Sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus, kita perlu tahu apakah itu Misa Kudus serta kepentingan setiap Sakramen-sakramen yang kita terima termasuklah doa-doa yang telah dilakukan. Kehidupan manusia di dunia ini akan dipenuhi jikalau kita meneliti bentuk doa yang kita rayakan bersama melalui Sakramen-sakramen tersebut. Itulah tujuan untuk hidup dalam kebajikan moral dan akan membentuk sikap rendah hati serta tanggungjawab kita untuk diri kita sendiri, keluarga, komuniti serta untuk seluruh umat Allah. Saya mahu agar kita semua memulakan doa dan renungan di sini mengikut kesesuaian dan keperluan kita masing-masing. Dan jika perlu ulangi pembacaan khususnya Alkitab Katolik yang anda pelajari di sini. Berdoalah kepada Roh Kudus untuk membimbing dan menuntun jalan hidup anda semua setiap hari.
Popular Posts
-
Kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Panggilan dan ca...
-
JERUSALEM BIBLE ROMAN CATHOLIC CHURCH THE HOLY GOSPEL OF JESUS CHRIST ACCORDING TO S AINT MARK CHAPTER 1. I. PRELUDE TO THE PUBLIC MINISTRY...
-
JERUSALEM BIBLE ROMAN CATHOLIC CHURCH THE HOLY GOSPEL OF JESUS CHRIST ACCORDING TO S AINT MATTHEW CHAPTER 1. I. THE BIRTH AND INFANCY OF JE...
-
Renungan dan persiapan dalam percintaan dan kasih sayang serta kehidupan bersama dalam kasih Yesus Kristus. Soalan pertama: 1. Dapatkah pe...
-
JERUSALEM BIBLE (THE BOOK OF GENESIS) CHAPTER 1 I. THE ORIGIN OF THE WORLD AND OF MANKIND 1. THE CREATION AND THE FALL The first account of...
-
10 December 2025 (Rabu) Kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of A...
-
13 November 2025 (Khamis) Semoga Tuhan memberkati dan melindungi Wilayah Sabah dalam keadaan sentosa dan makmur, mampu bergerak dan memimpi...
-
JERUSALEM BIBLE (THE BOOK OF EXODUS) CHAPTER 1 I. THE LIBERATION FROM EGYPT A. ISRAEL IN EGYPT The prosperity of the Hebrews in Egypt. 1:1...
-
Berkat “Urbi et Orbi” dan Indulgensi Penuh dari Bapa Suci Sri Paus (Gereja Katolik) Pemimpin Gereja Katolik Roma. To my beloved brothers and...
-
PENGENALAN Sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus dan percaya kepada GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostiolik, adalah penting sek...
Monday, May 26, 2025
Kasih Allah yang memberikan kita kehidupan kekal di Syurga
Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui Firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa Kudus. Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.
Pembacaan pada Hari Minggu Biasa Ke-13 ini berkait rapat dengan iman kepercayaan kita terhadap Tuhan Yesus Kristus, doa kita di Ekaristi serta persiapan tentang kehidupan kita di dunia ini dan untuk berhadapan dengan pengadilan terakhir. Oleh itu kita tidak perlu takut kepada soal kematian lagi. Kita patut bersyukur kerana Gereja kita yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik mengajarkan bahawa, “Gereja Roma yang suci percaya teguh dan menjelaskan dengan tegas bahawa pada hari pengadilan semua manusia akan tampil dalam tubuhnya di depan taktha pengadilan Kristus, supaya mempertanggungjawabkan perbuatan mereka” (DS 859). Ini bererti kita harus bersiap sedia sambil menantikan kedatangan Tuhan Yesus Kristus dengan penuh pengharapan dan percaya bahawa di mana ada Kristus, di sana dengan sendirinya ada kehidupan, di sana ada Kerajaaan Allah dan kehidupan kekal. Jangan lagi kita disesatkan oleh bermacam-macam ajaran sesat yang cuba mengelirukan iman katolik kita. Percayalah akan kasih Allah kerana “Pada malam kehidupan kita, kita akan diadili sesuai dengan cinta kita” (Santo Yohanes dari Salib). Cukup jelas sekali bahawa semakin kita berbuah kasih, kita akan tetap berada di dalam kasih Allah (1 Yoh 4: 16). Kita mohon kebijaksanaan daripada Tuhan agar membantu kita untuk merenungkan bagaimana pembacaan pertama hari ini menjelaskan keadaan manusia dan membandingkan satu sama lain keadaan orang-orang benar dan orang-orang fasik, baik yang hidup sekarang ini mahupun sesudah kematian (Keb 1: 13-15, 2: 23-24).
