oleh
Tuhan kita dipanggil untuk membalas kasih dan setelah diampuni, kita dipanggil
untuk memaafkan, dan setelah disentuh oleh kasih, kita dipanggil untuk
mengasihi tanpa menunggu orang lain mengasihi terlebih dahulu, dan setelah
diselamatkan dengan penuh rahmat, kita dipanggil untuk tidak mencari manfaat
daripada kebaikan yang kita lakukan. Perpaduan dan keharmonian haruslah bermula
pada diri sendiri. Nilai-nilai murni yang saya telah jelaskan tadi merupakan
perkara yang penting untuk hidup dalam keadaan harmoni dan dialog dengan budaya
dan agama lain, membawa nilai-nilai injil sebagai sumbangan kepada kebaikan
umum. Saya mahu agar Gereja Katolik tidak menghapuskan budaya tetapi sebaliknya
menginkulturasikan nilai-nilai injil ke dalam budaya tempatan supaya iman lebih
bermakna dan berakar. Ini bermakna adat resam yang baik dikekalkan, manakala
yang bertentangan dengan ajaran Kristus diperbaharui.
Apabila kita menuai kepada budaya kasih dan persaudaraan, saya yakin
perpaduan itu akan membina tamadun kasih melalui amalan persaudaraan,
solidariti, dan keprihatinan terhadap golongan yang lemah, yang merupakan teras
ajaran sosial Katolik. Budaya yang bertamadun didorong melalui penekanan kepada
etika kerja keras, disiplin diri, dan menghormati martabat setiap pekerjaan.
Tetapi jikalau martabat kerja ini disalahgunakan, perpaduan itu tidak
mendatangkan keharmonian. Bagi kita yang ingin menuai apa yang baik demi
perpaduan dan ingin meraihkan keharmonian terhadap kehidupan, saya berpendapat
bahawa memelihara kesucian kehidupan dan keagamaan perlu ada pada diri kita
semua. Saya menyatakan ini bukan hanya kepada semua ahli yang ada di dalam
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of
Angels) tetapi untuk semua saudari dan saudari kita yang ingin memelihara
kesatuan dan damai di seluruh dunia. Adakah kita dapat mencapai “Kaamatan:
Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” ini? Marilah kita bertanya pada diri
kita sendiri. Jika matlamat ini mustahil, ingatlah bahawa Tuhan tidak akan
meminta kita untuk berusaha mencapainya. Dengan usaha kita sendiri, ianya sukar
untuk dicapai. Marilah kita membuka diri kita kepada Tuhan.
Tema untuk Pesta Kaamatan pada tahun ini 2026 adalah rahmat dan perlu
dimohon. Mintalah kekuatan daripada Tuhan untuk membantu kita semua bagaimana
untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian ini setiap hari. Kita perlu berdoa
lebih kerap lagi untuk rahmat agar dapat menghayati tema Pesta Kaamatan ini dan
bukannya menyerah kepada pemikiran dunia ini atau berpuas hati dengan separuh
jalan. Cara hidup dan kepimpinan ini harus ditolak serta merta. Untuk semua
umat Katolik, marilah kita menerima cabaran Yesus ini iaitu cabaran cintakasih.
Maka kita akan menjadi Kristian sejati dan dunia kita akan menjadi lebih
manusiawi. Dunia akan melihat bahawa dalam diri kita wujudnya kasih sayang akan
perpaduan dan keharmonian. Apabila kita menuai akan nilai-nilai kesempurnaan
Injil Tuhan, kita akan meraihkan suasana keharmonian dalam damai kasih Tuhan.
Tiada lagi kejahatan tetapi hanya kasih Yesus yang memberikan kita damai dan
keharmonian yang sejati. Orang lain akan melihat wajah Tuhan di wajah setiap
pada diri kita semua. Dan inilah ikatan iman yang akan menyatukan kita kembali
kepada saudara dan saudari kita dan juga kepada masyarakat yang berbilang kaum.
Usaha bersama yang telah kita lakukan sejak beberapa tahun yang lalu mungkin
menimbulkan tanggapan yang salah. Kebimbangan, keraguan dan persoalan daripada
mereka ini sering kali menjadi isu-isu semasa. Jika situasi ini sering terjadi
di dalam kehidupan kita, adalah baik kita belajar bagaimana untuk memasuki
dialog yang tulus dengan mereka, dan membantu mereka memahami apa yang telah
berlaku sebenarnya. Keadaan seperti ini boleh terjadi di mana-mana terutama
sekali kepada pemimpin tempatan masyarakat kita. Saya mahu agar kita semua
meneladani cara dan usaha pemimpin tempatan kita masing-masing, bagaimana
mereka telah menjadi seorang pemimpin demi kebaikan kita semua. Marilah kita
melihat kembali elemen utama bagi setiap Pesta Kaamatan ini diadakan. Apa yang
membuat saya gembira adalah usaha mempromosikan budaya tradisi dan keunikan
Kadazan Dusun di Sabah adalah dilakukan secara aktif dan berterusan melalui
pelbagai platform untuk mengekalkan warisan etnik terbesar di negeri Sabah.
Keunikan ini merangkumi aspek pakaian tradisional, tarian, muzik, dan perayaan yang kaya dengan adat resam, dan juga Muzium dan Perpustakaan Koisaan di Hongkod Koisaan KDCA - Koisaan Museum and Library (Muzium dan Perpustakaan Koisaan dilancarkan di Hongkod Koisaan pada 21 April 2026 sebagai langkah memperkukuh pemeliharaan warisan sosio budaya masyarakat Kadazandusun. Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang merasmikan pelancaran tersebut – Penampang, 21 April 2026, Selasa). Selain itu, Perayaan dan Festival Kebudayaan di Sabah, Kesenian dan Warisan Tradisional, Busana Tradisional, dan juga Makanan dan Minuman merupakan keunikan dan warisan etnik yang ada di negeri Sabah. Pesta Kaamatan pada tahun ini merupakan platform utama untuk mempromosikan warisan, budaya, dan kesyukuran terhadap hasil tuaian. Dan Pertandingan Unduk Ngadau iaitu Pertandingan ratu cantik adalah kebudayaan yang menonjolkan kecantikan, kebijaksanaan, dan pakaian tradisional Kadazan Dusun. Saya percaya bahawa Festival Budaya ini juga telah menganjurkan pameran perkahwinan tradisional dengan perincian sulaman manik yang unik.
Pameran
seperti ini sering diadakan untuk tatapan pengunjung tempatan dan
antarabangsa. Setiap kali kita datang ke KDCA, kita akan dihiburkan dengan
Tarian Tradisional seperti Sumazau yang sering kali dipersembahkan untuk kita
semua dan diiringi oleh muzik gong yang menarik. Setiap daerah rumah tradisi
memiliki pakaian tradisional, terutamanya yang diperbuat daripada kain baldu
hitam dengan hiasan manik dan perhiasan perak. Kita juga berpeluang untuk
meminum penghasilan tapai (minuman tradisional) dan menjamu selera dengan
makanan tradisi lain yang ada pada suasana Pesta Kaamatan. Ciri khas ini
dipromosikan sebagai sebahagian daripada adat menyambut tetamu. Untuk
meneruskan usaha dan kerjasama kita ini, saya mengajak anda semua untuk
mendengarkan Tuhan bersama-sama, terutamanya pada tahun-tahun kebelakangan ini,
apabila dunia kita telah mengalami perubahan sosial dan budaya yang pesat.
Inilah yang saya melihat mengenai tanda-tanda zaman ini. Pembangunan teknologi
dan kemakmuran ekonomi mungkin telah memberi manfaat kepada ramai orang. Namun
lebih banyak lagi yang masih tersisih dan terabai.
