Popular Posts

Sunday, May 11, 2025

Kita adalah anak-anak Allah Bapa di Syurga

[PENGENALAN]

    Ini bukanlah renungan biasa mahupun temberang namanya. Ini adalah terang@cahaya akan kebenaran dan cintakasih Allah Bapa Pencipta dan Tuhan Yesus Kristus Penebus dunia dalam kuasa Roh Kudus. Saya percaya setan@iblis@lucifer dan para malaikat-malaikat pemberontaknya pasti takut akan kebenaran ini. Saya yakin itu roh-roh jahat pasti gementar apabila membaca tulisan ini yang di ilhamkan oleh Roh Kudus untuk menghancurkan dan mengusir kembali kuasa kegelapan ini ke jurang neraka. Kunci maut dosa dan kejahatan ini telah dihancurkan, dihapuskan dan dilenyapkan oleh Yesus dengan kesengsaraan, kematian dan kebangkitan-Nya dan memberikan kunci syurga ini kepada Petrus dan pengganti seterusnya agar Gereja-Nya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik tetap bertahan sampai ke akhir zaman. Kristuslah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia dan barang siapa menerima-Nya pasti memiliki hidup yang kekal. Sebagai tambahan, saya akan menggunakan “bahasa pasar@kampung campuran” sekurang-kurangnya itu orang kampung pun faham bah ini bahasa mahupun ini kebenaran iman Katolik. Jika ada ayat yang “miring-miring” itu bererti singkatan mahupun “bahasa pasar@kampung” yang kebiasaannya digunakan oleh segelintir orang-orang kampung. Selamat membaca dan renungkanlah.

[BAB PERTAMA]

Kehadiran Kristus Melalui Sakramen-sakramen Gereja-Nya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik.

    Salah satu Sakramen Gereja Katolik yang merupakan sumber dan puncak kehidupan orang Katolik adalah Sakramen Ekaristi. Sakramen ini merupakan pusat dan kekuatan rohani bagi kita yang mengimani Yesus Kristus sebagai Anak Domba Allah. Melalui Misa Kudus, Yesus Kristus hadir melalui paderi yang telah ditahbiskan dan melalui perayaan Ekaristi suci ini, Tubuh dan Darah-Nya kita terima dengan penuh iman, harapan dan kasih. Tetapi sering kali umat Katolik tidak menyedari bahawa mereka menerima Tubuh Kristus dengan tidak selayaknya. Ada yang mengatakan, “ah, saya ok bah kerana saya sering kali pigi gereja”, padahal orang ini 50% Katolik dan 50% pagan kerana meragui akan kehadiran Kristus dalam rupa hosti dan anggur yang di konsekrasikan mahupun kurang berpatisipasi sepenuhnya dalam sambayang mereka. Ekaristi bukanlah movie@rancangan tv mahupun pawagam untuk di tonton oleh umat Katoik mahupun untuk bercerita dan membaca newspaper. Dan Misa Kudus bukan masanya untuk melukis dan baca itu komik serta tinguk itu “mobile phone”. Kita ke Gereja untuk sambayang bah! Dan kita yang sudah menerima Sakramen Ekaristi ini haruslah sedar dan bertobat. Sakramen ini bukanlah jalan “direct to heaven@boleh masuk Syurga trus-trus” tetapi ia harus dipraktikkan di dalam kehidupan kita sesuai dengan ajaran Kristus. Sakramen ini juga bukanlah “makanan ringan” biasa tetapi merupakan kehadiran nyata Yesus Kristus yang menyucikan dan mengkuduskan umat beriman. Melalui perayaan Ekaristi ini, Syurga dan bumi bersatu kerana Yesus Kristus sendiri hadir dari Syurga dengan disertai kehadiran Para Malaikat dan Orang Kudus-Nya. Ekaristi yang telah dirayakan dipenuhi dengan kehadiran para Malaikat dan Orang Kudus di Syurga serta di iringi dengan nyanyian puji-pujian dan sorak-sorai! Wah! inilah yang sepatutnya kita rayakan dengan penuh syukur dan pujian kepada Allah Bapa di Syurga! Perayaan Ekaristi bukanlah sebarangan omongan kosong seperti melihat itu astro kerana Bunda Maria dan Malaikat Agung kita St. Michael, St. Gabriel dan St. Rafael benar-benar hadir beserta dengan kita semua disertai dengan doa St Yusuf yang terberkati untuk mendoakan kita.

