Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.
Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan
bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya
sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah
dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya yang kita
baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa
Kudus.
Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan
bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya
sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah
dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui Firman-Nya yang kita
baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa Kudus.
Perkongsian ini juga ditujukan kepada semua pengganti Pelayan Atasan Tertinggi,
semua Pelayan Atasan serta semua Rakan Pembimbing Rohani keseluruhannya di
dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine
Choirs of Angels). Turutilah jalan Tuhan di sini. Kita boleh kongsikan renungan
dan bacaan ini kepada sesiapa sahaja termasuklah untuk pertemuan setiap
kumpulan atau kelompok yang sedia ada. Saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi
memberikan kebenaran kepada semua ahli untuk menggunakannya dan juga semua
perkongsian yang ada disini. Tuhan memberkati anda semua.
HARI RAYA TUBUH DAN DARAH KRISTUS
Pembacaan Pertama. Kel. 24:3-8;
Pembacaan Mazmur. Mzm. 116:12-13,15,16bc,17-18;
Pembacaan Kedua. Ibr. 9:11-15;
Pembacaan dari Injil Santo Markus. Mrk. 14:12-16,22-26.
Warna Liturgi Putih.
"Tujuan kehidupan yang berkebajikan ialah menjadi serupa dengan Allah" (Santo Gregorius Nisa, beat. l) atau dalam bahasa terjemahan English "The goal of a virtuous life is to become like God". Di dalam konteks agama, kerendahan hati ialah sifat merendah diri. Dan pada Hari Minggu Tubuh dan Darah Kristus ini, marilah kita merenungkan kembali cara dan bagaimana Allah menyatakan DiriNya kepada kita semua khususnya di dalam kehidupan seharian kita. Rekoleksi, retreat, doa kelompok baik secara individu dan komuniti, pertemuan minggu gembira serta persiapan rohani kita merupakan jalan spiritualiti kerohanian Katolik yang baik untuk memahami dan mendengarkan suara Tuhan serta melakukan kehendakNya. Cara sedemikian dapat kita teliti kembali di dalam pembacaan pertama hari ini bagaimana Allah hadir kepada Musa dengan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel. Renungkan sejenak cara dan bagaimana Allah menyatakan DiriNya kepada kita semua dengan kakiNya berjejak pada sesuatu yang buatannya seperti lantai dari batu nilam dan yang terangnya seperti langit yang cerah. Yang jelas sekali mereka melihat Allah Israel. Dan petikan salah satu dari Mzm 116:12 "Bagaimana akan kubalas kepada TUHAN segala kebajikan-Nya kepadaku"? merupakan doa renungan dan peribadi juga kerana Tuhan tahu segala perbuatan dan cara hidup kita masing-masing yang baik mahupun yang jahat. Dapatkah kita membalas kebaikan Tuhan kepada kita semua selama ini yang sentiasa hadir di Ekaristi? (Mrk. 14:12-16,22-26). Orang yang rendah hati itu akan memahami akan perkataan Yesus ini "Aku haus" di kayu salib. Sebelum kita disesatkan oleh kejahatan dan dosa, marilah kita datang ke hadirat Tuhan untuk memohon pengampunan dan belaskasihanNya. Ingatlah, Yesus adalah Pengantara dari suatu perjanjian yang baru, supaya mereka yang telah terpanggil dapat menerima bagian kekal yang dijanjikan, sebab Yesus telah mati untuk menebus pelanggaran-pelanggaran yang telah dilakukan selama perjanjian yang pertama. Oleh itu kebajikan adalah suatu kecenderungan yang tetap dan teguh untuk melakukan yang baik. Ia memungkinkan manusia bukan hanya untuk melakukan perbuatan baik, melainkan juga untuk menghasilkan yang terbaik seturut kemampuannya. Dengan segala kekuatan moral dan rohani, manusia yang berkebajikan berusaha untuk melakukan yang baik. Ia berusaha untuk mencapainya dan memilihnya dalam tindakannya yang konkret (Ibr. 9:11-15). Pilihan hidup kita adalah jawapan untuk mendengarkan suara Tuhan dan melakukan kehendakNya. Semoga dalam masa "The Year of Prayer 2024 and The Jubilee Year 2025" kita memperolehi sesuatu tanda-tanda zaman yang dapat mendorong kita untuk setia dan percaya kepada kehadiran Yesus di Ekaristi dan TabernakelNya.
No comments:
Post a Comment