Marilah kita lihat kembali betapa susahnya ibubapa menghantar anak-anak
mereka ke sekolah dengan menggunakan kaedah “seberang sungai.” Dan sementara
globalisasi yang cenderung untuk meratakan perbezaan telah menyumbang kepada
pengguguran nilai-nilai tradisional dan melemahkan etika dan kehidupan sosial,
yang baru-baru ini telah menyaksikan rasa takut yang semakin meningkat di dunia
ini. Peristiwa ini membawa kepada sikap penolakan dan kebencian di antara
pemimpin dan masyarakat. Apa yang saya maksudkan disini adalah perang yang
telah terjadi baru-baru ini. Semoga pada tahun ini kita saling membantu untuk
tidak tunduk kepada godaan budaya kebencian dan budaya individualisme.
Bersama-sama dengan saudara-saudari kita dan di mana juga kita berada, kita
perlu mendengar sekali lagi kepada Tuhan supaya hati kita tidak menjadi lemah.
Kita perlu membiarkan hati kita dihangatkan oleh kuasa Roh Kudus. Apabila hati
kita tenang dan damai, kepercayaan dan persahabatan akan berkembang,
persaudaraan dan sokongan terhadap solidariti akan terjalin kembali. Perang
akan berakhir dan manusia akan memberi kesaksian tentang Tuhan yang bangkit
melalui kata-kata dan kehidupan mereka.
Saya cukup yakin bahawa perpaduan dan keharmonian yang kita cari itu ada di setiap peristiwa kehidupan manusiawi. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita semua mengimbas kembali tema dan Pesta Kaamatan yang telah berlalu. Adalah penting untuk mengakui langkah besar yang dicapai dalam perjalanan ini, meskipun terdapat kesukaran dan kekurangan yang ketara. Keazaman untuk maju dalam pelbagai bidang kehidupan sivil, sosial, budaya dan saintifik telah melepaskan banyak tenaga dan menghasilkan banyak projek. Dan ini telah menggalakkan beberapa inisiatif baharu yang telah membimbing Pesta Kaamatan kepada kemajuan yang lebih baik dan teratur. Tanggungjawab untuk meneruskan usaha ini boleh menyatukan struktur dan institusi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi masyarakat dan untuk menggalakkan kita semua bagi merealisasikan potensi penuh dan kegeniusan aslinya. Pada masa yang sama, harus diakui bahawa walaupun perubahan yang dibawa oleh permulaan era baharu ini telah membawa kepada pencapaian yang tulen, ia juga melibatkan rintangan yang tidak dapat dielakkan yang perlu diatasi disebabkan oleh masalah terhadap kestabilan sosial dan tadbir urus wilayah itu sendiri.
Untuk mengakhiri perkongsian saya disini, saya ingin memberikan sedikit gambaran mengenai ciri-ciri kepimpinan, pelayanan dan masa depan untuk generasi kita yang akan datang. Untuk menghadapi masalah-masalah di dalam kehidupan ini, adalah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu, adakah cara dan tindakan kita itu dapat menyelesaikan isu-isu semasa. Selain itu kita perlu memahami kesannya terhadap orang ramai jika suatu perubahan itu kita lakukan dengan cara tergesa-gesa. Sebagai seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan daripada masyarakat, kerjasama yang lebih erat daripada kuasa-kuasa politik, ekonomi, sosial dan kerohanian negara adalah perlu untuk kita bergerak maju bersama. Keyakinan terhadap perpaduan dan kesungguhan dalam mengikuti panggilan tertinggi yang mesti dicita-citakan oleh setiap negara, adalah tanggungjawab kita bersama demi kebaikan rakyat yang berbilang kaum. Untuk bergerak maju bersama, sebagai cara membentuk masa depan yang lebih baik dan selamat, memerlukan kesediaan mulia untuk mengorbankan sesuatu misi dan visi atau kepentingan terbaik seseorang demi projek yang lebih besar, dan dengan itu mewujudkan keharmonian yang memungkinkan untuk maju dengan selamat ke arah matlamat bersama.
Inilah asas kemuliaan masyarakat. Dan inilah yang saya yakin bahawa
masyarakat di tempat kita masing-masing memerlukan bantuan dan sokongan
daripada kita. Untuk membangun suatu komuniti yang berbilang kaum, adalah perlu
untuk kita mengambil suatu langkah yang baru iaitu jalan menuju pembinaan
masyarakat inklusif, di mana setiap orang berkongsi bakat dan kebolehan mereka
sendiri. Selain itu kita menggalakkan pendidikan yang berkualiti dan kerja
kreatif, partisipatif dan saling menyokong (rujuk Evangelii Gaudium,
192). Dengan cara ini, semua menjadi protagonist untuk kebaikan
bersama, di mana yang lemah, miskin dan terabai bukan lagi menjadi penghalang
tetapi sebagai warganegara dan sebagai saudara dan saudari untuk digabungkan
sepenuhnya ke dalam kehidupan masyarakat. Inilah perpaduan dan keharmonian yang
boleh mendorong kita untuk saling menerima di antara satu dengan yang lain.
Sesungguhnya, keseluruhan proses ini memerlukan hati dan jiwa daripada kita
sebagai manusia. Kebolehan untuk kita berfikir dan meneliti matlamat tersebut
dapat menyedarkan tentang kepentingan peribadi manusia dan hak-haknya yang
tidak boleh dicabut (rujuk Evangelii Gaudium, 203).
Untuk pembangunan yang harmoni dan kesatuan, marilah kita mengamalkan
solidariti dan peningkatan keprihatinan terhadap kuasa sosial, sivil dan
politik yang berterusan demi untuk kebaikan bersama. Apapun idea dan cadangan
kita untuk memodenkan teori ekonomi, atau teknik dan kebolehan profesional,
semuanya ini memerlukan dari hati kita yang berbelaskasihan. Jika kita salah
memilih jalan, semua usaha akan menjadi sia-sia. Dan masyarakat akan tahu
bahawa cara kepimpinan dan teladan kita tidak menjiwai hati yang baik. Dan
setiap umat mempunyai jiwa. Dan mereka juga mempunyai cara mereka sendiri untuk
melihat dan mengalami realiti. Dalam hal seperti ini, kita boleh membantu
menemui semula dan menguatkan harapan yang boleh menjadi sumber tindakan
politik dan sosial berdasarkan maruah seseorang dan membawa kepada komitmen
untuk bekerja dengan adil dan kemurahan hati untuk kebaikan bersama secara
keseluruhan. Walaupun kita tidak memiliki pendidikan yang tinggi dan
pengetahuan yang luas, kita mampu membawa diri kita dengan lebih baik lagi
iaitu berusaha untuk menjadi cerminan kehadiran Tuhan yang boleh dipercayai.
Teladan yang kita berikan adalah mengikuti cara hidup dan pelayanan Yesus
Kristus, Gembala yang baik. Dengan cara ini kita menjadi saksi yang menarik
untuk karya-karya Tuhan. Inilah jalan yang perlu kita ikuti bagi menyumbang
kepada pembinaan masyarakat. Kita juga perlu menjadi tanda keharmonian kepada
orang ramai, agar perpaduan itu membawa kita untuk berkhidmat demi maruah
manusia dan kebaikan bersama. Kita yang berkhidmat untuk setiap komuniti boleh
membentuk masa depan negara dan dalam penciptaan serta pembangunan struktur
pendidikan integral dan bentuk bantuan amal yang sesuai untuk negara moden.
Dengan cara ini, kita dapat menyumbang kepada pembinaan masyarakat dan
kehidupan sivil dan rohani di negeri Sabah yang tercinta ini.
Bahan kajian dan renungan untuk senarai
soalan, jawapan dan bacaan bagi pertandingan Unduk Ngadau.
1. Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian, Kaamatan: Harvesting
Unity, Celebrating Harmony, Kaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan
adalah tema Pesta Kaamatan pada tahun ini 2026. Pada pendapat anda, apakah cara
yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai tema
ini?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya - Membawa harapan kepada
masyarakat berbilang kaum khususnya di Sabah ini iaitu, tanpa kerjasama di
antara kita semua, perpaduan, keharmonian dan hidup dalam keadaan solidariti tidak akan
tercapai. Tema pada tahun ini 2026 merupakan satu usaha damai yang ingin kita
capai dan sekaligus membantu masyarakat untuk menjadi insan yang sejati dan berperikemanusiaan.
