Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya
yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di
Misa Kudus.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui
Firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari
ini di Misa Kudus. Perkongsian ini juga ditujukan kepada semua pengganti
Pelayan Atasan Tertinggi, semua Pelayan Atasan serta semua Rakan Pembimbing
Rohani keseluruhannya di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and
Saints and the Nine Choirs of Angels). Turutilah jalan Tuhan di sini. Kita
boleh kongsikan renungan dan bacaan ini kepada sesiapa sahaja termasuklah untuk
pertemuan setiap kumpulan atau kelompok yang sedia ada. Saya sebagai Pelayan
Atasan Tertinggi memberikan kebenaran kepada semua ahli untuk menggunakannya
dan juga semua perkongsian yang ada disini. Tuhan memberkati anda semua.
HARI
MINGGU BIASA KE-10
Pembacaan Pertama. Kej. 3:9-15;
Pembacaan Mazmur. Mzm. 130:1-2,3-4ab,4c-6,7-8;
Pembacaan Kedua. 2 Kor. 4:13-5:1;
Pembacaan dari Injil Santo Markus. Mrk. 3:20-35.
Warna Liturgi Hijau.
Pada Hari Minggu Biasa ke 10 ini, kita bersyukur kepada Tuhan kerana kesempatan yang Dia berikan kepada kita semua untuk menilai dan merenungkan kembali segala kesilapan dan pilihan hidup kita yang salah sehingga murtad dan memilih jalan hidup yang salah. Disebabkan ketakutan dan mendengarkan orang lain, kita tersalah memilih kehidupan yang Tuhan mahu berikan kepada kita. Dan berdasarkan peristiwa sedih yang kita alami, ada kemungkinan kita ada rasa bersalah kerana terdorong untuk murtad dan lebih-lebih lagi terpaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan oleh pendapat orang lain yang telah menakutkan Iman Katolik kita sebelum ini. Kekecewaan, rasa bersalah dan sedih serta marah masih menggangu kehidupan seharian kita.
Dan ada juga di kalangan kita terhalang untuk datang ke Gereja Katolik untuk
berdoa dan merayakan Ekaristi. Tetapi Allah itu adalah kasih yang sentiasa
menerima anak-anakNya yang mahu bertobat dan kembali kepada kasih dan
pengampunanNya (Mzm. 130:1-2,3-4ab,4c-6,7-8). Melalui pembacaan hari ini kita
boleh di bantu untuk percaya kepada Tuhan kerana pesan dan jalan hidupNya
adalah untuk keselamatan hidup kita semua dan masuk ke Syurga tanpa dosa dan
kejahatan. Kita ikut sertakan Bunda Maria di dalam doa kita kerana gereja tanpa
Bunda Maria adalah ibarat rumah yang kosong dan terbiar. Tetapi dengan adanya
Bunda Maria gereja itu hidup dan damai kerana Bunda Maria sentiasa mendoakan
kita. Santa Maria adalah Bunda Allah untuk Gereja Katolik kita.
Walaupun kita tahu dan berpengetahuan
tentang dunia ini dan bijak dalam soal urusan duniawi tetapi jika kita tidak
ada rasa takut akan Allah ini bererti orang itu menempatkan dirinya di luar
keselamatan dari Allah. Yang perlu kita sentiasa ingatkan adalah manusia telah
jatuh ke dalam dosa. Dan disebabkan manusia itu makan buah pohon, mata mereka
berdua terbuka dan mereka tahu bahawa mereka telanjang. Ketakutan mulai ada di
dalam diri mereka dan tindakan yang mereka lakukan adalah bersembunyi. Tetapi
Tuhan Allah tahu manusia itu telah jatuh ke dalam dosa (Kej. 3:9-15).
"Kerana sesungguhnya manusia
itu telah menjadi salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat;
maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari
buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk
selama-lamanya." (Kej 3: 22). Firman Allah ini mengingatkan kepada kita
bahawa yang baik dan jahat itu ada di dalam kehidupan peribadi kita
masing-masing. Yang perlu kita sedari adalah semakin kita dekat dengan Tuhan, semakin
halus cara dan godaan dari roh-roh jahat ini. Disinilah kita perlu tahu kita
sebagai anak-anak rohani ada pilihan dan kebebasan. Terbukalah karya Roh Kudus
agar kita sentiasa kuat dalam iman, teguh di dalam pengharapan serta beriman
akan kasih Allah. Roh Kudus akan menerangi di dalam hati kita supaya kita semua
beroleh terang dari pengetahuan tentang kemuliaan Allah. Dengan cara sedemikian
kita akan mulai memahami Allah akan menyediakan suatu tempat kediaman di Syurga
bagi kita untuk selama-lamanya (Kor. 4:13-5:1).
Gereja sentiasa menerima orang
yang bertobat. Walaupun kita pernah meninggalkan iman kepercayaan katolik kita
sebelum ini, kita masih dapat dimaafkan. Kisah lampau kita membuat kita keliru
sehingga tidak menyedari dan memahami bahawa kita telah menutup mata dan hati
kita akan karya Roh Kudus. Kita renungkan bersama apa yang tertulis disini;
"Sebab mereka yang pernah diterangi hatinya, yang pernah mengecap karunia
sorgawi, dan yang pernah mendapat bagian dalam Roh Kudus, dan yang mengecap firman
yang baik dari Allah dan karunia-karunia dunia yang akan datang, namun yang
murtad lagi, tidak mungkin dibaharui sekali lagi sedemikian, hingga mereka
bertobat, sebab mereka menyalibkan lagi Anak Allah bagi diri mereka dan
menghina-Nya di muka umum" (Ibrani 6:4-6). Percayalah kita masih dapat
diampuni jika selama ini kita keliru dalam soal hal keilahian Yesus. Tetapi
kita tidak dapat dimaafkan kalau menutup mata dan hati kita untuk karya Roh
Kudus. Dengan meniadakan karya Roh Kudus, kita menolak tawaran paling luhur
yang disampaikan oleh Allah. Ini maksudnya kita telah menempatkan diri kita di
luar keselamatan (Mrk 3: 28-29).
Kasihilah Tuhan senantiasa dan turutilah firmanNya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari. Tuhan akan datang kepada kita dan diam bersama-sama dengan kita. Inilah tandanya bahawa kita benar-benar mencintai dan menuruti segala firmanNya. Jika kita tidak setia dan mentaati apa yang Allah firmankan kepada kita, dapatkah kita menempatkan diri kita semula di dalam kasih Allah dan keselamatanNya? Semoga dalam masa "The Year of Prayer 2024 and The Jubilee Year 2025" kita memperolehi sesuatu tanda-tanda zaman yang dapat mendorong kita untuk setia dan percaya kepada kehadiran Yesus di Ekaristi dan TabernakelNya.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment