Tumbuhan ubat tradisional di Sabah, Malaysia.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Asterids
Order: Lamiales
Keluarga: Lamiaceae
Genus: Vitex
Spesies: V. trifolia
Nama binomial
Vitex trifolia
Linn
Pokok Lagundi (juga
disebut Legundi) dengan nama saintifiknya "Vitex trifolia
L." merupakan sejenis pokok renek yang mampu tumbuh setinggi lima meter.
Ciri-cirinya
Pokok Lagundi
digambarkan sebagai kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ianya
mampu tumbuh tinggi. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daun
berkilat di bahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati
dan resin.
Di sesetengah tempat
ianya juga dikenali sebagai pokok Lemuni Putih, Dangla, Lipuk, Tigau,
Three leaves chaste tree, Indian Privet dan Indian wild-pepper.
Berbeza dengan Pokok Lemuni Hitam (Vitex Trifolia var
Negundo), di mana masyarakat tempatan terutama di sebelah utara semenanjung
Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika
memasak nasi lemak Lemuni.
Kegunaan
Ia sering digunakan
dalam perubatan tradisional masyarakat tempatan. Akarnya digunakan untuk
pencegah kehamilan, rawatan selepas bersalin. Manakala batangnya pula digunakan
untuk menyembuhkan bengkak dan eksim.
Biji pokok Lagundi juga
digunakan sebagai pereda batuk, penyegar badan serta untuk merawat masalah
rambut. Manakala buahnya digunakan sebagai ubat cacing dan melancarkan
perjalanan haid.
Daun pokok Lagundi juga
dikatakan berkhasiat serta digunakan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan,
mabuk, masuk angin, menurunkan suhu badan, meredakan kejang, serta batuk. Bagi
wanita pula daunnya pula dikatakan berkhasiat bagi melancarkan haid serta
membersihkan rahim.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi / Most High Servant,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih / Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
My vocation is Blessed and Saints.
"I am the most humble of all the Saints in Heaven" Mary, Mother of God."
"I am the handmaid of the Lord, said Mary ‘let what you have said be done to me."
Mother Mary is the most humble Saint in Heaven and she is also the Mother of God for us all
(Luke 1:38)
No comments:
Post a Comment