2. Bahasa ibunda masyarakat etnik
di Sabah adalah bahasa yang selalu digunakan dalam pertuturan setiap hari. Pada
pendapat anda, bagaimana cara yang boleh menggalakkan kita semua untuk
menggunakan bahasa ibunda ini agar tidak pupus suatu hari nanti?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya - Perayaan dan Festival Kebudayaan di Sabah, Kesenian dan Warisan Tradisional, Busana Tradisional, dan juga Makanan dan Minuman merupakan keunikan dan warisan etnik yang ada di negeri Sabah. Pesta Kaamatan pada tahun ini merupakan platform utama untuk mempromosikan warisan, budaya dan kesyukuran terhadap hasil tuaian. Saya yakin bahawa dengan mengadakan acara aktiviti seperti ini, bahasa ibunda kita tidak akan pupus. Semuanya bermula pada diri kita, keluarga kita dan juga di dalam komuniti kita masing-masing.
3. Unduk Ngadau adalah simbol
penghormatan kepada semangat Huminodun. Pertandingan Unduk Ngadau adalah cara
untuk mengenang dan merayakan jasa Huminodun dalam menyelamatkan kaumnya. Sekiranya
anda di pilih sebagai pemenang Unduk Ngadau (daerah / peringkat Negeri Sabah) pada
tahun ini, apakah yang anda dapat lakukan berdasarkan kriteria-kriteria dan
ciri-ciri yang ada pada diri anda?
Jawapan: Secara jujurnya, walaupun saya seorang yang sederhana dan tidak memiliki pendidikan yang tinggi, tidak memilik pengetahuan yang luas, dan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran sebagai Unduk Ngadau, saya berpendapat bahawa untuk meneruskan tugas dan pelayanan ini, saya perlu menilai keupayaan diri saya sendiri bagaimana untuk mendekati hati orang ramai. Pangkat dan kelulusan pendidikan yang tinggi bukanlah sebagai aset dan tujuan saya untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau tetapi ingin melihat kembali kegembiraan dan wajah-wajah sukacita yang miskin dan sederhana. Saya mahu mewujudkan kembali damai dan kasih ini untuk semua orang sebagaimana Huminodun, seorang gadis dalam mitologi Kadazan-Dusun, yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaumnya daripada bencana kelaparan. Inilah impian saya agar orang ramai tahu semangat dan kebaikan budi Huminodun yang telah memberi erti pengorbanan dan sumber makanan yang pertama demi menghentikan bencana kelaparan yang melanda kaum Kadazan-Dusun.
4. Makanan merupakan keperluan
untuk hidup kita dan keterjaminan makanan merupakan keupayaan rakyat
mendapatkan makanan yang mencukupi, selamat, dan berkhasiat pada setiap masa.
Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang anda dapat berikan bagi menjamin keperluan
sumber makanan ini di masa hadapan?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya, sumber makanan manusia terhasil daripada dua punca utama, iaitu tumbuhan dan haiwan. Hampir semua benda hidup pernah dijadikan makanan, dan sumber-sumber ini membekalkan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, dan lemak untuk fungsi tubuh. Oleh itu, sumbangan yang saya dapat berikan adalah memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memulihara, melindungi dan menjaga alam semula jadi agar tidak tercemar, musnah, atau kehabisan sumber asli. Usaha ini diperlukan daripada semua pihak. Sumbangan saya seterusnya adalah memberikan langkah-langkah penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, memastikan kelangsungan hidup generasi masa depan, dan mengekalkan sumber air serta udara yang bersih.
5. Setiap ahli keluarga memainkan
peranan masing-masing untuk menjamin kebahagiaan keluarga dan kesejahteraan
hidup bersama. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh membantu ibubapa dan
anak-anak untuk hidup dalam perpaduan dan keharmonian?
Jawapan 1: Menurut pemahaman saya
disini / Pada pendapat saya, keluarga merupakan teras utama untuk pembentukan masyarakat, negara,
dan peribadi insan. Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga perlu menjadi
tempat pertama untuk didikan nilai moral, agama, dan etika. Cara ini boleh
membantu keluarga untuk hidup dalam harmoni dan melahirkan modal insan yang
cemerlang.
Atau:
Jawapan 2: Menurut pemahaman saya
disini / Pada pendapat saya, pendidikan awal anak-anak perlu dilakukan oleh ibubapa. Ini kerana keluarga
adalah lingkungan pertama untuk anak belajar dan menjadikan ibu bapa sebagai
pendidik utama. Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga perlu menjadi tempat
pertama untuk didikan nilai moral, agama, dan etika. Cara ini boleh membantu
keluarga untuk hidup dalam harmoni dan melahirkan modal insan yang
cemerlang.
Atau:
Jawapan 3: Menurut pemahaman saya
disini / Pada pendapat saya, pembangunan modal insan juga perlu dilaksanakan. Ini kerana pembentukan
peribadi anak-anak bermula dari rumah sebelum ke sekolah. Melalui cara ini,
kita dapat membentuk keluarga bahagia yang berteraskan kasih sayang dan saling
hormat-menghormati. Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga perlu menjadi
tempat pertama untuk didikan nilai moral, agama, dan etika. Cara ini boleh
membantu keluarga untuk hidup dalam harmoni dan melahirkan modal insan yang
cemerlang dan mewujudkan tradisi keluarga yang mewariskan nilai murni, kasih
sayang, dan tradisi kepada generasi akan datang.
Atau:
Jawapan soalan 5: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya…………………..(jawapan soalan dari no 1 – no 3 boleh digabungkan dan diringkaskan)
Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga perlu menjadi tempat pertama untuk didikan nilai moral, agama, dan etika. Cara ini boleh membantu keluarga untuk hidup dalam harmoni dan melahirkan modal insan yang cemerlang.
Atau:
Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga perlu menjadi tempat pertama untuk didikan nilai moral, agama, dan etika. Cara ini boleh membantu keluarga untuk hidup dalam harmoni dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mewujudkan tradisi keluarga yang mewariskan nilai murni, kasih sayang, dan tradisi kepada generasi akan datang.
6. Kehidupan di dalam komuniti boleh membawa kepada kegembiraan dan menggalakkan untuk hidup dalam kepercayaan, persahabatan serta persaudaraan di kalangan masyarakat Kadazan-Dusun. Bagaimanakah anda dapat menjelaskan kepada orang ramai khususnya kepada saudara dan saudari kita yang tinggal di pendalaman / kampung dan yang masih mengamalkan adat tradisi nenek moyang mereka?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya, adalah lebih baik kita menggunakan cara pendekatan yang sederhana agar dapat memahami dan berkomunkasi dengan mereka. Jika kita menggunakan cara psikologi dan pemikiran duniawi ini, orang-orang kita tidak dapat memahami apa itu konsep perpaduan untuk hidup dalam keharmonian. Ada baiknya kita menggunakan cara kampungan style punya (cara bahasa dan gaya kampungan) agar dapat berkomunikasi dengan mereka. Ini memudahkan kita untuk mengasihi dan memberi, untuk menawarkan apa yang menjadi milik kita kepada yang lain. Melalui kewujudan dan perbuatan seperti ini, kita sesungguhnya telah memberi erti kehidupan berkomuniti kepada orang lain.
7. Masyarakat Kadazan-Dusun merupakan etnik bumiputera terbesar di Sabah, iaitu yang terdiri daripada gabungan kaum Kadazan dan Dusun yang memiliki persamaan bahasa serta budaya. Pada pendapat anda, apakah usaha anda untuk mempromosikan Pesta Kaamatan dengan lebih baik lagi?