    Inilah setan dan pengikut-pengikutnya paling tidak suka. Mereka memang tidak mau ini berlaku! Kerja itu roh-roh jahat adalah mengganggu suasana doa liturgi Ekaristi dan juga nyanyian musik. Barangsiapa menerima Tubuh dan Darah Kristus dalam keadaan berahmat, hidup rohaninya pasti dibimbing oleh Roh Kudus. Tradisi Katolik ini perlu kita ungkapkan dalam iman, harapan dan kasih Yesus dengan mengimani Liturgi Sabda dan Liturgi Ekaristi sebagai santapan rohani kita agar setan@pengacau itu tidak dapat menguasai dan menyesatkan kita. Perlunya kerendahan hati untuk mendengar homili para paderi dan diakon yang telah ditahbiskan untuk membimbing kita kepada iman, harapan, keadilan, kesucian, cintakasih, pengampunan, kekudusan, dan kebenaran akan Gereja Katolik agar kita tidak jatuh ke dalam kesombongan dan dosa. Mereka yang terlibat langsung dengan kuasa kegelapan amalan ritual nekromansi yang tersesat ini dan jampi mantera serapah@black magic@white magic akan menerima padahnya jika tidak menghormati Ekaristi suci ini. Penyesatan ini terjadi kerana menanggap seolah-olahnya mengamalkan ajaran sesat ini adalah tidak berdosa dan boleh menerima Tubuh dan Darah Yesus trus-trus dan kemudian jarang pigi sembayang minggu dan berdoa di rumah dan yang lebih teruk lagi tidak lagi pigi sembayang sekian lama setelah menerima Sakramen-sakramen Gereja.

    Para Orang Kudus di Syurga sewaktu masih berada di dunia ini ditakuti oleh setan kerana kekudusan dan kesucian serta kerendahan hati yang mereka miliki. Ini kerana kehidupan rohani mereka di bimbing oleh Roh Allah dan setan tidak dapat menyesatkan mereka. Jika seseorang menggunakan ajaran sesat nekromansi ini untuk kacau orang punya kehidupan, orang itu akan menerima balasannya@hukuman dari Tuhan. Para Orang Kudus yang bersatu dengan Yesus memahami kehadiran roh-roh jahat ini. Itulah sebabnya setan takut dan meninggalkan mereka jika Para Orang Kudus ini berdoa dalam kuasa Roh Kudus. Inilah peperangan rohani yang ada dalam kehidupan mereka. Hamba Tuhan yang masih berziarah di dunia ini juga mengalami hal yang sama. Mereka tidak bersendirian di dalam doa kerana pendoa syafaat mereka bukan sahaja di dunia ini tetapi di Syurga.

Kehadiran Dan Pengaruh Roh-Roh Jahat.

    Mari kita renungkan kembali apa yang telah berlaku di dalam komuniti kita masing-masing. Contohnya kenapa hanya Krismas, cium salib, Paska, hari-hari perayaan besar dalam liturgi Gereja banyak orang yang datang pigi sembayang? Kalau kita lihat pada hari minggu biasa atau hari biasa bah sikit orang yang pigi sembayang. Jika di tanya kenapa tidak pigi sembayang macam itu hari perayaan besar dalam Gereja Katolik ada yang menjawab, “saya punya laki kerja bah, jadi saya pun tidak dapat pigi sembayang”. Ada juga yang pigi sumambut Tubuh Kristus trus-trus sedangkan orang itu jarang sudah pigi sembayang. Sedangkan sepanjang tahun orang itu duduk di rumah@tengok tv dan mansau pusing-pusing kampung. Ada juga yang sudah menerima Sakramen Gereja pada mulanya rajin pigi sembayang tapi yang menghairankan pula orang itupun jarang sudah ke Gereja. Ada juga yang mengatakan, “saya mau jaga anak saya di rumah” sedangkan rumah dia tidak jauh dari itu Gereja. Memang pun orang itu jaga anak dia tapi dia sendiri tergoda minum itu montoku dengan anak-anaknya sampai ampai-ampai dan selepas itu kogutan bisuk pagi. Dan lagi, ada yang menjawab, “saya kurang sihat bah kawan, jadi saya mau berehat”. Tapi yang bikin hairan orang ini kuat minum itu montoku+beer+lihing+berbagai jenis minuman keras, dan di rumah tidak baca itu bible.