Tuhan kita bukanlah seperti tuhan-tuhan yang ada di dunia ini seperti yang diceritakan dan terjadi di dalam perjanjian lama yang sering kali dikatakan tentang penyembahan berhala, amalan nekromansi serta beribadah kepada berhala-berhala. Dan menurut ajaran Tradisi Suci dan Gereja Katolik kita, Tuhan kita tidak boleh disamakan dengan cara pemikiran dan tafsiran dari beberapa pihak tertentu. Cara seperti ini boleh membawa kepada perpecahan gereja. Dan kita sebagai umat Allah perlu tahu tentang hal ini. Yesus Kristus adalah sungguh-sungguh manusia dan sungguh-sungguh Allah. Yesus juga adalah Putera Allah, setaraf dengan Allah Bapa yang dilahirkan oleh Roh Kudus dan bukan diciptakan. Yesus juga adalah satu peribadi dengan dua sifat iaitu sebagai Tuhan dan juga sebagai manusia (sungguh-sungguh manusia dan sungguh-sungguh Allah). Inilah yang dipertahankan oleh Gereja Katolik kita sejak dari Konsili Nicea (325 Masihi), Konsili Konstantinopel 1 (381 Masihi), Konsili Efesus (431 Masihi), Konsili Khalsedon (451 Masihi), Konsili Konstantinopel II (553 Masihi), Konsili Konstantinopel III (680-681 Masihi) dan juga Konsili Nicea II (787 Masihi).
Yesus Kristus yang telah datang ke dunia adalah untuk menyelamatkan kita secara total, baik dari segi fizikal, jasmani mahupun rohani. Yesus menyembuhkan banyak orang yang menderita bermacam-macam penyakit dan mengusir banyak setan. Ini bererti kita diselamatkan dari dosa, kejahatan dan kematian, disembuhkan dari sakit-penyakit kita, dipulihkan semula hubungan kita dengan Allah Bapa, dan kemudian akan masuk ke Syurga tanpa dosa dan kejahatan. Segala peristiwa yang Yesus telah lakukan ini secara ringkasnya kita boleh baca semula dan renungkan kembali apa yang tercatat di dalam Injil Santo Markus. Melalui pembacaan Injil Markus hari ini, kita diingatkan semula bahawa kematian yang di bawa oleh Iblis ialah kematian rohani yang juga termasuk kematian fizikal.
Yesus mahu kita percaya kepada-Nya dan mengharapkan belaskasihan-Nya (Mrk 5: 21-24). Kita perlu dekat dengan Tuhan di Ekaristi ini. Yesus akan menjamah kita dan menyembuhkan kita semula (Mark 5: 25-30). Yang perlu kita lakukan adalah jangan takut dan gementar. Iman kita akan menyelamatkan kita semua dan Yesus pasti akan memberikan kesembuhan apa yang kita perlukan pada saat ini di Ekaristi (Mrk 5: 31-34). Jangan kita takut untuk datang kepada Yesus jika pada masa lalu kita tidak tahu macam mana caranya kita perlu melakukan kehendak Tuhan. Yesus telah berkata, “Jangan takut, percaya saja” (Mrk 5: 36). Yesus tahu segala kesedihan, ketakutan, kerisauan dan juga doa kita pada hari ini kerana Dialah Tuhan kita sebenarnya yang telah membangkitkan anak Yairus dan menyembuhkan seorang perempuan yang sakit pendarahan (Mrk 5: 21-43). Tuhan tidak akan membiarkan kita binasa tetapi melalui Gereja-Nya kita boleh percaya akan pengadilan-Nya dan apakah yang seharusnya kita lakukan sekarang. Santo Gregorius Agung telah mengatakan, “Kita harus percaya bahawa sebelum pengadilan masih ada api penyucian untuk dosa-dosa ringan tertentu, kerana kebenaran abadi mengatakan bahawa, kalau seseorang menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, ‘di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak’ (Mat 12: 32). Dari ungkapan ini nyatalah bahawa beberapa dosa dapat diampuni di dunia ini, yang lain di dunia lain”. Marilah kita terus berjaga-jaga kerana kita tidak mengetahui hari atau masanya untuk kita mengakhiri perjalanan hidup kita masing-masing. Hidup di dunia ini hanya satu kali sahaja. Dan untuk masuk ke Syurga dan layak digolongkan sebagai anak-anak Allah Bapa yang diberkati, janganlah kita menjadi seperti hamba yang jahat dan malas, yang akan diperintahkan masuk ke dalam api yang kekal, ke dalam kegelapan di luar, tempat ratapan dan kertakan gigi (Mat 25: 31-46).
