Popular Posts

Tuesday, May 26, 2026

KEWAJIBAN UNTUK MENGGUNAKAN PAKAIAN RESMI GEREJA KATOLIK | OBLIGATION TO WEAR OFFICIAL CATHOLIC CHURCH CLOTHES

KEWAJIBAN UNTUK MENGGUNAKAN PAKAIAN RESMI GEREJA KATOLIK


    Semua ahli perlu mengikuti peraturan dan ketetapan yang telah disedikan disini. Pakaian untuk gambar logo dan simbol resmi ini untuk semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) adalah seperti yang telah tertulis dan disediakan disini. Kewajipan adalah dengan menggunakan gambar resmi logo dan simbol, tulisan Motto A  Blessed and Saints  Ω A  Servus Servorum Dei  Ω dan kemudian digunakan pada setiap pakaian anda semua. Reka bentuk dan corak adalah bebas digunakan sama ada kecil, sederhana dan besar saiznya. Dan untuk mereka yang berada di dalam Kongregasi, semua ahli wajib mengenakan pakaian resmi yang telah ditetapkan. Ini terdiri daripada Uskup, Paderi dan untuk kehidupan para Religius Brothers dan Sisters.

    Setiap ahli yang ingin melakukan pelayanan diwajibkan menggunakan baju berwarna putih dan bebas daripada sebarang bentuk corak duniawi. Pakaian putih boleh digunakan semasa pelayanan di rumah, gereja mahupun di tempat lain. Pakaian juga boleh digunakan setiap hari sama ada di rumah, di sekolah, pergi membeli-belah, rekreasi bersama keluarga, melancong, menghadiri Misa Kudus, berdoa secara individu mahupun bersama komuniti, melakukan kerja amal dan sosial, kegiatan di rumah ataupun di luar lingkungan kawasan setiap daerah dan tempat serta bebas menggunakannya di mana sahaja mengikut kesesuaian dan keadaan. Digalakan menggunakan semasa kerja kecuali jika jenis pekerjaan itu boleh menjadikan keadaan kotor dan berbau peluh. Seluar adalah hitam atau putih dan bebas daripada sebarang corak duniawi. Untuk keselesaan para ahli, warna seluar adalah bebas digunakan tetapi di larang menggunakan seluar ketat, koyak ataupun bercorak negatif duniawi.

    Bagi para ahli yang tidak berkemampuan untuk membeli baju putih tanpa corak yang baru, anda boleh menggunakan baju putih yang sedia ada walaupun lama, dan yang penting adalah tiada corak berunsurkan satanism serta pengaruh duniawi. Jika terdapat sedikit corak putih bercampur logo dan sedikit garisan, anda masih boleh menggunakannya asalkan tidak memberikan kesan negatif kepada semua ahli. Anda boleh berbincang dengan semua ahli di Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) apakah jenis pakaian putih yang sesuai digunakan. Ini bertujuan agar setiap kumpulan atau kelompok dapat berjalan bersama. Selain itu kita semua boleh tahu dan mengenal pasti siapakah sebenarnya semua ahli kita ini di mana sahaja kita berada.

    Dan melalui pakaian ini kita boleh mengetahui siapakah ahli-ahli di kalangan kita ini. Digalakan untuk menggunakan rantai salib, medal Bunda Maria, rosari, skapula, rantai-rantai serta medal yang telah disahkan benar oleh gereja katolik kita. Kita perlu menggunakannya di bahagian leher dan di bahagian dalam atau luar badan supaya kita dapat mengetahui para ahli kita yang lain. Di bahagian tangan juga diizinkan tetapi saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi ingin menegaskan bahawa, benda-benda sakramental gereja katolik bukannya sebagai jimat untuk mengusir kuasa kegelapan dan pelindung diri. Kita perlu berdoa sebelum menggunakannya. Di mana sahaja kita berada, kita semua perlu memakai dan membawanya setiap hari agar hubungan kita dengan Allah Bapa sentiasa terjalin melalui cara hidup ini. Jika dilakukan dengan cara yang betul, Tuhan akan memberkati dan melindungi kita dari yang jahat dan kehidupan rohani kita juga dalam keadaan berahmat.

