Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman
Katolik sahaja.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya
yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di
Misa Kudus.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui
Firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari
ini di Misa Kudus. Perkongsian ini juga ditujukan kepada semua pengganti
Pelayan Atasan Tertinggi, semua Pelayan Atasan serta semua Rakan Pembimbing
Rohani keseluruhannya di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and
Saints and the Nine Choirs of Angels). Turutilah jalan Tuhan di sini. Kita
boleh kongsikan renungan dan bacaan ini kepada sesiapa sahaja termasuklah untuk
pertemuan setiap kumpulan atau kelompok yang sedia ada. Saya sebagai Pelayan
Atasan Tertinggi memberikan kebenaran kepada semua ahli untuk menggunakannya
dan juga semua perkongsian yang ada disini. Tuhan memberkati anda semua.
HARI
MINGGU BIASA KE-11
Pembacaan Pertama. Yeh. 17:22-24;
Pembacaan Mazmur. Mzm. 92:2-3,13-14,15-16;
Pembacaan Kedua. 2 Kor. 5:6-10;
Pembacaan dari Injil Santo Markus. Mrk. 4:26-34.
Warna Liturgi Hijau.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus
Kristus,
Melalui renungan yang singkat
ini, saya hanya ingin mengkongsikan beberapa point yang sederhana sahaja
mengenai bagaimankah kita seharusnya taat kepada firman Allah apa yang kita
dengar, baca dan doakan setiap hari. Ini bertujuan untuk membantu agar kita
dapat memahami bagaimana caranya Tuhan berbicara dengan kita melalui firmanNya
pada hari ini. Dalam konteks kerohanian kita perlu kembali kepada firman Allah
agar fikiran dan hati kita mendapat sentuhan rohani dari kasih Allah. Ini
penting kerana perumpamaan tentang benih yang tumbuh dan perumpamaan tentang
biji sesawi berkaitan rapat dengan hati nurani kita. Kita akan bertumbuh matang
dan berbuah kasih dan seterusnya memampukan kita untuk terus bertahan dan
berakar akan firman Allah. Percayalah akan kasih Allah ini kerana jika kita
menuruti hati nurani kita, hubungan kita dengan Tuhan semakin erat dan kita
tidak perlu takut pasal soal waktu menghadapi maut. Kita harus sedar dan tabah
selama kita mendiami tubuh ini (2 Kor 5: 6-10). Sebab itu benarkan firman Allah
datang ke dalam hati kita supaya dengan berbuah matang dan kasih hidup kita
pada saat ini berkenan kepadaNya.
Seperti Nabi Yehezkiel ini di
dalam pembacaan pertama telah menjelaskan bahawa kebanyakan perkhabarannya
diterima melalui penglihatan dan dinyatakan dengan perbuatan yang merupakan
lambang yang jelas bagi bangsa Israel. Pesan yang kita boleh pelajari dari Nabi
Yehezkiel ini adalah dia sentiasa menitikberatkan perlunya pembaharuan hati dan
jiwa serta tanggungjawab setiap orang terhadap dosanya sendiri. Dia juga telah
menyatakan harapannya bagi pembaharuan hidup bangsa Israel (Yeh 17: 22-24).
Allah menjanjikan harapan kepada kita semua dan kita tidak perlu takut untuk
mengikuti ajaran Yesus Kristus dan gerejaNya kerana Tuhan telah berjanji akan
melaksanakan segala yang telah difirmankanNya. Setiap diri kita harus
bertanggungjawab atas diri kita masing-masing dan oleh sebab itu bertobatlah
supaya kita hidup (Yeh 18: 1-32). Inilah tujuan kita merayakan perayaan
Ekaristi pada hari ini. Persiapan rohani ini perlu dan berjaga-jagalah di dalam
doa. Dalam keadaan sedar diri dan dalam keadaan berahmat, terimalah Tubuh dan
Darah Yesus yang akan memperbaharui seluruh hati nurani kita.
Di dalam pembacaan Hari Minggu
Biasa Ke – 11 ini, adalah baik kita mempersiapkan kehidupan kita setiap hari
untuk masuk ke Syurga tanpa dosa dan kejahatan. Datanglah di hadirat Tuhan dan
periksalah keadaan kita pada hari ini adakah kita benar-benar hidup sesuai
dengan kehendak Allah Bapa. Kita perlu peka akan dorongan Roh Kudus agar
fikiran dan hati kita pada saat ini memperolehi sentuhan rohani dari kasih
Allah. Dari pengalaman seperti inilah kita mampu mengatasi setiap kecenderungan
yang ada pada diri kita yang menandakan gerakan perasaan atau emosi. Oleh
desakan perasaan kita, setiap kita ini boleh merasa bahawa sesuatu bersifat
baik atau jahat. Kita perlu tahu juga bahawa kesempurnaan moral bererti bahawa
manusia tidak hanya digerakkan oleh kehendaknya kearah sesuatu yang baik tetapi
juga oleh kerinduan inderawi sesuai dengan firman Tuhan yang kita dengar, baca
dan doakan setiap hari. Inilah tujuan kita hadir di Ekaristi pada hari ini.
