Popular Posts

Wednesday, September 24, 2025

Renungan singkat pembacaan dari Injil Santo Matius 9: 9-13 / Hati yang baik dan jujur adalah jalan hidup kita menuju ke Syurga

Renungan singkat pembacaan dari Injil Santo Matius 9: 9-13

Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,

Perkongsian saya ini adalah dalam pengunaan bahasa yang sederhana dan mudah difahami. Saya menggunakan cara ini agar mereka yang lemah dan tidak ada pelajaran tinggi dapat memahami pesan dan maksud apa yang tertulis disini. Saya juga macam kamurang, tiada pelajaran tinggi dan cuma tahu baca Alkitab Katolik sahaja, itupun kampungan style punya.

Kita semua adalah orang berdosa dan tidak ada manusia itu sempurna melainkan ingin menjadikan sama dan bersikap sombong seperti iblis, bapa segala dusta ataupun nama yang sering kita dengar ini “iblis raja segala dusta.” (Yoh 8: 44). Di dalam Injil Santo Matius ini, kita boleh menilai kembali istilah dari kata “orang berdosa” ini. Orang berdosa ini bermaksud orang (manusia) yang kerana kelakuannya sendiri atau kerana kedudukannya yang mendapat nama tidak baik, dan menurut pandangan Yahudi adalah menajiskan dan tidak boleh diajak untuk bergaul. Kalau di kalangan budaya masyarakat kita ini adalah macam itu “mix-mix” bah bergaul bercampur untuk duduk dan makan bersama. Jadi pada waktu kejadian di dalam Injil Santo Matius ini, terdapatnya kaitannya cara hidup orang Yahudi di kalangan mereka agaknya tidak menepati hukum-hukum yang banyak itu mengenai tentang makanan yang halal dan haram. Disebabkan peraturan dan hukum-hukum yang banyak itulah ada masalah apakah orang boleh makan bersama dan di antara sesama mereka (Injil Santo Markus 7: 3-4).

Jika kita diberi pilihan dari Yesus pada hari ini, adakah kita mahu balik ke Syurga saat ini juga? Jika pilihan itu adalah dari doa Yesus untuk saya dan kamu, adakah kamu bersedia untuk tidak mahu berdosa lagi? Dan jika diberi kesempatan pada hari ini untuk bersikap jujur di dalam doa, adakah saya dan kamu mahu meneruskan cara hidup yang jujur ini di dalam doa? Saya mahu anda semua menilai kembali orang yang berdosa itu macam mana, yang jujur di dalam doa dan akhirnya berdoa dengan jujur di hadapan Tuhan pasti mendapat kebahagiaan di Syurga. Sabda Yesus ini bukan sahaja untuk mengingatkan kita semua untuk memperbaiki kesalahan dan sikap kita yang tidak baik, tetapi mengutamakan sikap hati yang jujur dan berbelaskasihan daripada melaksanakan hukum Taurat yang ketat dan hanya luaran semata-mata. Oleh itu jika kita masih ingin berdamai dengan Tuhan, mahu sentiasa diberkati olehNya dan mahu berdoa dengan baik, adalah baik pada hari ini kita semua menilai kembali cara hidup doa dan kelakuan kita masing-masing. Jika kita pernah ditegur untuk mematuhi peraturan contohnya “Di larang merokok di dalam bilik sewa dan tandas, di larang buang puntung rokok dan sampah di merata tempat, di larang mengambil mengisap dan makan itu dadah, di larang menipu dan berbohong, di larang membuang sisa makanan, di larang membuang bekas botol racun di sungai” tetapi kita tetap bertapuk-tapuk dan merokok secara bebas dan tanpa gangguan, dan meneruskan tabiat dan perbuatan yang salah dan kurang baik itu, adakah kita merasakan doa kita itu berkenan dan diberkati di hadirat Tuhan? 

Jawapan saya boleh berikan disini adalah tidak kerana perilaku dan sikap kita itu ternyata berdosa dan menganggap Tuhan itu buta dan tidak melihat kita 24jam. Dan apabila kita berdoa, doa kita itu tidak jujur pada Tuhan dan hanya luaran sahaja. Cara inilah boleh menjadikan kita tidak mahu memperbaiki kesalahan dan dosa itu dan secara tidak langsung hidup rohani kita tidak menghasilkan buah-buah dari Roh Kudus. Macam itu bah kita kadang-kadang bersikap macam mahu jadi orang Farisi tetapi ternyata bersikap kepura-puraan bila datang ke Gereja Katolik untuk berdoa dan melayani. Yang lebih teruk lagi mahu menonjolkan diri dengan mengambil banyak pelayanan di gereja sehingga melebihi orang Farisi yang menghakimi Paderi Katolik yang sering kali merayakan Ekaristi. Kadang-kadang hormat kepada seorang Paderi Katolik itu macam pasang surut air kerana menganggap dirinya paling bagus di dalam doa di Misa Kudus (Injil Santo Matius 9: 9-13). Oleh itu saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus, adalah lebih baik kita merenungkan dan berdoa agar Roh Kudus sentiasa membimbing kita dan mencontohi Santo Matius, pemungut cukai yang bertobat dan akhirnya mengikuti Yesus (Injil Santo Matius 9: 9).

Doa kepada Santo Matius:

Santo Matius, engkaulah pemungut cukai yang telah bertobat dan diselamatkan, doakanlah kami kepada Yesus Kristus, Gembala yang baik agar dengan melalui doa daripada engkau, kami menuruti Sabda Yesus pada hari ini, kini dan sepanjang segala masa. Amen.

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...