Peraturan dan kepentingan untuk kegunaan pakaian di dalam pelayanan dan kehidupan seharian.

    Bagi mereka yang telah menerima Sakramen Pentahbisan, mereka wajib menggunakan pakaian harian dan pakaian liturgi. Ini amat penting agar identiti mereka dapat dikenali oleh orang ramai.

    Paderi Katolik diwajibkan memakai pakaian khas sebagai tanda pengabdian dan identiti rohani. Pakaian harian (clerical suit/collar) melambangkan ketaatan, manakala pakaian liturgi (jubah, stola, kasula) wajib dipakai semasa ibadat. Pakaian ini membezakan mereka daripada awam dan melambangkan peranan mereka sebagai gembala umat. 

1. Pakaian Harian (Clerical Wear)

Kolar Roman (Clerical Collar): Kolar putih khas yang dipakai pada kemeja hitam atau jubah.

Soutane/Cassock: Jubah panjang, biasanya berwarna hitam, yang melambangkan ketaatan kepada gereja. 

2. Pakaian Liturgi (Semasa Misa/Ibadat)

Alba (Alb): Jubah putih panjang yang dipakai di dalam pakaian liturgi lain.

Stola (Stole): Kain selempang panjang yang melambangkan kuasa imamat. Warna stola berubah mengikut kalendar liturgi.

Kasula (Chasuble): Pakaian luar utama paderi semasa memimpin Ekaristi.

Pluviale (Korkaf): Jubah mantel yang digunakan dalam prosesi atau perarakan. 

Pakaian ini wajib dipakai sebagai simbol kesetiaan kepada Kristus dan Gereja Katolik.

Untuk semua ahli di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

    Kebebasan diberikan kepada anak-anak yang masih kecil dan tidak perlu memakai pakaian putih yang lengkap. Untuk golongan anak-anak kecil ini mereka bebas menggunakan apa sahaja warna pakaian asalkan tiada bentuk simbol dan bentuk corak satanism serta kuasa kegelapan. Bantulah anak-anak kecil ini untuk menggunakan pakaian yang sesuai. Begitu juga dengan cara dan kegunaan barang kudus sakramental ini.

    Bagi golongan dewasa, mereka hanya perlu memakai pakaian putih setelah diterima masuk ke setiap kelompok atau kumpulan oleh Pelayan Atasan Tertinggi. Hanya Pelayan Atasan Tertinggi sahaja yang dapat membuat keputusan. Semua Pelayan Atasan harus bertegas dalam soal penerimaan calon. Atas arahan daripada Pelayan Atasan Tertinggi, semua Pelayan Atasan harus memberitahu kepada semua Rakan Pembimbing Rohani untuk menggunakan barang-barang kudus sakramental Gereja Katolik setiap hari. Barang kudus sakramental dalam Gereja Katolik adalah benda-benda suci (seperti Rosari Suci, salib, patung, air suci, minyak suci, dan palma) yang diberkati untuk membantu umat mendekatkan diri kepada Tuhan, mendatangkan berkat, dan menguduskan kehidupan seharian serta merupakan tanda lahiriah yang melambangkan rahmat batin. Sakramental adalah berbeza dengan Sakramen. Sakramen (Tujuh Sakramen) adalah tanda rahmat yang ditetapkan oleh Kristus. Sedangkan sakramental adalah tanda-tanda suci yang ditetapkan oleh Gereja. 

    Oleh itu semua ahli wajib mengenakan barang kudus sakramental pada diri masing-masing bagi tujuan mendekatkan diri pada Tuhan. Jika terdapat orang ramai yang memakai pakaian putih dan barang kudus sakramental, sila abaikan mereka semua ini jika nama mereka tiada ada dalam rekod di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Hanya mereka sahaja yang telah menerima pembentukan kerohanian perlu tahu apa sebenarnya kegunaan pakaian putih ini dan juga barang kudus sakramental. Ini membezakan kita dengan orang ramai dan juga umat di setiap kawasan kita masing-masing. Jika perlu, rekod nama-nama semua ahli perlu dirujuk semula oleh Pelayan Atasan Tertinggi untuk menentukan sama ada mereka itu adalah Pelayan Atasan ataupun Rakan Pembimbing Rohani. Jika nama-nama semua Pelayan Atasan dan Rakan Pembimbing Rohani ini tidak wujud, sila abaikan mereka sahaja. Dan jika terdapatnya orang ramai yang menggunakan pakaian putih tetapi tidak anda kenali, anda semua tidak perlu risau.