    Mari kita renungkan adakah perbuatan ini berkenan di mata Allah Bapa? Yang lebih teruk lagi ada yang menjawab, “saya masih muda lagi bah kawan, so saya mau enjoy dulu, tak payah lah kamu ajar saya”. Bermacam-macam alasan yang mereka katakan. Ada juga last minit datang pigi sembayang dan trus menerima itu Komuni Suci, sedangkan orang itu jarang pigi sembayang dan buat pengakuan dosa. Adakah ini sesuai dengan ajaran Yesus Kristus untuk masuk ke Syurga? Adakah amalan ini bersesuaian dengan ajaran Gereja Katolik? Ada juga yang kasi lekat itu rosari di depan pintu atau pintu bilik di rumah mereka kononnya sebagai pelindung@charm. Amalan apakah ini? Sudahlah rosari Bunda Maria tidak digunakan sebaiknya untuk sembayang@berdoa, itu altar pun berabuk seakan-akan macam tempat itu lipas atau cicak yang tinggal. Adakah orang ini Katolik yang beriman? Memang lah jika di tanya ada yang menjawab, “saya orang RC bah”, tapi yang bikin hairan kenapa bah mereka yang sudah menerima Sakramen-sakramen Gereja ini tidak lagi sembayang di rumah mahupun di Gereja? Ada juga sembayang di rumah tapi jarang-jarang, sekali sekala dan yang lebih teruk lagi kasi combine itu amalan nekromansi dengan ajaran Yesus Kristus. Ini bukan lagi ajaran sesat tetapi terlampau kurang ajar dan memang pun kurang ajar@penipu. Yang mereka pigi jumpa adalah orang pandai@bomoh yang pandai buat itu amalan nekromansi. Kononnya pandai kasi tau apa kau punya sakit, apa nasib kamu, apa amalan nekromansi yang perlu di lakukan dan apa amalan yang menggunakan roh-roh dunia orang mati.

    Alasan-alasan seperti ini sering kali kita dengar daripada orang lain. Ada juga yang pigi sembayang tapi itu homili paderi mahupun deacon mereka tidak mau dengar tapi pigi trus sumambut. Jangan-jangan orang ini tidak lagi menghormati Tubuh dan Darah Yesus Kristus. Ingatlah, yang kita terima itu adalah Santapan Rohani@Komuni Suci dan bukannya roti canai, kuih mahupun gula-gula. Ada juga yang menjawab, “saya pigi sumambut kerana Tuhan tau bah hati saya”. Yalah Tuhan memang tau itu hati tapi orang ini pun jarang pigi sembayang di Gereja mahupun di rumah dan baca itu bible. Perhatikan adakah ini ajaran Yesus Kristus ataupun adanya ajaran sesat yang sudah menyesatkan mereka semua? Adakah amalan seperti ini ada kaitannya dengan amalan nekromansi? Bagaimana pula dengan black magic@jampi mantera serapah? Adakah ini juga ada kaitannya termasuk amalan daripada peramal mahupun tukang tilik nasib? Mungkin ada yang menjawab, “ah, lama sudah bah saya buat ini perkara sejak saya terima Sakramen-sakramen Gereja, tiada pun apa-apa yang terjadi”. Ada juga yang mengatakan, “malam ini ada perlawanan football. Saya mau tengok sampai pagi, tak payah lah saya pigi sembayang”. Mungkin ada juga yang menjawab, “saya punya bini pakai saya punya kereta bah, jadi tak dapatlah saya pigi sembayang dan bawa anak-anak saya”. Tapi minggu hadapan banyak lagi alasan untuk tidak pigi sembayang. 

    Menerima Sakramen-sakramen Gereja bukanlah jaminan kita untuk terus masuk ke Syurga. Contohnya, “lama sudah bah saya terima Sakramen Pembaptisan dan Ekaristi, jadi lain kali lah saya pigi RCIA@sunday school@pertemuan minggu gembira. Bila saya sudah ready barulah saya pigi itu class.”. Ada juga yang aneh contohnya, “kami sudah terima bah pemberkatan perkhawinan kami dulu, jadi boleh lah kami pigi sumambut mengikut citarasa kami”. Tapi yang anehnya orang itu jarang ke Gereja dan berdoa di rumah. Ada juga yang sering menjawab, “alah kawan, saya mengantuk bah tadi pagi jadi lambat lah saya bangun lagipun terlampau siok baca itu black magic”. Bila diselidiki, orang ini pun jarang pigi sembayang ke Gereja mahupun di rumah. Rupa-rupanya kogutan gia semalam sampai ampai-ampai berdisko@berdandut@aramai tie. Ada juga yang berkata, “sibuk gia saya kerja ini geng, so terlewat saya pigi ke Gereja”. Tapi setahu saya Gereja kita ada beberapa waktu dan masa tertentu yang telah di khaskan untuk berdoa dan menghadiri Misa Kudus selain Sunset Mass.

    Jadi persoalannya mengapa kita tidak mengambil kesempatan@peluang yang ada ini untuk ke Gereja dan hidup dalam komuniti yang seimbang? Ada juga yang mengatakan, “saya mau ke Gereja jika paderi itu yang datang”, ataupun “saya akan ke tempat lain untuk sambayang pagi jika paderi itu yang datang”, dan “saya suka itu paderi, jadi saya datanglah ke Gereja”. Ada juga bercakap sesama sendiri, “boringlah ke Gereja hari ini kerana paderi itu yang datang, bikin mengantuk saja”. Dan ada juga yang berkata, “ala itu deacon pula yang datang, bagus saya duduk di luar Gereja, boring mau dengar itu homily.” Dan yang lebih teruk lagi ada juga bercakap, “pagi ini saya tidak ke Gereja lagipun saya punya laki/bini/anak-anak tidak pigi@masih tidur, so saya pun ikutlah tidak pigi”. Bikin panas juga alasan mereka ini, tapi ada ayat yang ngam untuk semua ini, iaitu kurang ajar, temberang nombor satu punya alasan. Bah mari kita lihat siapa yang betul, ajaran sesat ini kah atau ajaran Tuhan Yesus Kristus.