Dengan cara demikian emosi dan perasaan dapat diangkat ke dalam kebajikan atau
dapat dirosakkan oleh kebiasaan buruk kita masing-masing.
Yesus sentiasa bersama dengan
kita apapun keadaan dan situasi yang kita alami selama kita hidup di dunia ini.
Penabur yang menaburkan firman itu adalah Yesus sendiri. Dan kita sebagai
anak-anak Kerajaaan Allah harus memisahkan diri kita dari anak-anak dari yang
jahat kerana musuh sebenarnya yang menaburkan benih lalang itu adalah Iblis
sendiri. Kita mampu bertahan dan berakar jika kita mengikuti dorongan dan
bantuan dari Roh Kudus. Di lubuk hati nurani kita sebagai manusia kita menemukan
hukum yang tidak diterimanya dari dirinya sendiri tetapi harus ditaatinya.
Inilah suara hati kita yang selalu menyerukan kepada kita semua untuk mencintai
dan melaksanakan apa yang baik dan untuk menghindari apa yang jahat. Di dalam
lubuk hati seseorang bekerjalah hati nurani. Dan kalau kita mendengar hati
nurani kita masing-masing, kita sebagai manusia yang bijaksana dapat mendengar
suara Allah yang berbicara di dalam hati kita semua. Dan untuk dapat
mendengarkan dan mengikuti suara hati nurani kita harus pertama-tama mengenal
hati kita terlebih dahulu (1 Yoh 3: 19-20).
Janganlah kita disesatkan oleh
bermacam-macam ajaran tentang keTuhanan Yesus Kristus. Kita harus percaya
bahawa ajaran Gereja Katolik kita telah menyatakan bahawa pembentukan hati
nurani adalah tugas kita seumur hidup. Manusia mempunyai hak untuk bertindak
bebas sesuai dengan hati nuraninya. Dan jika kita membiarkan firman Tuhan hadir
di dalam hidup kita setiap hari kita mampu menyedari rasa bersalah kita. Rasa
bersalah seturut keputusan hati nurani merupakan jaminan bagi harapan dan belas
kasihan. Dengan membuktikan kesalahan pada perbuatan yang dilakukan itu,
keputusan hati nurani itu mengajak kita supaya memohon pengampunan daripada
Tuhan. Dan kemudian kita di dorong untuk melakukan yang baik dan supaya dengan
bantuan rahmat Allah kita mengembangkan kebajikan secara terus-menerus. Hati
nurani yang ditaburkan dengan firman Allah adalah orang yang mendengar dam
menyambut firman itu lalu berbuah matang. Yang dimaksudkan disini adalah
pembentukan hati nurani yang baik akan melindungi dan membebaskan kita dari
perasaan takut, dari ingat diri dan kesombongan, dari perasaan bersalah yang
palsu dan rasa puas dengan diri sendiri, yang semuanya dapat timbul oleh
kelemahan dan kesalahan manusia (Mrk 4: 26-34)). Pembentukan hati nurani
menjamin kebebasan dan menghantar menuju kedamaian hati.
Dan bagi kita yang ingin memperolehi sentuhan rohani dari Tuhan, mohonlah rahmat yang anda perlukan di dalam doa khususnya di dalam Ekarisi ini. Syurga dan bumi akan bersatu di dalam perayaan Ekaristi ini. Rahmat Allah bererti bahawa Allah memberi kehidupanNya secara cuma-cuma kepada kita. Ia mencurahkannya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus untuk menyembuhkannya dari dosa dan untuk menguduskannya. Itulah rahmat pengudusan atau rahmat pengilahian yang telah kita terima di dalam Pembaptisan. Ia merupakan asal karya keselamatan di dalam kita. Dengan rahmat tersebut kita akan hidup sebagai orang yang benar dan dalam perlindungan Allah. Kita akan berbuah kasih dan memampukan hidup kita untuk mengasihi Allah dan sesama kita. Dengan sentuhan rohani dari kasih Yesus di Ekaristi ini, kita akan memberitakan bahawa Tuhan itu adalah benar dan Dialah satu-satunya jalan untuk masuk ke Syurga tanpa dosa dan kejahatan (Maz 92: 2-3, 13-16). Pilihan hidup kita adalah jawapan untuk mendengarkan suara Tuhan dan melakukan kehendakNya. Semoga dalam masa "The Year of Prayer 2024 and The Jubilee Year 2025" kita memperolehi sesuatu tanda-tanda zaman yang dapat mendorong kita untuk setia dan percaya kepada kehadiran Yesus di Ekaristi dan TabernakelNya.
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)
No comments:
Post a Comment