Di dalam Misa kudus pada hari ini, marilah kita memuji Tuhan kerana telah menyelamatkan kita semua dari bahaya. Percayalah Tuhan akan mengangkat kita dari dunia orang mati dan akan menghidupkan kita semula apabila saatnya tiba. Tuhan tidak murka kepada kita. Yesus yang hadir di Ekaristi ini adalah Tuhan yang murah hati yang memberikan Tubuh dan Darah-Nya untuk kita semua. Nyanyikanlah mazmur bagi Tuhan dan bersyukurlah kepada kebaikan-Nya selama ini. Inilah tujuan kita datang merayakan perayaan Ekaristi setiap hari (Maz 30: 2, 4-6, 11-13). Kita mohon belas kasihan Tuhan untuk menyertai segala aktiviti yang kita rancangkan demi membangun Kerajaan Allah di tengah-tengah kita. Kesungguhan untuk membantu, dalam kasih kita terhadap sesama, dan saling mendorong untuk melakukan kehendak Tuhan adalah buah dari Roh Kudus serta dari pelayanan kita (2 Kor 8: 7, 9, 13-15). Tetaplah rendah hati “kerana kamu telah mengenal kasih karunia Tuhan kita Yesus Kristus, bahawa Ia, yang oleh kerana kamu menjadi miskin, sekalipun Ia kaya, supaya kamu menjadi kaya oleh kerana kemiskinan-Nya (2 Kor 8: 9).
Bersama dengan Persekutuan Para Kudus, marilah kita menyerahkan orang-orang mati kepada belas kasihan Allah dan berdoa untuk mereka, terutama mempersembahkan kurban Ekaristi suci ini. Kerana Santo Yohanes Krisostomus telah mengatakan, “Jangan kita bimbang untuk membantu orang-orang mati dan mempersembahkan doa untuk mereka”. Di dalam perayaan Ekaristi ini marilah kita berdoa kepada Yesus Kristus sesuai dengan rumusan doa ini “Terimalah dengan rela persembahan umat-Mu. Bimbinglah jalan hidup kami dan selamatkanlah kami dari hukuman abadi agar tetap menjadi umat kesayangan-Mu” (MR, Doa Syukur Agung Romawi 88). Pilihan hidup kita adalah jawapan untuk mendengarkan suara Tuhan dan melakukan kehendakNya. Semoga dalam masa "The Year of Prayer 2024 and The Jubilee Year 2025" kita memperolehi sesuatu tanda-tanda zaman yang dapat mendorong kita untuk setia dan percaya kepada kehadiran Yesus di Ekaristi dan TabernakelNya.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
By Jonathan💞Joanne (Penampang💓Papar)
Jonathan Fabian Ginunggil Jonathan💞Joanne (Penampang💓Papar)
at
May 26, 2025
Pelayan Atasan Tertinggi / Most High Servant, Jesus, Mary, Joseph Ministry of Love (Blessed and Saints and The Nine Choirs of Angels) My vocation is Blessed and Saints "I am the most humble of all the Saints in Heaven" Mary, Mother of God. "I am the handmaid of the Lord, said Mary ‘let what you have said be done to me." (Luke 1: 38) Mother Mary is the most humble Saint in Heaven and she is also the Mother of God for us all (Luke 1:38) Then Jesus lifted up his eyes and said: Father, I thank you for hearing my prayer. I myself knew that you hear me always, but I speak for the sake of all these who are standing around me, so that they may believe it was you who sent me / Lalu Yesus menengadah ke atas dan berkata: "Bapa, Aku mengucap syukur kepada-Mu, kerana Engkau telah mendengarkan Aku. Aku tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh kerana orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku." (John 11: 41 – 42)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20
Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...
-
Kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Panggilan dan ca...
-
JERUSALEM BIBLE ROMAN CATHOLIC CHURCH THE HOLY GOSPEL OF JESUS CHRIST ACCORDING TO S AINT MARK CHAPTER 1. I. PRELUDE TO THE PUBLIC MINISTRY...
No comments:
Post a Comment