[BAB KEDUA]  

Mengenali Tuhan Yesus Kristus.

Tuhan Yesus Kristus bukanlah superman, batman, ultraman, power ranges, doreamon dan sebagainya yang boleh kita suruh dan arahkan pada bila-bila masa mengikut kehendak kita. Begitu juga dengan ajaran sesat, yang boleh diamalkan di dalam ajaran gereja katolik kita ini, sedangkan ajaran tersebut tidak boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus. Sebagai contohnya, jika seseorang menganggap Yesus Kristus adalah superman, orang itu akan menganggap bahawa Tuhan ada kuasa yang boleh di pakai pada bila-bila masa dan mengarahkan Tuhan mengikut kehendaknya sendiri untuk melakukan itu dan ini serta menggunakan malaikat untuk datang sebagai pengantara menilik nasib@amalan nekromansi. Ini bukanlah malaikat Allah Bapa di Surga tetapi roh-roh jahat yang menyamar sebagai malaikat terang. Sesiapa yang mengatakan bahawa dia pernah melihat malaikat-malaikat Tuhan tetapi jarang ke gereja dan bersembayang di rumah dan mempraktikkan amalan nekromansi mahupun black magic tersebut, ini menunjukkan tanda soal jika seseorang ini mengikuti Yesus Kristus mahupun ajaran sesat ini. Dan jika seseorang itu mengakui bahawa dia melakukan amalan nekromansi menggunakan malaikat sebagai pengantara@ramalan@tenungan@menilik nasib ini bukannya dari Tuhan. Ini adalah ajaran sesat dan suatu penghujatan, kesombongan serta kebohongan asalnya dari si iblis@setan@lucifer. Ini temberang dan penipu namanya.

Ada ajaran seperti ini menggunakan sambayang seperti tanda salib, rosari, Firman Tuhan mahupun yang berunsurkan kekristianan. Ini adalah tipuan iblis@setan@lucifer berserta geng-geng mereka@malaikat-malaikat pemberontak yang telah memesongkan fikiran dan hati manusia sehingga percaya bulat-bulat sehingga berkata, “wah, bilang itu sifu bomoh kami, saya perlu buat itu dan ini supaya saya cepat kaya”, ataupun; “sambayang jarang-jarang bah, lagipun sudah terima sakramen”. Ada juga yang sanggup berpantang itu dan ini, berpantang makan minum itu dan ini semata-mata ikut nasihat sifu bomoh penipu mereka. Ini sering berlaku terutama yang menganggap bahawa menerima Tubuh dan Darah Yesus Kristus trus-trus adalah tidak berdosa jika mengamalkan ajaran sesat ini. Ada juga mengatakan, “boleh bah pigi sumambut lagipun Tuhan boleh ampun dosa saya direct to the point”. Ajaran yang bertentangan seperti ini bukanlah datangnya dari Roh Kudus. Setan boleh melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus Kristus contohnya menggunakan Firman Allah. Itulah sebabnya terjadinya amalan nekromansi yang berunsurkan kekristianan tetapi yang datangnya dari kuasa kegelapan. Jangan-jangan itu jin-jin@roh-roh dunia orang mati ataupun toyol yang datang menyamar sebagai malaikat Allah Bapa. Macam itu batman bersayap hitam pandai terbang tapi hanya luaran semata-mata kuasanya. Cuba mai kamu buka pakaian itu batman, hilang itu kuasanya. Seperti inilah manusia yang bertopengkan kekristianan yang kehidupannya terpesong dari ajaran Yesus Kristus yang tersalib.   

Ajaran Gereja Katolik dan ajaran sesat@temberang.

