Pembacaan dan renungan singkat:
Matius 5:
1 – 12.
Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman
Katolik sahaja.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui
firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari
ini di Misa Kudus.
Untuk renungan yang singkat ini,
saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti
perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi
mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui Firman-Nya
yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di
Misa Kudus. Perkongsian ini juga ditujukan kepada semua pengganti Pelayan Atasan
Tertinggi, semua Pelayan Atasan serta semua Rakan Pembimbing Rohani keseluruhannya di
dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine
Choirs of Angels). Turutilah jalan Tuhan di sini. Kita boleh kongsikan renungan
dan bacaan ini kepada sesiapa sahaja termasuklah untuk pertemuan setiap
kumpulan atau kelompok yang sedia ada. Saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi memberikan
kebenaran kepada semua ahli untuk menggunakannya dan juga semua perkongsian
yang ada disini. Tuhan memberkati anda semua.
Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus
Kristus,
Injil Santo Matius pada hari ini
merupakan ucapan bahagia dari Yesus Kristus dan juga pemakluman mengenai
rencana Kerajaan Syurga kepada rakyat (umat manusia) dan murid dalam khotbah di
bukit (Matius 5 – 7). Sabda bahagia Yesus ini merupakan teladan untuk kita
semua bagaimana sepatutnya kita harus hidup di dalam kesempuraan dan kebajikan seperti
yang dilakukan oleh Para Orang kudus kita di Syurga, walaupun di antara mereka
ini lemah dan berdosa, tetapi setia dan percaya kepada ajaran Tuhan Yesus Kristus.
Itulah sebabnya mereka ini digelar sebagai Para Martir untuk Gereja Katolik
kita. Kata-kata Yesus ini “berbahagialah” mengatakan bahawa orang miskin
mengambil bahagian dalam kebahagiaan itu seperti yang telah dikatakan dari
Yesus ini. Yang “berbahagia” juga digolongkan kepada orang yang malang dan
terkutuk di antara kita semua. Sebelum kita melanjutkan renungan kita disini,
marilah kita berdoa bersama Santo Matius, Rasul dan penulis Injil ini, agar
kita mampu memahami pesan Yesus tentang ucapan berbahagia ini secara peribadi.
Mintalah kebijaksaan dan pengetahuan dari Allah Bapa kita di Syurga.
Kerajaan Allah (Syurga) yang
harus menegakkan Pemerintahan Allah yang berdaulat di tengah-tengah manusia
yang akhirnya mengakui Allah sebagai Raja, mengabdi dan mencintainya itu, sudah
dinubuatkan di dalam perjanjian lama. Maka Santo Matius yang menulis di
tengah-tengah orang yahudi dan untuk orang-orang yahudi sangat suka
memperlihatkan bahawa dalam diri Yesus serta karyaNya Kitab Suci digenapi. Dan
jika dalam diri Yesus serta karya penyelamatanNya sudah digenapi, maka kita
sebagai pengikutNya haruslah meneruskan kehidupan kita di dunia ini sesuai
dengan ucapan bahagia Yesus ini (Matius 5: 1 – 12). Baik yang miskin ataupun
yang kaya, baik yang muda mahupun yang tua, sebenarnya telah disebut berbahagia
kerana layak menerima berkat Kerajaan Syurga ini. Oleh yang demikian, adalah
baiknya kita bertanya pada diri kita masing-masing, adakah kita sudah
digolongkan sebagai orang yang berbahagia ini? Sebagai seorang pengikut Tuhan
Yesus Kristus, adakah kita benar-benar mengikuti ucapan bahagia Yesus Kristus
ini? Jika perlu ada baiknya jalan Tuhan ini kita bawa di dalam kehidupan kita
seterusnya, agar Yesus lah yang berkarya di fikiran, perkataan dan perbuatan
kita.
Jangan terlalu mengikut kehendak
kita sendiri sehingga melupakan seketika bahawa, cara dan doa kita pada hari menghalang
kita semua untuk melihat kebaikan Tuhan Yesus Kristus di dalam Injil Santo
Matius ini (Matius 5: 1 – 12). Jika anda terasa terbeban dan sulit untuk
berdoa, ambillah masa ini untuk bersama dengan Yesus di dalam doa batin dan
keheningan. Ada baiknya kita menyediakan masa ini untuk Tuhan. Adakah damai
penghiburan dan kasih Allah hadir di dalam hati kita semua? Adakah kita membawa
orang lain untuk merasakan kasih Allah khususnya kepada saudara dan saudari
kita yang sedang berdukacita? Bermurah hatilah kepada mereka yang haus dan
lapar. Hanya dengan cara yang demikian kita mampu membawa kebenaran dan
penghiburan dari Tuhan. Dengan kemurahan tersebut, kita dikatakan berbahagia
oleh Yesus kerana memiliki hati yang suci dan apabila masanya sudah tiba, kita
akan melihat Allah pencipta kita. Bawalah damai dan kasih Yesus ini di dalam
pelayanan kita. Orang lain akan mengerti bahawa kitalah anak-anak Allah. Jika
panggilan hidup kita selama ini membawa kepada kesulitan dan penganiayaan,
dicela dan dianiaya, difitnah segala yang jahat, maka bersukacitalah dan
bergembiralah kerana Tuhan tidak akan membiarkan kita, melainkan memberikan
upah yang besar di Syurga. Inilah ucapan bahagia Yesus untuk kita semua (Matius
5: 1 – 12). Saya percaya dan yakin bahawa pengalaman kehidupan kesempurnaan dan
kebajikan Para Orang Kudus dan Martir kita ini berkait rapat dengan ucapan
bahagia dari Yesus ini. Santo Gregorius telah mengatakan, “Tujuan kehidupan
yang berkebajikan ialah menjadi serupa dengan Allah” (Santo Gregorius dari
Nisa, beat 1).
Berilah masa untuk kembali membaca Injil Santo Matius ini di mana sahaja kita berada. Di dalam doa dan renungan kita setiap hari, hayatilah kembali kehidupan kesempurnaan yang terdapat di dalam ucapan bahagia ini. Para Orang Kudus kita di Syurga berusaha melaksanakan apa yang dikatakan oleh Yesus ini. Sabda bahagia ini merupakan kehidupan Yesus sendiri dan inilah pesan dari Injil Santo Matius ini. Yang miskin di hadapan Allah adalah yang miskin di dalam roh. Jika kita memiliki semangat kemiskinan di dalam roh ini, kita juga mampu mengenal pasti apakah sebenarnya bentuk dan pengaruh godaan dari duniawi ini serta menolak sebarang kemungkinan kehadiran godaan kedagingan di dalam diri kita masing-masing. Ini perlu kita ketahui agar tidak mudah terikat kepada barang-barang duniawi yang hanya bersifat sementara sahaja. Yesus Kristus sendiri memberi kita teladan kemiskinan (Lukas 2: 7, Matius 8: 20) dan mahu agar kita mencontohi jalan kerendahan hatiNya sebagai seorang pelayan yang rendah hati (Yohanes 13: 12, Matius 11: 29). Yesus juga mahu agar kita yang mengikuti jalan kesempuraan ini, mencontohi Dia yang telah menyamakan diriNya dengan orang kecil dan malang (Matius 25: 45). Yesus mahu agar kita mengerti bahawa “barangsiapa menyambut seorang anak kecil ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku” (Matius 18: 5).
Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of
Angels)
No comments:
Post a Comment