Jawapan 1: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya - kita perlu memberikan maklumat yang jelas mengenai asal-usul dan demografi (Demografi ialah ilmu sains yang mengkaji ciri-ciri dan dinamik populasi manusia, termasuk saiz, struktur, taburan, dan perubahan jumlah penduduk akibat kelahiran, kematian, serta migrasi) seperti kawasan Nunuk Ragang dan kelompok etnik atau sub-etnik yang berbeza. Kita juga perlu mengekalkan budaya dan adat resam (daerah penampang - tarian Sumazau, pakaian tradisional suku kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki). Selain itu mesej Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) yang disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi perlu dikekalkan. Bahasa dan kepercayaan masing-masing perlu kita hormati bagi menjamin solidariti, keharmonian dan perpaduan.
Atau
Jawapan 2: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya, usaha yang perlu kita teruskan adalah dengan mempromosikan Pesta Kaamatan yang tertumpu kepada pemeliharaan budaya, pelancongan, dan perpaduan, termasuklah mengadakan acara kebudayaan seperti Unduk Ngadau, Sugandoi dan Buvazoi Tavantang. Selain itu pameran hasil tani dan kraftangan, dan mempromosikan juadah tradisi seperti Bosou dan Hinava perlu diteruskkan. Saya juga menggalakkan agar usaha ini dapat dilakukan di pelbagai daerah / kampung luar bandar dan juga penyertaan aktif daripada generasi muda kita. Penglibatan media sosial juga perlu agar matlamat dan objektif Pesta Kaamaatan ini semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa dan dunia.
Atau:
Jawapan soalan 7: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya…………………..(jawapan soalan dari no 1 – no 2 boleh digabungkan dan diringkaskan)
8. Masyarakat umum mungkin belum
menyedari bahawa peluang untuk maju dan berjaya di masa hadapan adalah bermula
di tempat kita masing-masing. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kita di
Sabah ini berpotensi untuk maju dari segi ekonomi, pertanian dan perladangan?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya – Jaminan masa depan ini haruslah mendapat sokongan daripada bumiputera di Sabah atau penduduk asal Sabah ini. Di dalam komuniti kita masing-masing, orang-orang kampung kita sanggup datang menjual seperti sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, bunga-bungaan, ikan-ikan, barangan antik dan sebagainya. Ada yang sanggup datang dari jauh bersama dengan anak-anak mereka. Anak-anak kecil tertidur semasa menjual dan ada juga yang duduk menjual terutama anak-anak kecil yang baik hati ini. Oleh itu saya berpendapat bahawa kita semua harus menyokong usaha mereka ini dengan cara membeli apa yang mereka jual. Sokongan terhadap produk dan pasaran tempatan Sabah boleh membantu setiap penjual dan peniaga untuk maju dari segi ekonomi, pertanian dan perladangan. Orang-orang kampungan kita bah bukannya pemalas untuk bekerja tetapi masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat golongan miskin ini adalah, tiada yang menyokong usaha mereka. Masyarakat kita masa kini mulai tertarik kepada pasaran asing yang menyediakan dan memberikan jualan harga yang murah.
Alasan yang kita sering dengar adalah
kerana jualan orang tempatan adalah mahal tetapi untuk produk dan pasaran
usahawan kita ini mahal harganya. Sebelum kita melibatkan pengeksportan
barangan tempatan ke luar negara untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan
jualan, adalah baiknya kita membeli dan menggunakan hasil jualan yang ada di
tempat kita masing-masing. Saya melihat bahawa masyarakat kita ini sebenarnya
kaya. Kita kaya bukan kerana memiliki banyak wang dan harta tetapi kaya dari
hasil sektor pertanian, buah-buahan, perladangan, dan ternakan haiwan. Oleh itu,
marilah kita bertanggungjawab menjaga dan menghargai ciptaan ini untuk mengelakkan
kepupusan dan pencemaran.
Atau:
Jawapan soalan 8: Menurut pemahaman saya disini / Pada pendapat saya - Jaminan masa depan ini haruslah…………………..(jawapan soalan no 8 boleh diringkaskan)
9. Pemilihan Unduk Ngadau adalah
berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri
yang sesuai untuk menjadi seorang Unduk Ngadau?
Jawapan: Menurut pemahaman saya disini, Pada pendapat saya – Penampilan diri sebagai seorang Unduk Ngadau adalah mengikut ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang ada pada diri setiap peserta Unduk Ngadau. Penampilan diri yang sederhana dalam tradisi masyarakat kaum Kadazan-Dusun lebih menekankan pada kerendahan hati, kesopanan, dan rasa hormat, baik dalam kehidupan sehari-hari mahupun pada saat beribadah / berdoa / bersembayang. Kesederhanaan bukan bererti berpenampilan yang tidak menarik dan cantik, melainkan menghindari kemewahan yang berlebihan, kesombongan atau usaha untuk menarik perhatian pada diri sendiri. Penggunaan mekap atau solekan haruslah sederhana dan tidak tebal (natural look) iaitu berfokus kepada teknik skin persediaan yang baik dan penggunaan produk ringan seperti BB cushion atau concealer, dan warna-warna lembut. Kunci penampilan ini adalah wajah lembap, kulit cerah merata, alis natural, dan bibir segar agar terlihat fresh tanpa terkesan "dempul" - Dalam konteks kecantikan atau mekap, istilah "dempul" pada wajah merujuk kepada penggunaan produk complexion (alas bedak, foundation, atau powder) yang terlalu tebal, berlapis-lapis, atau padat. Saya lebih memilih penampilan mekap yang sederhana, yang tidak ketara kerana wajah asli, natural look tanpa mekap yang ketara pada diri seseorang adalah lebih menarik dan cantik.
Namum demikian, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan seorang gadis yang baik dan sederhana seperti Huminodun, seorang gadis dalam mitologi Kadazan-Dusun, yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaumnya daripada bencana kelaparan. Inilah impian saya agar orang ramai tahu semangat dan kebaikan budi Huminodun yang telah memberi erti pengorbanan dan sumber makanan yang pertama demi menghentikan bencana kelaparan yang melanda kaum Kadazan-Dusun. Inilah juga kriteria-kriteria dan ciri-ciri yang sesuai untuk saya tampilkan sebagai seorang peserta Unduk Ngadau di peringkat daerah atau di peringkat Negeri Sabah. Saya juga berpendapat bahawa adalah lebih baik setiap peserta Unduk Ngadau kita diberi kebebasan untuk menggunakan kasut yang rendah dan sederhana daripada yang berkasut tinggi dan berjenama. Kegunaan pakaian tradisi dan persembahan juga perlu diberi perhatian yang sama (menggunakan pakaian tradisi asli yang sederhana dan kos yang murah untuk penampilan persembahan dan di pentas Unduk Ngadau). Ini menampilkan seorang gadis yang sederhana dan yang memelihara tradisi masyarakat serta warisan budaya Kadazan-Dusun.
Atau:
Jawapan soalan 9: Menurut pemahaman saya disini, Pada pendapat saya – Penampilan diri sebagai seorang Unduk Ngadau adalah mengikut ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang ada pada diri setiap peserta Unduk Ngadau.…………………..(jawapan soalan no 9 boleh diringkaskan)
10. Pada pendapat anda,
bagaimanakah budaya itu berkait rapat dengan kehidupan manusia?
Jawapan: Menurut pemahaman saya
disini, Pada pendapat saya - Iman itu sendiri adalah budaya. Iman juga
menjelaskan manusia, siapa dirinya dan bagaimana dia harus mula menjadi
manusia. Iman ini telah mencipta budaya dan iman itu sendiri adalah budaya.
Perkataan iman bukanlah abstraks tetapi maksudnya adalah sesuatu yang telah
matang melalui sejarah yang panjang dan melalui percampuran antara budaya di
mana ia membentuk keseluruhan struktur kehidupan, interaksi manusia dengan
dirinya, jirannya, dunia dan Tuhan.