    Apa yang wajib anda semua lakukan adalah tidak perlu berkomunikasi dan melayan sikap kepura-puraan manusia seperti ini. Jika terdapat keraguan dan kekeliruan untuk meneruskan team masing-masing yang sedia ada, saya menasihatkan agar kelompok atau kumpulan yang sedia ada perlu dibubar serta merta. Ini memudahkan anda semua untuk memisahkan diri daripada orang ramai yang anda semua tidak kenali. Tetapi bagi mereka yang sudah diterima oleh saya secara peribadi, mereka hanya perlu bertekun dan memperlajari segala peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan. Sebagai peringatan, rekod buku nama-nama untuk semua ahli wajib menggunakan nama dan tanda simbol Laman resmi Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels).

Peraturan dan pakaian resmi bagi semua ahli di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

1. Pelayan Atasan Tertinggi.

    Pakaian khas untuk seorang Pelayan Atasan Tertinggi adalah warna putih atau hitam mengikut kesesuaian cara hidup dan pelayanan. Jika seorang Pelayan Atasan Tertinggi itu adalah seorang Uskup atau Paderi, mereka perlu menggunakan pakaian resmi yang telah ditetapkan oleh Gereja Katolik. Kegunaan pakaian berwarna putih atau hitam ini dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua warna pakaian ini perlu digunakan secara lengkap. Tetapi kebebasan diberikan dengan hanya memakai di bahagian baju atau seluar sahaja. Ini bergantung keadaan di mana kita berada setiap hari.

2. Pelayan Atasan.

    Bagi mereka yang telah dipilih sebagai Pelayan Atasan, mereka juga perlu menggunakan warna putih atau hitam yang lengkap. Namum demikian, kebebasan diberikan kepada mereka yang ingin menyesuaikan cara hidup dan pelayanan, keadaan dan tempat hanya dengan menggunakan di bahagian baju atau seluar. Apa yang penting adalah identiti kita sebagai anak-anak Allah Bapa yang baik dan beriman, dan bukannya mengikuti cara hidup pengaruh duniawi dan orang lain. Di larang menggunakan bentuk corak lukisan duniawi, tanda-tanda gambar yang berunsurkan satanism, corak ciptaan tato dan yang mempunyai gambar dan corak manusia, binatang ataupun hasil tulisan rekaan manusia bagi tujuan populariti dan penampilan diri yang salah.

3. Rakan Pembimbing Rohani.

    Hanya mereka sahaja yang telah diterima secara sah di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) dibenarkan untuk menggunakan warna pakaian putih. Pakaian warna hitam ini dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Ini bergantung bagaimana kita mahu menyesuaikan cara hidup dan pelayanan kita masing-masing. Pilihan adalah bebas tetapi harus mengikuti peraturan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Pelayan Atasan Tertinggi ataupun Pelayan Atasan yang lain. Kebebasan adalah sama seperti yang telah dijelaskan di bahagian Pelayan Atasan Tertinggi (no.1) dan juga Pelayan Atasan (no.2)

Kebebasan penuh untuk semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

    Dan bagi kebebasan penuh ini, saya memberikan kelonggaran bagi semua ahli untuk menggunakan pakaian secara bebas. Tetapi saya menasihatkan agar menggunakan kebebasan penuh ini untuk kehidupan seharian kita. Warna putih atau hitam ini perlu digunakan mengikut cara hidup dan panggilan masing-masing. Kebebasan penuh ini adalah untuk semua kita temasuklah anak-anak kecil. Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan ingin hidup secara biasa, saya menasihatkan agar menggunakan pakaian yang ada sekarang. Elakkan membazir dan membeli pakaian baju dan seluar yang baru.