Menurut ajaran gereja katolik, sudah nyata bahawa tidak semua kita ketahui apatalagi dalam soal kehidupan dan kematian. Sudah terbukti bahawa black magic@jampi mantera serapah bukanlah datangnya dari Allah Bapa Surgawi. Di dalam alkitab menjelaskan bahawa Yesus Kristus mengajar para Rasul dan pengikut-pengikut-Nya tentang doa Bapa Kami dan bukannya black magic ini yang menggunakan berbagai-bagai ayat yang mengelirukan termasuk menggunakan perkataan Allah mahupun Tuhan dan digabungkan dengan ayat-ayat yang lain. Allah Bapa di Surga mahu kita sentiasa bergembira selalu, ceria, menari, ketawa, bermesra sesama kita, tersenyum dalam kasih Yesus dan sebagainya. Sebaliknya bukanlah terpengaruh dengan mengamalkan dan mengikuti ajaran sesat@nekromansi ini sampai jadi serius dan jatuh ke dalam dosa serta kejahatan. Semua ini cukup jelas bahawa hanya Allah Bapa Pencipta sahaja yang mengetahui segala sesuatu dan ini diakui oleh Yesus Kristus sendiri. Mungkin ada yang berkata, “helo geng, hari itu saya baca itu black magic, wah betul-betul jadilah”, atau; “semalam saya tidur-tidur ayam sambil pakai itu jampi mantera serapah@black magic dan bisuk pagi memang berlaku”, atau; “nasihat itu sifu bomoh bagus juga ohh walaupun saya tidak sembayang hujung minggu mahupun di rumah, ada juga luck nasib untung rezeki datang”, atau; “wah itu mimpi bagus kita ikut kerana itulah amalan nekromansi yang baik”, dan yang lebih teruk lagi “ah, itu bukan dosa gia kawan, cuma sebagai pelindung diri dan kasi baik kesihatan saya, so saya minum lah itu ubat-ubatan ,tak payah pigi klinik@hospital” dan kemudian bercakap seperti ini; “lama sudah bah saya biar itu rosari@sebagai charm tersangkut di depan pintu@bilik saya dan jarang sembayang, ok juga saya rasa”, dan lagi; “tidak apa-apa bah berabuk itu altar saya ok juga, macam itu rosari@gambar-gambar kudus saya taru (letakkan, lekatkan dan disangkut) di kereta, di rumah dan lihat lah sihat juga saya rasa”. Dan juga, “wah! hari ini saya kena no. ekor/4-digit! bagus kamu ikut itu sifu bomoh@peramal, ada luck nasib untung dapat duit banyak”.

 Jika kita rajin membaca alkitab katolik, kita akan mendapati bahawa iblis yang kurang ajar ini tahu siapakah Yesus Kristus ini sebenarnya. Berbagai-bagai cara dan tipu muslihat roh-roh jahat ini cuba memerangkap dan menjatuhkan Yesus Kristus sebagai Putera Allah. Menyedari kehadiran roh-roh yang menyesatkan ini, Yesus segera mengusir tanpa memberi ruang kepada roh-roh jahat ini untuk bertindak. Yesus juga mengetahui apa yang berlaku di sekeliling-Nya malah mengajar para Rasul dan pengikut-pengikut-Nya agar sentiasa mengikuti ajaran-ajaran-Nya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh berbicara@bercakap kepada roh-roh iblis yang ada di dalam amalan nekromansi ini untuk dijadikan sebagai “pengantara” mahupun “saluran medium” untuk tujuan kehidupan masa kini dan di masa hadapan. Ini temberang dan kurang ajar namanya. Sudahlah penipu kurang ajar pun ada. Ini disamakan dengan jampi mantera serapah@black magic tersebut. Pada mulanya semuanya indah kerana seseorang yang membaca jampi mantera serapah@black magic tersebut memperolehnya walaupun ada dalam jangka masa yang singkat mahupun bertahun-tahun. Bila ini terjadi, terjadilah ramalan, tenungan, menilik nasib sehingga seseorang yang pernah pigi jumpa itu sifu bomoh@penipu nombor satu terpedaya. Ini adalan tipuan alam maya iblis. Dia menggunakan situasi keadaan ini untuk menyesatkan manusia supaya tersesat dan jatuh ke dalam dosa dan kejahatan 

Apa yang dilakukan oleh Yesus Kristus amat jelas sekali bahawa kita tidak boleh membiarkan pengaruh roh-roh jahat ini menguasai kehidupan kita. Kita seharusnya mengusir roh-roh jahat ini seperti apa yang dilakukan oleh Yesus tanpa banyak bicara. Kita juga perlu tegas dalam hal ini dan bukannya membiarkan seseorang dipergunakan sebagai bahan ujian oleh amalan nekromansi dan juga jampi mantera serapah@black/white magic ini. Bila ini kita lakukan itu iblis@demons serta konco-konconya pasti kecewa dan berkata, “sial punya Orang Kudus pilihan Tuhan Allah ini Blessed and Saints, bikin kacau saja kalaja kami”. Ini terbukti jelas apa yang terjadi dalam kehidupan Rasul Santo Petrus dan Santo Paulus serta pengikut-pengikut-Nya ketika berhadapan dengan kuasa kegelapan ini. Ada juga yang mengatakan, “itu orang ada gifted bah, pandai kasi ubat orang, lagipun cara dia bersembayang macam kita juga orang kristian”. Inilah temberang namanya dan juga kebohongan iblis. Iblis bukan mau ajar manusia supaya jadi pandai tetapi jadi macam diorang@demons. Iblis tahu bah bahawa karya wahyu Allah melalui Yesus Kristus adalah untuk menyelamatkan manusia daripada dosa dan kejahatan dan itulah sebabnya iblis sering menggoda manusia agar berpaling dari kasih Allah. Setan itu adalah bapa segala dusta dan tidak ada satupun kuasanya untuk kebaikan manusia tetapi semua adalah untuk membinasakan kehidupan manusia. Sesiapa yang sering menggunakan jampi mantera serapah@black magic ini mudah dikuasai oleh iblis dan roh-roh jahat. Segala kepahitan, kebencian, kegelapan, menjadi serius@marah dalam kedosaan secara berlebihan, pengaruh dosa dan maut adalah datangnya dari kerajaan iblis@setan@lucifer. Inilah mainan dan tipuan iblis yang mau memisahkan manusia untuk bersatu bersama Tuhan Yesus Kristus di dunia ini.