Atau:
Jawapan soalan 10: Menurut pemahaman saya disini, Pada pendapat saya.…………………..(jawapan soalan no 10 ini boleh diubah susunan kata dan ayat bagi memudahkan para juri dan penonton untuk memahami pesan dan mesej yang anda mahu sampaikan kepada mereka semua)
11. Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara anda untuk memahami dan menjelaskan pengorbanan kerjaya seorang
Unduk Ngadau demi masa depan Kadazan Dusun (KDMR) dan Pesta Kaamatan ini?
Soalan ini memerlukan pengorbanan dalam membuat keputusan. Peserta Unduk Ngadau itu harus tahu apakah kesan dan akibatnya jika mereka dinobatkan sebagai seorang pemenang Unduk Ngadau bagi pertandingan di Peringkat Daerah dan di Peringkat Negeri Sabah. Jika saya seorang peserta Unduk Ngadau, saya akan membuat keputusan demi masa depan kaum dan masyarakat di Sabah ini. Keputusan ini bukannya mudah. Ianya perlu dikaji dan diteliti kembali mengikut apa yang telah dianjurkan mengenai program dan aktiviti baru-baru ini mengenai Pesta Kaamatan di Sabah. Oleh itu, saya juga mahu tahu adakah semua peserta Unduk Ngadau kita ini memiliki keberanian dan pengorbanan dalam membuat keputusan. Ada dua kemungkinan saya boleh nyatakan disini, iaitu berhenti kerja serta merta demi meneruskan pelayanan sebagai Unduk Ngadau jika terdapatnya halangan dan gangguan daripada pihak luar. Kes-kes seperti ini boleh menghalang aktiviti dan program yang perlu dilakukan oleh Unduk Ngadau itu. Yang kedua adalah berhenti kerja sementara dan kemudian membantu pihak penganjur Pesta Kaamatan KDCA untuk meneruskan acara dan aktiviti tersebut.
Dan bagi semua peserta Unduk Ngadau yang belum bekerja, dan yang kini sedang tamat sekolah atau pengajian masing-masing, bekerja sendiri dan melakukan pekerjaan bagi diri sendiri dan keluarga, inilah langkah terbaik untuk melaksanakan pelayanan sebagai Unduk Ngadau. Ini kerana anda semua boleh menawarkan fleksibiliti masa dan kebebasan yang seimbang dengan lebih baik sambil membina masa depan yang lebih terjamin untuk diri sendiri, keluarga, komuniti dan juga kepada pihak penganjur Pesta Kaamatan KDCA. Saya yakin aktiviti dan hal-hal yang berkaitan dengan Pesta Kaamatan dapat dilakukan dengan baik tanpa gangguan dan campur tangan daripada pihak luar. Selain itu anda sebagai Unduk Ngadau bebas menentukan jadual kerja sendiri, lokasi, dan jenis tugasan yang ingin dilakukan tanpa terikat dengan arahan daripada majikan. Sebagai Unduk Ngadau, anda juga boleh menguruskan masa kerja dengan lebih efisien, sekaligus memberi ruang untuk memberi perhatian kepada keluarga dan urusan peribadi. Saya yakin program, aktiviti dan pelayanan untuk segala urusan dan kegiatan Pesta Kaamatan KDCA ini akan berjalan dengan baik dan berkesan. Oleh itu janganlah mudah berputus asa apabila kita dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau. Kerjaya dan masa depan kita akan terjamin kerana saya yakin orang-orang kita pasti akan membantu dan menawarkan pekerjaan yang lebih sesuai untuk kita.
Keputusan-keputusan tersebut yang saya telah jelaskan disini sebenarnya memudahkan peserta Unduk Ngadau untuk membantu pihak penganjur Pesta Kaamatan KDCA bagi menjayakan semua aktiviti dan program tersebut selama setahun. Tetapi ini bergantung kepada perubahan dan jadual yang telah disediakan. Namun demikian, keadaan seperti ini perlu diatasi dengan bijak dan baik kerana tanda-tanda zaman ini akan menjelaskan keadaan dan situasi apa yang harus kita laksanakan. Saya berdoa agar semua Unduk Ngadau kita yang mengalami masalah dan kes seperti ini dari dahulu sampailah ke hari ini mendapat kekuatan iman dan kebijaksaan daripada Tuhan. Kemungkinan kesan dan gangguan daripada orang lain yang dialami oleh peserta Unduk Ngadau yang terdahulu itu kita sendiri tidak tahu dan mengerti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Mungkin ada diantara peserta Unduk Ngadau kita ini yang berjaya. Dan mungkin juga ada di antara mereka ini juga yang jatuh dan gagal kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak yang terbabit.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa peserta Unduk Ngadau tidak perlu takut untuk berubah pendirian masing-masing. Kerjaya lain itu kita akan miliki kerana orang ramai akan tahu dan melihat bahawa, usaha dan kemahuan kita untuk membantu dan meneruskan impian serta aspirasi daripada pihak penganjur Pesta Kaamatan KDCA setiap tahun sungguh-sungguh ada dalam kehidupan kita. Jangan malu dan mengalah begitu sahaja. Saya cukup yakin bahawa orang ramai akan membalas jasa dan kebaikan kita ini. Berdoalah kepada Tuhan dan buatlah persiapan dari segi kerohanian dan doa discernment. Langkah-langkah ini perlu kita lakukan agar kita sebagai Unduk Ngadau bersedia dan tidak takut kepada masalah dan gangguan daripada orang lain.
Jawapan: Pada pendapat saya, pengorbanan
kerja demi masa depan kaum adalah manifestasi tanggungjawab sosial dan
kesinambungan budaya yang mengangkat martabat sesebuah komuniti. Ianya juga melibatkan
usaha berterusan untuk membina legasi, meningkatkan sosio ekonomi, serta
menjamin hak dan kesejahteraan generasi masa depan. Dan bagi memastikan masa
depan Kadazan Dusun terus gemilang dan tidak lapuk ditelan zaman, peranan Unduk
Ngadau memerlukan dedikasi dan pengorbanan yang merangkumi;
1. Pemulihara Warisan: Usaha keras
untuk menguasai bahasa ibunda, memahami sejarah mitos Huminodun, dan menghayati
adat resam agar ia boleh diwarisi kepada generasi seterusnya (usaha ini dapat
diteruskan sama ada di peringkat awal atau setelah dinobatkan sebagai pemenang
Unduk Ngadau. Kita bukan manusia yang sempurna yang boleh menguasai pelbagai
topik dan pembelajaran. Ini boleh kita pelajari dari masa ke semasa).
2. Duta Perpaduan: Terlibat secara
aktif dalam program kemasyarakatan, kerja-kerja amal, dan aktiviti sosial bagi
menyatukan pelbagai etnik di Sabah (usaha ini memerlukan kemahiran dan kemampuan
serta ciri-ciri dan ciri dan kriteria-kriteria masing-masing. Jangan malu dan
segan oleh kerana asal usul kita yang kampungan style punya. Saya yakin peranan
kita di zaman moden ini adalah untuk menjangkau semua hati orang ramai mengikut
pelayanan dan tugas sebagai Unduk Ngadau).
3. Ketabahan Menghalang Asimilasi: Berkorban masa dan tenaga untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mengekalkan identiti etnik, terutamanya dalam mendepani arus pemodenan dan globalisasi (usaha ini perlu dilakukan dengan bijaksana kerana setiap daerah itu berbeza cara hidup dan adat tradisi. Oleh itu saya menasihatkan agar tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan program dan aktiviti ini).
Asimilasi adalah proses penyatuan atau percantuman antara budaya, etnik, atau individu berbeza sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Dalam proses ini, budaya minoriti biasanya akan menyesuaikan diri dan menyerap budaya majoriti atau dominan. Oleh yang demikian, konsep ketabahan menghalang asimilasi merujuk kepada ketabahan atau pendirian kuat sesuatu kumpulan etnik atau minoriti dalam mengekalkan identiti budaya asal mereka. Sikap ini menolak asimilasi, iaitu proses di mana kumpulan minoriti menyerap atau terpaksa mengikut budaya masyarakat dominan sehingga kehilangan identiti asal.