OBLIGATION TO WEAR OFFICIAL CATHOLIC CHURCH CLOTHES

    All members must follow the rules and regulations that have been provided here. The clothing for the image of the official logo and symbol for all members in Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) is as written and provided here. The obligation is to use the official image of the logo and symbol, the writing of the Motto A Blessed and Saints Ω A Servus Servorum Dei Ω and then use it on all of your clothing. The design and pattern are free to use whether small, medium and large in size. And for those who are in the Congregation, all members are required to wear the official clothing that has been prescribed. This consists of Bishops, Priests and for the life of the Religious Brothers and Sisters.

    Every member who wants to do ministry is required to wear white clothes and free from any form of worldly patterns. White clothes can be used during ministry at home, church or elsewhere. Clothes can also be used every day whether at home, at school, going shopping, recreation with family, traveling, attending Holy Mass, praying individually or with the community, doing charity and social work, activities at home or outside the area of ​​each district and place and are free to use them anywhere according to suitability and circumstances. It is encouraged to use them during work unless the type of work can make the situation dirty and smell of sweat. Pants are black or white and free from any worldly patterns. For the comfort of members, the color of the pants is free to use but it is prohibited to use tight, torn or negative worldly patterns.

    For members who cannot afford to buy a new white shirt without a new pattern, you can use the existing white shirt even if it is old, and the important thing is that there is no pattern that is Satanic and has worldly influences. If there is a little white pattern mixed with a logo and a little line, you can still use it as long as it does not give a negative effect to all members. You can discuss with all members in Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) what type of white clothing is appropriate to use. This is so that each group and flock can walk together. In addition, we can all know and identify who all our members really are wherever we are.

And through these clothes we can find out who are the members among us. We are encouraged to use the Crucifix chain, the medal of Our Lady, the Rosary, the Scapula, chains and medals that have been confirmed by our Catholic church. We need to use them on the neck and on the inside or outside of the body so that we can know our other members. On the hands are also allowed but I as the Most High Servant would like to emphasize that, the sacramental objects of the Catholic church are not as amulets to drive away the powers of darkness and personal protection. We need to pray before using them. Wherever we are, we all need to wear and carry them every day so that our relationship with God the Father is always established through this way of life. If done in the right way, God will bless and protect us from evil and our spiritual life will also be in a state of grace.

Regulations and importance for the use of clothing in service and daily life.

For those who have received the Sacrament of Ordination, they are required to wear daily clothes and liturgical clothing. This is very important so that their identity can be recognized by the public.

Catholic clergy are required to wear distinctive clothing as a sign of devotion and spiritual identity. Daily clothing (clerical suit/collar) symbolizes obedience, while liturgical clothing (robes, stoles, chasubles) must be worn during worship. This clothing distinguishes them from the lay people and symbolizes their role as shepherds of the people.

1. Daily Clothes (Clerical Wear)

Roman Collar (Clerical Collar): A typical white collar worn on a black shirt or robe.

Soutane/Cassock: A long robe, usually black, which symbolizes obedience to the church.

2. Liturgical Clothing (During Mass/Worship)

Alba (Alb): A long white robe worn under other liturgical vestments.

Stola (Stole): A long sash symbolizing the power of the priesthood. The color of the stole changes according to the liturgical calendar.

Chasuble (Chasuble): The priest's main outer garment when officiating at the Eucharist.

Pluviale (Korkaf): A mantle robe used in processions.

This clothing must be worn as a symbol of loyalty to Christ and the Catholic Church.

For all members in the Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

    Freedom is given to young children and there is no need to wear complete white clothes. For this group of young children, they are free to wear any color of clothing as long as there are no symbols or patterns of Satanism or the powers of darkness. Help these little ones to wear appropriate clothing. Likewise with the method and use of this sacramental holy object. 