Nekromansi dan jampi mantera serapah@black magic yang temberang namanya. 

Sering kali kita mendengar manusia berpantang dan berpuasa agar jangan makan minum itu dan ini kerana takut kononnya nanti setan kasi mati kau, ataupun kamu jadi sakit, kamu boleh bertukar rupa dan sebagainya. Ada juga kononnya berpantang tidak memakai kasut, selipar, baju mahupun pergi sambayang. Semua ini temberang nombor satu namanya. Asal makanan itu diperkenankan oleh Tuhan kita makanlah makanan yang diciptakan oleh Allah Bapa di Surga dan bukannya yang datangnya dari setan@berhala. Sebagai contohnya, jika makanan itu bersumberkan protein seperti ikan dan yang lebih lazat@enak lagi daging babi yang dimasak dengan cara masakan orang cina, kita makanlah. Bukannya jadi bodoh kerana takut kononnya itu hantu yang makan. Ini kurang ajar namanya. Kan bagus kalau setiap kita makan makanan yang berpandukan piramid makanan seimbang dan bukannya menjadi takut kononnya ada hantu yang datang mau makan itu makanan, melainkan jika seseorang itu mengamalkan amalan nekromansi. Bezanya adalah adakah makanan itu datangnya dari berhala ataupun Allah Bapa Pencipta?

Jika seseorang menggunakan bahan makanan, binatang, haiwan serta tumbuh-tumbuhan sebagai amalan nekromansi berhala ini, budulah manusia seperti ini bersama dengan setan@iblis@lucifer. Ini disamakan dengan menggunakan manusia sebagai korban kepada jin-jin@demons untuk tujuan kesenangan bagi tujuan hidup di dunia ini. Sesiapa yang menggunakan cara amalan nekromansi kuasa kegelapan ini, budulah dia bersama dengan iblis@setan@lucifer. Sebagai contoh, “bah anak yang saya kasihi, pigi sentuh itu dulu makanan sebelum kamu jalan kio, kalau tidak ada malapetaka akan datang”, dan yang lebih teruk lagi, “misti sentuh dulu itu makanan kalau kamu tidak sempat mau makan, abis kalau tidak tiada luck nasib untung, kamu juga yang kena akibatnya.” Setahu saya, kalau kita berdoa dan membuat tanda salib, kita percaya bahawa Allah Tritunggal Yang Mahakudus, Bapa, Putera, dan Roh Kudus memberkati dan melindungi kita semua. Pertanyaan kita disini adalah, betul kah itu makanan yang akan melindungi kita dari yang jahat? Kalau kita sentuh itu makanan, adakah kita dapat sesuatu yang baik atau perlindungan? Janganlah jadi budu lah, bukan itu makanan yang akan melindungi dan menjaga kita, tetapi Tuhan Yesus Kristus.

Amalan dan cara hidup ini menjadi suatu peraturan yang menakutkan manusia sehingga percaya bahawa dengan menyentuh makanan tersebut, kita tidak akan mendapat kecelakaan. Bah adakah kita sudah mengerti disini? Yang mana satu yang hebat? Yesus Kristus yang hadir di Ekaristi atau makanan tersebut? Kalau kamu tau jawapannya disini pandai-pandailah kamu berubah sikap sekarang sebelum di tipu oleh manusia di sekeliling kamu. Gereja kita juga tidak mengajar kita untuk berpuasa dari makan dan minum dari pagi sampailah malam setiap hari dan berbulan-bulan, dan selepas itu pada malam hari kita mula makan. Lainlah jika seseorang itu hidup dalam kerohanian dalam komuniti seperti religius brothers dan sisters. Menjadi tanda soal jika seseorang individu mahupun perkumpulan sanggup berpantang dan berpuasa sepanjang hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan seterusnya jarang pigi sembayang di gereja mahupun berdoa di rumah. Dan yang lebih teruk lagi cara hidup ini diamalkan dalam nekromansi dan jampi mantera serapah@black magic. Ada kemungkinan manusia yang mulai terpesong untuk mengamalkan ilmu batin ini sanggup berpuasa dan tidak makan. Itulah sebabnya mengapa seseorang yang memiliki ilmu kuasa kegelapan ini tidak lagi percaya kepada Tuhan Yesus Kristus.

