Popular Posts

Tuesday, September 2, 2025

RENUNGAN SINGKAT INJIL SANTO LUKAS 4: 38-44 / 2 SEPTEMBER 2025 (SELASA)

RENUNGAN SINGKAT INJIL SANTO LUKAS 4: 38-44

MADAH / NYANYIAN PUJIAN

Yesus Kristus, Putera Allah dan pengharapan kami,
Engkaulah Tuhan dan Juruselamat kami,
Sembuhkanlah kami yang lemah ini,
Agar memperolehi kebahagiaan abadi.

Limpahilah kami dengan berkat dan perlindunganMu,
Selamatkanlah jiwa kami dengan ajaranMu,
Tuntunlah jalan hidup kami senantiasa,
Menuju Syurga, tempat kediaman kami bersama.

Semoga hari ini kami dikuatkan,
Dengan kasih dan pengampunanMu,
Ya Tuhan, kami minta agar doa kami diteruskan,
Untuk hidup setia dalam kelimpahanMu.

Di dalam Injil Santo Lukas 4: 38-44 ini, kita boleh meminta dan bertanya kepada Yesus Kristus, mengapa Dia mahu menyembuhkan orang sakit. Diceritakan juga bagaimana setan-setan itu berteriak kepada Yesus. Jika Tuhan mahu mengatakan sesuatu kepada kamu pada hari ini melalui pembacaan ini, dengarkanlah Dia di dalam doa. Saya juga menyedari bahawa Yesus mahu kita sentiasa bertanya kepada Dia agar permintaan kita itu dikabulkan oleh Dia kerana kita berdoa dalam namaNya. Santo Matius menulis tentang Yesus bagaimana Dia menyembuhkan ibu mertua Simon Petrus dengan memegang tangannya disebabkan sakit deman dan kemudian dengan sepatah kata sahaja Yesus mengusir roh-roh jahat itu dan menyembuhkan orang-orang yang menderita sakit. Orang yang kerasukan setan itu juga diselamatkan (Injil Santo Matius 8: 14-17).

Hadirkanlah kasih dan penyembuhan Yesus ini kepada semua orang yang memerlukan kehadiran kita semua. Di dalam Ekaristi kita sentiasa menerima Tubuh dan DarahNya. Yesus sentiasa bersama dengan kita dan jangan takut untuk memberitakan Injil Kerajaan Allah (Injil Santo Lukas 4: 43-44). Mukjizat dan penyembuhan itu terjadi jika kita percaya dan berdoa dalam nama Yesus. Tetapi berhati-hatilah akan tipu muslihat setan serta pengaruhnya. Penyusupan roh jahat itu akan terjadi jika kita tidak ada persiapan rohani yang baik. Layanilah sesama kita seperti apa yang Yesus telah lakukan. Orang ramai pasti mendapat kesembuhan dari Tuhan dengan kata-kata kasih dan pengampunan daripada kita. Damai itu hadir apabila kita memberkati hidup orang lain dan mendoakan mereka. Inilah kesembuhan batin yang diperlukan di zaman kita ini. Hiburan duniawi dan kesenangan hidup tidak dapat menyembuhkan luka-luka batin kita. Semuanya akan pasti lenyap apa yang kita usahakan di dunia ini apabila tiba masanya kita meninggal dunia. Itulah kesia-siaan hidup di dunia ini.

Dengan tangan yang melayani dan hati yang mencintai, kita menyembuhkan orang yang sakit dan menderita disebabkan perbuatan kisah lampau yang terjadi itu (Injil Santo Lukas 4: 38-40). Saya melihat bahawa setan-setan yang berteriak itu adalah kerana mahu menghalang Yesus untuk datang dan menyelamatkan kita semua (Injil Santo Lukas 4: 41). Adakah kita juga sedar bahawa pelayanan kita di dunia ini pernah dihalang oleh pengaruh setan-setan ini? Adalah lebih baik kita kenali diri kita terlebih dahulu sebelum kita juga dicobai oleh setan-setan ini. Ingatlah akan kesombongan rohani. Itulah inspirasi yang palsu yang menjerat manusia sekian lama. Berdoalah kepada Yesus agar kita menemukan bimbingan dari Roh Kudus untuk mengatasi kesulitan dan kesombongan tersebut. Kamu akan menemukan pertolongan daripada Tuhan ini bagaimana untuk memperbaiki sifat dan kelemahan manusia yang teruk dan kurang baik itu. Saya percaya akan doa Yesus kerana hanya melalui Dia sahaja kita dapat belajar dan memahami pembacaan daripada Injil Santo Lukas ini.

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria Yusuf Pelayanan Kasih
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...