    For adults, they only need to wear white clothes after being accepted into each group or group by the Most High Servant. Only the Most High Servant can make the decision. All Superior Servants must be firm in accepting candidates. At the direction of the Most High Servant, all Superior Servants must notify all Fellow Spiritual Guides Brothers and Sisters to use the sacred sacramental items of the Catholic Church every day. Sacramental holy items in the Catholic Church are holy objects (such as the Holy Rosary, crosses, statues, holy water, holy oil, and palms) that are blessed to help people draw closer to God, bring blessings, and sanctify daily life and are an outward sign that symbolizes inner grace. Sacramentals are different from Sacraments. The Sacraments (Seven Sacraments) are signs of grace instituted by Christ. Meanwhile, sacramentals are sacred signs established by the Church.

    Therefore, all members are obliged to wear sacred sacramental items on themselves for the purpose of drawing closer to God. If there are people wearing white clothes and sacramental holy items, please ignore them all if their names are not on record in the Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Only those who have received spiritual formation need to know what the true use of these white clothes and also the sacramental holy items is. This differentiates us from the general public and people in each of our respective regions. If necessary, the records of the names of all members need to be consulted again by the Most High Servant to determine whether they are a Superior Servants or a Fellow Spiritual Guide Brothers and Sisters. If the names of all of these Superior Servants and Spiritual Guides Brothers and Sisters do not exist, please just ignore them. And if there are people wearing white clothes but you don't recognize them, you don't need to worry.

    What all of you must do is not need to communicate and entertain this kind of human pretense. If there are doubts and confusion about continuing with the existing teams, I advise that the existing groups should be disbanded immediately. This makes it easier for all of you to separate yourself from the crowd that you don't recognize. But for those who have been accepted by me personally, they only need to persevere and study all the rules and regulations that have been established. As a reminder, the name book records for all members must use the names and symbols of the official page of Jesus, Mary, Joseph of the Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels).

Official rules and attire for all members of the Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

1. Most High Servant.

    The typical clothing for a Most High Servant is white or black according to the way of life and service. If a Most High Servant is a Bishop or Priest, they need to wear the formal attire that has been determined by the Catholic Church. White or black clothes can be used at any time. These two clothing colors need to be used in full. But freedom is given by just wearing it on clothes or trousers. This depends on the daily life in which we are every day.

2. Superior Servant.

    For those who have been selected as Superior Servants, they also need to wear complete white or black. However, freedom is given to those who wish to adapt their way of life and services, circumstances and places simply by wearing part of their clothes or trousers. What is important is our identity as good and faithful children of God the Father, and not following the way of life of worldly influences and other people. It is prohibited to use worldly forms of painting, graphic signs that have elements of satanism, tattoo-created patterns and those that have images and patterns of humans, animals or human-made writings for the purposes of popularity and false personal appearance.

3. Fellow Spiritual Guides Brothers and Sisters.

    Only those who have been legally accepted into the Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) are permitted to wear white. These black clothes can be worn at any time. This depends on how we want to adapt our respective ways of living and serving. The choice is free but must follow the rules and regulations given by the Most High Servant or other Superior Servants. Freedom is the same as explained in the Most High Servant (no.1) and also Superior Servant (no.2).

Complete freedom for all members who are in the Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

    And for this full freedom, I give flexibility for all members to wear clothes freely. But I advise that we use this full freedom for our daily lives. This white or black color should be used according to our way of life and calling. This full freedom is for all of us including the young children. For those who are less fortunate and want to live normally, I advise using the clothes you have now. Avoid wasting and buying new clothes, shirts and trousers.

Laman resmi Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih

(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

The Official page of Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love

(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)


Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi / Most High Servant,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih / Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love 
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

My vocation is Blessed and Saints.

"I am the most humble of all the Saints in Heaven" Mary, Mother of God."

"I am the handmaid of the Lord, said Mary ‘let what you have said be done to me."

Mother Mary is the most humble Saint in Heaven and she is also the Mother of God for us all
(Luke 1:38)

No comments:

The First Holy Martyrs of the Holy Roman Church

These “ proto-martyrs ” of Rome were the first Christians persecuted en masse by the Emperor Nero in the year 64 , before the martyrdom of ...