Setiap kali jampi mantera serapah@black magic ini di baca, itu iblis dan konco-konconya akan ketawa dan bergembira kerana seseorang itu sudah masuk perangkap dan tipu muslihat mereka yang kurang ajar ini lagi temberang. Dalam keadaan seperti inilah iblis dan konco-konconya mengambil peluang untuk menyamar sebagai malaikat terang. Sedikit demi sedikit roh-roh yang menyesatkan ini akan menguasai fikiran, keinginan serta kehendak manusia agar terus membaca jampi mantera serapah@black magic sehinggalah terjadinya amalan nekromansi ini. Inilah godaan iblis yang temberang ini. Roh-roh jahat ini menggunakan godaan yang halus dengan cara ini agar manusia percaya bulat-bulat itu jampi mantera serapah@black magic ini. Dan bagi mereka yang mengamalkan amalan ajaran sesat ini serta membacanya, iblislah yang bekerja di dalam keadaan seseorang tersebut sehingga memberikan gambaran atau ilusi mahupun penampakan@vision yang palsu agar percaya kepada godaan mereka@roh-roh jahat. Seseorang yang membaca black magic ini sebenarnya menggunakan kuasa kegelapan dan boleh dikatakan menjadi geng-geng mereka untuk menentang Yesus Kristus dan GerejaNya. Black magic@kuasa kegelapan ini seakan-akan memiliki kekuatannya sehingga boleh mencelakakan kehidupan manusia tetapi tipuan iblis ini ada kelemahannya dan kuasanya bersifat sementara.

Ada yang berkata, “ah, kamu belum nampak lagi bah apa yang saya nampak, itu malaikat bah yang kami nampak” tapi sebenarnya itu lblis yang menyamar; ataupun “sama saja bah ajaran itu peramal@penilik nasib, dia pakai juga cara bersembayang macam orang kristian”. Tapi kedua-duanya jarang ke gereja dan berdoa di rumah, sama-sama jadi bodoh dan bukannya jadi holy. Ada juga yang lansung tidak ke gereja dan berdoa walaupun sudah menerima sakramen-sakramen gereja, ini pun bikin hairan. Bila di tanya dia akan menjawab, “tidak apa juga bah kalau jarang sambayang, lagipun saya perlu ikut ini pantang larang amalan nekromansi dan ilmu kebatinan” ataupun “siok juga tengok itu astro, banyak movie yang menarik, nantilah saya pigi sambayang”. Dan yang lebih teruk lagi, seseorang itu akan terus berdalih dan berbohong semata-mata amalan nekromansi ini. Ini bukannya berpura-pura, tapi inilah tipu muslihat iblis yang menyesatkan manusia diseluruh dunia ini. Ada lagi yang bikin hairan, bila ada kumpulan komuniti datang untuk kasi sambayang di rumah mereka, ada di kalangan mereka ini juga yang tidak keluar join itu sambayang. Yang mereka buat adalah berkurung di dalam bilik, keluar dari rumah dan bila semuanya sudah selesai berpura-pura balik ke rumah. Lainlah kalau sakit beranak bersalin atau masi kogutan kerana terlampau mogimun itu montoku. Bila ini terjadi, iblis serta malaikat-malaikat pemberontaknya pasti tersenyum dan menari melihat kebodohan manusia ini yang sudah jatuh ke dalam dosa dan kejahatan.

[BAB KETIGA]

1)      Penipuan iblis dan pengaruh roh-roh jahat.

