Popular Posts

Monday, April 6, 2026

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Tambahan-tambahan pada Kitab Ester) Bahagian 3

 

Kitab Suci Katolik

Perjanjian Lama

(Tambahan-tambahan pada Kitab Ester)

TAMBAHAN ESTER 4

Permohonan Mordekhai
(Di antara 4.7 dan 4.9)
1 7-9 Mordekhai memberi Hatah salinan surat raja yang telah dikeluarkan di Susan dan yang mengandungi perintah untuk membinasakan orang Yahudi. Dia menyuruh Hatah menunjukkan surat itu kepada Permaisuri Ester dan menugaskan Permaisuri Ester supaya menghadap raja untuk memohon belas kasihan bagi bangsanya. Inilah pesan Mordekhai yang disampaikan Hatah kepada Permaisuri Ester, “Ingatlah waktu dahulu, ketika engkau masih orang biasa di bawah asuhan saya. Sekarang Haman, orang kedua selepas raja, menasihati baginda untuk membunuh kita. Oleh sebab itu berdoalah kepada Tuhan dan bertitahlah dengan raja untuk kepentingan kita, supaya kita selamat daripada kematian.”

No comments:

The First Holy Martyrs of the Holy Roman Church

These “ proto-martyrs ” of Rome were the first Christians persecuted en masse by the Emperor Nero in the year 64 , before the martyrdom of ...