4. Simbol "Runduk
Tadau": Dari segi bahasa Kadazan Dusun, Unduk Ngadau berasal daripada frasa Runduk
Tadau yang membawa maksud "gadis yang dinobatkan sebagai sinaran cahaya
matahari". Gelaran ini melambangkan sinar harapan, kesucian hati, dan
pembawa pembaharuan dalam masyarakat (usaha ini perlu dingati oleh semua Unduk
Ngadau. Kita tidak perlu menjelaskan secara detail kerana orang ramai hanya
mahu tahu bahawa Huminodun adalah jelmaan semangat luhur Unduk Ngadau, di mana
gelaran Unduk Ngadau itu sendiri berasal daripada perkataan "Runduk
Tadau" yang bermaksud gadis yang dimahkotakan dengan sinaran cahaya
matahari).
5. Ikon Budaya dan Pelancongan: Pemenang Unduk Ngadau menggalas tanggungjawab sebagai duta kebudayaan. Tugas
mereka adalah untuk memelihara warisan, mempromosikan pelancongan budaya di peringkat
tempatan dan antarabangsa, serta menjadi rujukan dalam pemerkasaan adat tradisi
Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) (usaha ini diperlukan kerana Sabah merupakan
budaya yang bertamadun dan memiliki tradisi yang cukup unik dan berbilang kaum.
Oleh itu, saya berharap agar Unduk Ngadau dapat memainkan peranan yang penting
ini. Lakukanlah setakat apa yang kita mampu).
6. Pemimpin Masyarakat: Pemenang gelaran ini diharapkan menggunakan platform mereka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, memupuk perpaduan, dan menjadi teladan (role model) kepada generasi muda (usaha ini perlu diteliti oleh Unduk Ngadau apakah cara dan kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka. Peranan ini bukannya mudah. Setiap tahun penduduk akan bertambah dan masyarakat juga akan saling hidup bersama. Oleh itu adalah perlu untuk semua Unduk Ngadau tahu bagaimana membezakan apakah itu peranan sebagai seorang pemimpin dan sebagai seorang yang melayani).
7. Membina Modal Insan: Meluangkan masa membimbing golongan muda dan pelapis kerjaya (Sebagai Unduk Ngadau, anda semua perlu bergiat aktif untuk membantu golongan muda. Masa inilah kita akan berinteraksi dengan golongan muda daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu yang memerlukan pendekatan yang inklusif, terbuka, dan dinamik. Ia adalah kunci untuk membina jambatan perpaduan dan memahami aspirasi pelbagai kaum di Sabah. Belajarlah untuk mendekati mereka dan tetaplah rendah hati dalam melayani sesama).
8. Program Sukarelawan Komuniti:
Anjurkan aktiviti gotong-royong, program pendidikan percuma, atau bantuan
kemasyarakatan yang memerlukan tenaga anak muda daripada pelbagai latar
belakang (usaha seperti ini perlu dilaksanakan mengikut persetujuan bersama.
Walaupun usaha ini sering mendapat perhatian orang ramai, saya berharap agar
program dan aktiviti seperti ini dapat disesuaikan mengikut topik dan keperluan
masyarakat setempat di setiap daerah, kawasan dan kampung masing-masing. Usaha
ini memperlihatkan semangat dan pengorbanan seorang Unduk Ngadau yang prihatin
dan berbelaskasihan).
9. Wacana Ilmu dan Sukan: Gabungkan kedua-dua ini di dalam aktiviti riadah atau forum perbincangan santai bagi memecahkan
jurang perbezaan kaum dan status ekonomi (Jika anda sebagai Unduk Ngadau tidak
memiliki kepakaran dan pengetahuan tentang aktiviti ini, saya menasihatkan agar
melakukannya dengan cara pendekatan yang mudah dan selamat. Sebagai contoh,
saya adalah seorang jenis yang suka akan latihan sukan dan senaman. Oleh itu,
cara yang saya akan gunakan adalah menggabungkan wacana ilmu dan sukan sebagai elemen
perbincangan ilmiah (wacana) dengan bidang kegiatan fizikal (sukan). Ia adalah
pendekatan holistik yang menggabungkan aspek kecergasan fizikal dan pembangunan
mental atau intelektual untuk melahirkan masyarakat yang seimbang. Itulah sebabnya
saya suka pergi berjoging, bersukan, berlari dan bersenam. Begitu bah, jadi
saya harap semua Unduk Ngadau boleh faham disini kio).
10. Hormati Budaya dan Agama: Peka
terhadap sensitiviti budaya dan kepercayaan masing-masing ketika merancang
sebarang aktiviti berkumpulan (Saya lebih menggalakkan agar kita sebagai Unduk
Ngadau menggunakan cara kampungan style punya. Dan pada masa yang sama, identiti
kita sebagai seorang yang beriman akan menyentuh hati orang ramai kerana imej
dan pergaulan kita. Walaupun orang melihat bahawa nature (sifat semula jadi
atau naluri asas) manusia kita itu nampak macam sedikit agresif, kita jangan
susah hati. Sebagai panduan disini, apa yang perlu kita lakukan sebagai Unduk
Ngadau adalah bersikap terbuka akan pandangan orang lain tetapi anda harus
mengimbangi menerusi kebijaksanaan emosi serta persekitaran di mana sahaja anda
berada. Ini perlu agar kita tidak mengikut cara orang lain dan dipermainkan
oleh orang ramai).
11. Pendekatan Komunikasi dan
Interaksi: Menjadikan Pesta Kaamatan sebagai matlamat dan tujuan bagi
setiap program dan aktiviti yang telah dirancang (usaha seperti ini
bukannya mudah tetapi inilah masanya kita sebagai Unduk Ngadau harus membantu
orang ramai. Saya menggalakkan agar kita menggunakan platform pilihan mereka
seperti aplikasi media sosial yang popular seperti Instagram, TikTok, atau
WhatsApp untuk mendekati mereka dengan kandungan yang santai dan bermaklumat.
Jadilah pendengar yang empatik dan cuba untuk belajar untuk mendengar luahan,
idea, dan cabaran yang mereka hadapi secara lebih dekat. Cara ini dapat membina
kepercayaan dan rasa hormat. Selain itu anda boleh menggunakan bahasa yang
santai atau kampungan style punya iaitu mengelakkan cara komunikasi yang
terlalu formal atau berunsur syarahan. Komunikasi dua hala yang mesra lebih
mudah diterima. Itulah sebabnya apabila kita bergaul mesra dengan orang-orang
kampung, mereka lebih suka kepada kita dan kehadiran kita pasti banyak
membantu. Begitu bah, jadi jangan malu dan segan untuk menjadi diri sendiri.
Penampilan Unduk Ngadau itu akan menjadi lebih realiti dan senang. Begitu
bah, jadi saya harap semua Unduk Ngadau boleh faham disini kio).
12. Karnival Pesta Kaamatan KDCA Sabah Malaysia: Mengadakan
Karnival Pesta Kaamatan KDCA Sabah Malaysia yang untuk meraikan
sesuatu tema, mempromosikan produk, atau menghimpunkan masyarakat. Karnival ini
boleh menampilkan himpunan gerai jualan, pameran kebudayaan, persembahan pentas
Unduk Ngadau, dan pelbagai aktiviti interaktif yang terbuka kepada penyertaan
untuk semua orang. Acara dan aktiviti ini dapat diadakan di setiap rumah terbuka di KDCA, di luar kawasan dan Dewan KDCA.
