Kitab Suci Katolik
Perjanjian Lama
(Tobit)
TOBIT 13
Lagu Pujian Tobit
1Kemudian Tobit berdoa begini,
“Terpujilah Allah yang hidup selama-lamanya,terpujilah Dia yang berkuasa!2Memang Dia menghukum,tetapi Dia juga mengasihani.Dia menurunkan kita ke dunia orang mati,kemudian Dia membangkitkan kita daripada kebinasaan;tidak ada yang dapat terlepas daripada kuasa-Nya.3Hai Israel, bersyukurlah kepada-Nyadi depan bangsa-bangsa,tempat kamu diasingkan.4Khabarkanlah kebesaran-Nya di sana,agungkanlah Dia di hadapan segala yang hidup;kerana Dialah Allah, Tuhan kita,Bapa kita untuk selama-lamanya.5Biarpun Dia menyeksa kamu kerana kejahatanmu,Dia akan mengasihani kamu lagidan memulangkan kamu dari antara bangsa-bangsa,tempat kamu dicerai-beraikan.6Jika kamu kembali kepada-Nyadengan sepenuh hati dan segenap jiwamudan melakukan yang benar di hadapan-Nya,pasti Dia berbalik untuk menolong kamudan tidak terus bersembunyi daripadamu.7Lihatlah apa yang telah dikerjakan Allah bagimu,bersyukurlah kepada-Nya dengan suara nyaring.Pujilah Tuhan oleh sebab Dia adil,agungkanlah Raja yang kekal abadi.8Biarpun aku tinggal dalam pembuangan,aku akan bersyukur juga kepada Tuhandan menyatakan kekuasaan-Nya yang besarkepada orang yang berdosa.Bertaubatlah daripada dosa-dosamudan lakukanlah apa yang dikehendaki Allah.Siapa tahu Dia akan berkenandan berbelas kasihan kepadamu.9Aku mahu mengagungkan Allahku dan Raja Yang Maha Tinggi,hatiku bersorak kerana kebesaran-Nya.10Hendaknya semua orang mengkhabarkan keagungan-Nyadan menyanyikan lagu pujian bagi-Nya di Yerusalem.Hai Yerusalem, kota suci,engkau dihukum kerana dosa-dosa pendudukmu.Tetapi Tuhan berbelas kasihankepada orang yang melakukan kehendak-Nya.11Maka bersyukurlah kepada Tuhan sebagaimana layaknya,pujilah Raja yang kekal abadi.Semoga Rumah-Nya dibina kembalidan kamu bergembira lagi.12Tuhan akan menggembirakan semua orang buanganmu,dan pendudukmu yang menderitadikasihi-Nya untuk selama-lamanya.13Yerusalem, cahayamu akan bersinar cemerlangbagi seluruh dunia.Dari jauh bangsa-bangsa datang kepadamuuntuk menyembah Tuhan Allah.Tangan mereka penuh dengan persembahanbagi Raja Yang Maha Tinggi.Turun-temurun orang akan bergembira kerana engkau,dan namamu sebagai kota pilihan Tuhanakan bertahan selama-lamanya.14Terkutuklah semua orang yang mengherdik engkau,yang merobohkan dan menghancurkan tembok-tembokmu,yang membongkar menara-menaramudan membakar rumah-rumahmu.Diberkatilah untuk selama-lamanyasemua orang yang menghormati engkau.15Bersukacitalah dan bersoraklah, hai Yerusalem,kerana pendudukmu yang melakukan yang benar.Mereka akan pulang daripada pembuangandan menyanyikan pujian bagi Tuhan.Berbahagialah orang yang mencintai engkaudan yang gembira melihat kesejahteraanmu.16Berbahagialah orang yang menangis kerana penderitaanmu,kerana mereka akan melihat sukacitamudan bergembira untuk selama-lamanya.Aku memuji Allah, Raja Yang Agung,17kerana Yerusalem akan dibina semulamenjadi kediaman-Nya yang abadi.Yerusalem, betapa gembiranya hatiku,apabila keturunanku dapat melihat kemegahanmudan bersyukur kepada Raja Yang Maha Tinggi.Gerbangmu daripada zamrud dan nilam,tembokmu daripada batu permata.Menara-menaramu daripada emasdan kubu-kubumu daripada emas murni.Jalan-jalanmu dilapis dengan batu delimadan batu-batu permata yang berharga.18Dari gerbang-gerbangmu terdengar lagu-lagu gembiradan dari rumah-rumahmu orang akan berseru,‘Terpujilah Tuhan! Terpujilah Allah Israel!’Orang yang diberkati Allah Yang Suciakan memuji-Nya untuk selama-lamanya.”

No comments:
Post a Comment