    Mereka yang pernah melihat movie ultraman mahupun power ranges pasti terhibur kerana kuasa mahupun kekuatan yang ada pada kartun ini. Pada mulanya manusia biasa tetapi boleh bertukar rupa. Macam itu iblis juga. Sudahlah temberang nombor satu bahkan menipu manusia agar percaya kepada kuasa kegelapan serta menyesatkan iman, harapan dan kasih terhadap Allah yang menyelamatkan melalui Yesus Kristus, Putera Allah. Sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang itu sentiasa mendengar bisikan yang datangnya dari dunia orang mati, ini juga bukanlah dari Roh Kudus. Iblis inilah sebenarnya yang menyamar sebagai orang yang sudah meninggal dunia. Boleh dikatakan seperti ini, “helo kawan, saya saudara-saudari kamu yang datang dari dunia alam ilusi kami. Sebenarnya lama sudah kami mati, tapi kami boleh datang pada bila-bila masa jika kamu panggil kami”. Iblis@setan@lucifer berserta dengan para malaikat pemberontaknya berkeliaran di seluruh dunia ini untuk menyesatkan manusia yang diciptakan oleh Allah. Sama seperti pengamal nekromansi, peramal@membuat tenungan serta penilik nasib ini juga telah menyesatkan kita semua yang percaya kepada Tuhan. Percaya atau tidak, mereka ini pasti memiliki kumpulan/members/groups/geng-geng temberang tersendiri yang secara halus menggoda setiap umat katolik mahupun orang beriman agar jatuh ke dalam dosa dan seterusnya percaya kepada kuasa kegelapan yang mereka miliki ini. Penyesatan ini berlaku sejak masa Perjanjian Lama lagi dan kesan daripada perbuatan iblis ini masih berleluasa di seluruh dunia. Mereka menggunakan kuasa kegelapan ini untuk menjatuhkan seseorang individu yang telah dipilih oleh Tuhan kerana takut akan kehadiran kuasa Yesus yang berkarya di dalam peribadi seseorang tersebut yang menyembuhkan, menyelamatkan serta terjadinya pengusiran roh-roh jahat.

    Ada juga yang berkata, “ok bah kawan, lagipun ini warisan dari nenek moyang kami sejak dari dahulu lagi”, ataupun “wah, semalam saya pigi main judi dan katam-katam sana tempat orang mati untung besar saya. Bagus juga ohh ini amalan nekromansi”Tetapi bila diselidiki, orang ini jarang pigi sambayang minggu, misa hari biasa mahupun berdoa di rumah apatalagi baca itu Alkitab Katolik. Ada juga yang sanggup berpantang untuk tidak pigi sambayang di gereja semata-mata untuk mengikuti amalan nekromansi ini, kononnya nanti hilang kuasanya@jimatnya@nasibnya. Inilah temberang namanya dan juga kurang ajar. Banyak sekali tipu muslihat iblis ini contohnya black magic dan white magic. Penipuan roh-roh jahat ini adalah seperti berikut, “hai manusia yang bodoh, kalau kamu sakit pigilah jumpa orang pintar yang menggunakan kuasa kami. Kamu akan sembuh segera. Inilah white magic kami. Sekian dan terima kasih”. Dan juga, “hai manusia yang bodoh, jika kamu gunakan kuasa black magic kami, kamu boleh menjadi seperti kami”. Inilah kerja iblis sebenarnya, sudahlah dipanggil seperti hantu, toyol, lembaga hitam, jin-jin, roh-roh dunia orang mati dan sebagainya malahan menipu manusia agar percaya kepada ajaran sesat ini. Inilah temberang namanya, sombong, penipu, pintar dan licik serta menyesatkan.

    Ada cerita mengenai seorang manusia kudus di dunia ini. Kekudusan dan kesucian orang kudus ini tersembunyi bukan sahaja di hadapan orang ramai tetapi di dalam kehidupan rohaninya. Orang kudus ini, sama seperti kita manusia biasa, dipercayai sering didampingi oleh Para Malaikat dan Orang Kudus di Surga bukan sahaja di dalam doa tetapi di dalam kehidupan sehariannya. Dipercayai jiwa-jiwa di api penyucian sering mengunjungi dan memohon bantuan orang kudus manusia ini supaya mendoakan mereka bagi penebusan dan pemurnian agar dibebaskan di api penyucian dan seterusnya masuk ke rumah Allah Bapa. Kejadian ini terjadi bukan sahaja di dalam doa khasnya di Ekaristi dan Rosari, tetapi melalui kehidupan seharian dan ini sering berlaku pada masa-masa yang tertentu. Setiap kali melakukan peperangan rohani di dalam doa, kuasa Allah yang kudus dan suci sentiasa menyertai, melindungi dan menaungi seluruh peribadi orang kudus manusia ini, dan seakan-akan ada sesuatu urapan suci yang menghalang kuasa-kuasa kegelapan dan roh-roh jahat untuk bertindak menyerang dan menentangnya. Dan itu setan@demons pun berkata, "Celaka betul orang kudus manusia ini, kuasanya seakan-akan seperti Yesus Kristus yang kita takuti. Siapakah orang kudus ini? Jampi mantera serapah@black magic kita tidak berhasil keatasnya untuk menjatuhkannya dan mencelakakannya. Kita sudah menggunakan manusia di sekitarnya untuk menghancurkan kehidupannya dan membinasakan seluruh hidup rohaninya tetapi orang kudus manusia ini langsung tiada kesannya malahan kasih mati dia pun tidak dapat. Nekromansi kita pun langsung tidak menjadi walaupun kita mengikatnya dengan kuasa kegelapan kita”. Dan akhirnya setan@roh-roh jahat ini terpaksa lari bertempiaran kerana melihat Bunda Maria dan Malaikat-malaikat Allah Bapa Syurga.

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...