Melihat akan tanda-tanda zaman ini, saya juga menyedari bahawa kita di Sabah ini perlu saling bantu membantu agar Pesta Kaamatan itu tidak akan berakhir begitu sahaja. Oleh itu saya menyokong agar kita yang memiliki warisan budaya dan keunikan masyarakat dan tradisi ini mengadakan Karnival Pesta Kaamatan KDCA Sabah Malaysia bagi menggabungkan elemen hiburan, pameran, dan perhimpunan masyarakat. Ianya berfungsi sebagai platform penting untuk mempromosikan warisan budaya, meraikan kepelbagaian kaum, dan menghidupkan semula tradisi yang diwarisi turun-temurun. Itulah sebabnya kehadiran semua Unduk Ngadau untuk menjayakan karnival ini amat penting. Masa inilah semua peserta Unduk Ngadau tidak kira yang terdahulu dan sampailah sekarang tampil bersama dengan setiap daerah dan kawasan masing-masing.
Secara lazimnya, kita mengadakan sesuatu aktiviti mengikut
keperluan masing-masing disebabkan oleh sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Untuk mengatasi masalah ini, saya mengalakkan agar karnival kita ini diadakan sesuai
untuk pelbagai peringkat umur. Pelbagai pengisian menarik boleh kita adakan
secara teratur bagi merancakkan sesuatu karnival kita ini. Tetapi ianya
bergantung kepada tema acara dengan elemen kebudayaan yang mencerminkan
identiti pelbagai etnik tersebut. Untuk menyokong acara dan aktiviti Karnival
Pesta Kaaamatan KDCA Sabah Malaysia ini, disini saya sediakan beberapa elemen
utama bagi menjayakan karnival kita ini di Sabah. Tempat utama adalah di Kadazan
Dusun Cultural Association (Persatuan Kebudayaan Kadazandusun). Pusat
kebudayaan ini terkenal dengan nama Hongkod Koisaan (Pusat Perpaduan
Kebudayaan) yang terletak di Penampang, Sabah.
1. Sukan dan Rekreasi:
Pertandingan sukan untuk setiap daerah, masyarakat dan pengunjung untuk acara
luar dan dalam.
2. Pendidikan dan Interaktif:
Pameran kerjaya dan pendidikan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, dan
sudut bagi matapelajaran setiap sekolah.
3. Keusahawanan dan Jualan: Gerai
promosi, jualan makan dan minuman tempatan, pameran kraf tangan dan juga untuk
bazar makanan.
4. Kebudayaan dan Hiburan:
Persembahan artis popular tempatan KDMR di Sabah, tarian kebudayaan dan pentas
bicara agama atau motivasi.
5. Fokus atau tema karnival:
Pendidikan, keusahawanan atau komuniti)
6. Kumpulan sasaran karnival: Kanak-kanak, keluarga, atau belia)
Komponen Tradisi dalam Karnival.
1. Persembahan Kesenian: Acara meriah yang sering dinanti-nantikan orang ramai adalah dengan tarian tradisional dan muzik etnik.
2. Permainan Tradisional: Pertandingan atau demonstrasi permainan rakyat tempatan di Sabah.
3. Kulinari Warisan: Gerai yang menyediakan pelbagai makanan dan kuih-muih tradisional pelbagai kaum di Sabah.
4. Pakaian dan Kraf Tangan: Pameran pakaian etnik di Sabah seperti baju tradisional pelbagai kaum serta bengkel kraf tangan.
Peranan Sosial dan Budaya.
1. Mengeratkan Perpaduan: Menjadi titik pertemuan untuk semua masyarakat pelbagai latar belakang agama dan kaum untuk bersosial, makan bersama dan saling tolong menolong.
2. Pewarisan Ilmu: Menjadi
platform pendidikan untuk memperkenalkan adat dan budaya kepada generasi muda
kita di Sabah.
3. Pelancongan: Menarik pelancong domestik dan antarabangsa untuk merasai sendiri pengalaman budaya tempatan kita di Sabah. Saya amat berbangga sekali dan ikut serta mendoakan untuk melihat pelbagai festival budaya yang diraikan di peringkat negeri atau kebangsaan seperti kebudayaan iaitu acara yang mengetengahkan budaya sesuatu etnik seperti Kebudayaan KDMR Adat Sabah.
4. Festival Kaamatan KDCA Kesenian: Acara ini merupakan festival yang menggabungkan muzik tradisional Borneo dengan persembahan global.
5. Keusahawanan dan Kerjaya: Karnival kita ini dianjurkan untuk membantu ekonomi komuniti tempatan dan usahawan. Sebagai contoh menyediakan gerai jualan, peluang pembiayaan perniagaan, dan hebahan kerjaya.
6. Karnival Kebudayaan KDCA dan Warisan
Permainan Tradisional KDCA: Acara ini dianjurkan untuk mempopularkan semula atau melestarikan
warisan kita di Sabah seperti gasing, wau, dan congkak yang bertujuan untuk
mendidik generasi muda sambil menggalakkan gaya hidup aktif selain bersukan dan
bersenam.
7. Ekspo Industri dan Makanan: Karnival
ini juga memfokuskan kepada industri tertentu, seperti pameran makanan dan
masakan tempatan. Tujuan utama adalah untuk mempromosikan produk halal atau
pertanian untuk menarik pelancong dan pengunjung awam.
8. Pelbagai Gerai: Menawarkan pelbagai makanan, kraftangan, dan produk tempatan.
9. Persembahan Kebudayaan: Dapat diadakan dengan persembahan tarian tradisional dengan menggunakan pakaian asli tradisional untuk mendedahkan kepada generasi muda.
10. Aktiviti Keluarga: Sesuai untuk semua peringkat umur dengan adanya pertandingan, sukaneka, dan cabutan tiket bertuah. Ini juga dapat menarik orang ramai dan menghimpunkan usahawan tempatan dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Jawapan soalan 11: Pada pendapat saya.…………………..(jawapan soalan no 11 ini boleh diringkaskan mengikut pemahaman masing-masing)
Berdasarkan kepada bahan kajian dan renungan untuk semua senarai soalan, jawapan dan bacaan pertandingan Unduk Ngadau ini, saya menyarankan agar setiap soalan dan jawapan yang diberikan disini boleh diubahsuai mengikut cara anda sendiri. Anda semua boleh mengubah susunan kata dan ayat bagi memudahkan para juri dan penonton untuk memahami pesan dan mesej yang anda mahu sampaikan kepada mereka semua. Semua peserta Unduk Ngadau perlu ingat bahawa juri Pertandingan Unduk Ngadau setiap tahun akan memilih berdasarkan kepakaran, pengalaman, dan pemahaman mendalam tentang budaya Kadazandusun-Murut-Rungus (KDMR). Panel juri juga akan memilih secara telus dan terbuka untuk menilai kejelitaan, keanggunan, personaliti, dan pengetahuan budaya yang ada pada setiap peserta Unduk Ngadau.
Apa yang saya maksudkan disini adalah keupayaan diri anda semua bagaimana untuk mendekati hati orang ramai. Walaupun anda seorang yang sederhana dan tidak memiliki pendidikan yang tinggi, tidak memiliki pengetahuan yang luas, dan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran sebagai Unduk Ngadau, dan berasal dari kampung, pangkat dan kelulusan pendidikan yang tinggi bukanlah sebagai aset dan tujuan untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau. Setiap peserta Unduk Ngadau dapat mewujudkan kembali damai dan kasih untuk semua orang sebagaimana Huminodun, seorang gadis dalam mitologi Kadazan-Dusun, yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaumnya daripada bencana kelaparan. Jadilah dirimu sendiri dan tetaplah gembira kerana anda semua telah menampilkan semangat dan kebaikan budi Huminodun yang telah memberi erti pengorbanan dan sumber makanan yang pertama demi menghentikan bencana kelaparan yang melanda kaum Kadazan-Dusun. Lakukanlah semua ini menurut kemampuan anda sebagai manusia.
Teknik dan cara yang telah diajar dalam seesi khas untuk semua peserta Unduk Ngadau mungkin dapat membantu. Tetapi bagi mereka yang tidak memiliki pendidikan yang tinggi dan pengetahuan yang luas, saya menggalakkan agar kita sebagai peserta Unduk Ngadau menggunakan cara tersendiri ataupun kampungan style punya (cara bahasa dan gaya kampungan) agar dapat berkomunikasi dengan baik dan lancar. Bergaya itu baik dalam persembahan. Cubalah mulakan dengan mengikut ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang ada pada diri anda masing-masing. Peserta Unduk Ngadau boleh menampilkan gaya yang sederhana, iaitu gaya yang lebih menekankan pada kerendahan hati, kesopanan, rasa hormat dan juga kesederhanaan. Kesederhanaan bukan bererti berpenampilan yang tidak menarik dan cantik, melainkan menghindari kemewahan yang berlebihan, kesombongan atau usaha untuk menarik perhatian pada diri sendiri. Penggunaan mekap atau solekan haruslah sederhana dan tidak tebal (natural look), iaitu penampilan mekap yang sederhana dan wajah asli. Ini kerana wajah asli ini (natural look) tanpa mekap ini adalah lebih menarik dan cantik.
Dan bagi peserta Unduk Ngadau yang tidak berkemampuan dan kurang sumber kewangan, saya juga menyokong agar kita sebagai Unduk Ngadau menampilkan persembahan yang lebih kepada tradisi kaum masing-masing. Pakailah jenis kasut yang rendah dan sederhana daripada yang berkasut tinggi dan berjenama. Inilah masanya anda sebagai Unduk Ngadau menggunakan pakaian tradisi asli yang sederhana dan kos yang murah. Cukuplah untuk menampilkan seorang gadis yang sederhana dan yang memelihara tradisi masyarakat serta warisan budaya Kadazan-Dusun. Oleh itu janganlah malu untuk mengikuti pertandingan Unduk Ngadau ini. Kita kekalkan tradisi dan warisan budaya kehidupan Kadazan-Dusun demi generasi kita yang akan datang. Peserta Unduk Ngadau tidak perlu risau dan takut jika cara penyampaian dan bercakap itu berbahasa kampungan style punya. Perlihatkanlah cara penampilan anda tersendiri dan elakkan untuk meniru cara orang lain dan mengubah personaliti anda semua. Sila tampilkan perasaan anda sebenarnya kepada orang ramai.
Pentas Unduk Ngadau akan menjadi milik anda jika hatimu tenang dan damai. Ini disamakan bagaimana seorang gadis yang baik dan rendah hati percaya bahawa, kekasih lelaki pujaan hatinya itu sentiasa bersama dengan dia, mendoakan dia, membantu dia dan mencintai dia. Fokus anda cuma satu iaitu percaya bahawa impian anda akan tercapai, seperti mana gadis yang baik dan rendah hati itu yang cukup jelas memiliki ketenangan dan damai di hati. Semuanya akan berjalan dengan baik kerana anda telah memperlihatkan ciri-ciri dan kriteria-kriteria tertentu yang sesuai untuk menjadi seorang Unduk Ngadau. Jadilah dirimu sendiri dan ikutilah suara hatimu.
Pengalaman anda sebagai Unduk Ngadau ketika bersaing dari peringkat kawasan (kampung/DUN), peringkat daerah merupakan ciri pendekatan akar umbi dan tradisional. Saya juga menyokong agar penampilan persembahan yang lebih kepada tradisi dan sederhana ini diteruskan ketika berada di pentas Unduk Ngadau Kaamatan KDCA bagi pertandingan di peringkat Negeri Sabah (dan juga untuk setiap tahun). Saya kongsikan matlamat dan objektif ini kepada semua Unduk Ngadau kita yang tidak berkemampuan dan kurang sumber kewangan. Bagi Unduk Ngadau kita yang berada dalam keadaan seperti ini, cukuplah membawa kembali ciri-ciri Huminodun yang berhati mulia dan berani berkorban. Saya juga menyokong agar kita sebagai Unduk Ngadau menampilkan persembahan yang lebih kepada tradisi kaum masing-masing. Ianya mudah dilakukan kerana anda sebagai Unduk Ngadau memperlihatkan keunikan yang berbeza iaitu ciri-ciri Huminodun yang sebenarnya. Saya juga berharap agar kita sebagai Unduk Ngadau sanggup meneladani siapakah Huminodun itu dan apakah yang anda harus korbankan demi menjayakan Pesta Kaamatan di Sabah ini.
Jika saya berada di situasi ini, saya akan korbankan budaya duniawi yang tidak mencerminkan tradisi asli kaum dan masyarakat di mana asalnya saya berada. Saya akan cuba membawa kembali persembahan dan penampilan mengikut kemampuan saya iaitu memperagakan pemahaman tentang pakaian asas dan aksesori yang diperlukan. Pakaian asli kaum Kadazan di Sabah (khususnya dari daerah Penampang) adalah simbol warisan budaya yang kaya dengan tradisi dan keunikan tersendiri. Oleh itu, semangat Huminodun dalam Unduk Ngadau itu sebenarnya ada pada diri saya sendiri. Inilah asas yang saya akan perlihatkan. Saya yakin keaslian budaya untuk menghayati nilai murni dan semangat Huminodun dalam memperagakan pakaian tradisional yang lebih murah dan ringkas merupakan tatacara pemakaian warisan asal suku kaum masing-masing. Oleh itu saya tidak perlu malu kerana saya telah mendedahkan tujuan dan asal saya untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau ini. Melihat tanda-tanda zaman ini saya mahu memberi perkongsian mengenai Pesta Kaamatan kita di Sabah ini.
Ia bermula sebagai pertandingan ratu cantik peringkat kampung atau daerah yang lebih kecil (misalnya dikenali sebagai pertandingan Jesselton Rural Beauty Queen pada tahun 1958 atau Miss Kadazan pada tahun 1960). Pada waktu itu pemahaman, kefasihan dan penggunaan bahasa ibunda Kadazan-Dusun (atau dialek etnik asal peserta) merupakan syarat dan kriteria penilaian yang sangat diperlukan. Bermula sekitar tahun 1960-an lebih memfokuskan kepada memberi pendedahan dan membina keyakinan diri wanita di kawasan luar bandar. Ianya bukan sekadar pertandingan ratu cantik biasa, tetapi merupakan medium untuk memperingati kisah pengorbanan legenda Huminodun. Melalui pertandingan Unduk Ngadau ini telah di perhatikan mengenai keaslian budaya iaitu peserta dinilai berdasarkan sejauh mana mereka menghayati nilai murni dan pesona semangat Huminodun.
Pakaian tradisional yang dipakai juga dijaga dengan lebih ringkas serta berpandukan tatacara pemakaian warisan asal suku kaum masing-masing. Oleh itu, jika anda dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau di peringkat kawasan (kampung/DUN), peringkat daerah, dan seterusnya di peringkat Negeri Sabah, bawalah kembali ciri pendekatan akar umbi dan tradisional ini. Pentas Pesta Kaamatan KDCA tahun ini 2026 (dan di masa hadapan) akan menjadi milik anda walaupun kita sebagai Unduk Ngadau tidak memiliki kepakaran, tidak mempunyai pengalaman yang luas, dan juga tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Saya berdoa agar Tuhan menyertai kita, memberikan kita berkat dan perlindunganNya, dan melindungi kita semua dari yang jahat.
Dan untuk memahami
lebih baik lagi mengenai Unduk Ngadau ini, saya menyarankan agar bacalah semula
apa yang telah tertulis disini.
Rujukan:
1. Pesta Kaamatan di Sabah Malaysia
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi / Most High Servant,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih / Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
My vocation is Blessed and Saints.
"I am the most humble of all the Saints in Heaven" Mary, Mother of God."
"I am the handmaid of the Lord, said Mary ‘let what you have said be done to me."
Mother Mary is the most humble Saint in Heaven and she is also the Mother of God for us all
(Luke 1:38)







.png)
No comments:
Post a Comment