Popular Posts

Sunday, January 4, 2026

Pembentukan kerohanian peribadi serta cara-cara untuk membentuk kelompok atau kumpulan berdasarkan cara hidup dan panggilan di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

Pembentukan kerohanian peribadi serta cara-cara untuk membentuk kelompok atau kumpulan berdasarkan cara hidup dan panggilan di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

Kepada semua ahli yang ada di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

Saya mahu agar apa yang telah diajarkan oleh Gereja Katolik kita haruslah kita pelajari dan kemudian mengajarkan kepada orang lain. Tetapi anda semua harus ingat bahawa jiwa yang rosak (keadaan manusia yang tidak baik) tidak dapat mendengarkan Tuhan. Ini kerana orang itu yang berdosa harus disembuhkan terlebih dahulu. Mereka juga harus diperbaiki dan dimurnikan sebelum suara Tuhan itu sungguh-sungguh dapat menembusi (masuk ke dalam) jiwanya. Ini jelas sekali daripada Kitab Suci Katolik dan dari seluruh Tradisi Gereja kita. Ini dapat kita pelajari dan teliti bagaimana Gereja Katolik kita mempelajari karya-karya tulisan Para Orang Kudus kita. Sebagai contoh Latihan Rohani dari Santo Ignasius dan juga dari karya Santo Yohanes Salib iaitu Mendaki Gunung Karmel. Karya-karya tulisan Santa Teresia dari Lisieux dan juga Santa Teresa dari Avila dapat membantu kita untuk menghayati cara hidup kontemplasi dan kemiskinan Yesus Kristus seperti apa yang diajarkan dari Para Orang Kudus ini. Oleh itu saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi ingin bertegas bahawa ajaran dan tulisan Para Orang Kudus kita ini merupakan pengetahuan yang amat baik untuk kita pelajari kerana berlandaskan kepada iman terhadap Yesus Kristus dan bersumberkan kepada Kitab Suci Katolik. Karya-karya Para Orang Kudus ini dapat digunakan dalam pelajaran kita sendiri serta untuk membentuk peribadi kita. Selain itu adalah digalakan untuk digunakan di dalam kelompok atau kumpulan yang sedia ada. Untuk mereka yang memulakan diri serta dalam menyiapkan diri untuk bertemu dengan Tuhan, anda semua boleh menggunakan apa yang telah tertulis disini. Tetapi latihan dan pembentukan iman katolik ini juga dapat digunakan oleh semua Pelayan Atasan untuk membantu semua Rakan Pembimbing Rohani yang lain. Saya juga berharap agar jika semua Pelayan Atasan masih kurang berkemampuan untuk melaksanakan pesan-pesan saya disini, saya menasihatkan agar adalah baik untuk anda semua untuk berkumpul bersama. Anda semua boleh berbincang tentang kaedah dan latihan yang disediakan disini. Setelah itu anda semua perlu melatih diri sendiri setiap hari. Dengan usaha dan kerendahan hati, anda semua akan tahu mengapa Yesus Kristus mengharapkan agar para muridNya sendiri mampu menyembuhkan anak yang bisu itu. Sila baca dari petikan Injil Tuhan ini untuk membantu anda semua bagaimana untuk melatih diri sendiri dan untuk menyembuhkan orang di dalam pelayanan kasih kita ini. (Markus 9:14-29, Matius 17:14-21, Lukas 9:37-41)

Cara untuk melatih diri sendiri serta hidup berkomuniti.

Berdoalah kepada Tuhan dan mohon juga agar Roh Kudus membimbing diri kita masing-masing. Jangan mudah berputus asa. Pesan saya disini adalah perhatikan bagaimana tanda-tanda Tuhan mahu berbicara dengan kita. Latihan yang baik dapat membawa kepada kita kepada proses pemurnian hati. Ini penting agar kita dapat mengalahkan diri sendiri dan mengatur kehidupan kita seterusnya. Saya berdoa agar anda semua dapat memperkembangkan kehidupan masing-masing sesuai dengan teknik serta petunjuk yang saya berikan disini. Hanya tiga perkara sahaja yang anda semua perlu ingat dan mengambil sikap berhati-hati iaitu:

A.     Menguji setiap roh-roh yang datang kepadamu.

B.     Mengusir tipu daya dan godaan duniawi/setan.

C.     Berdoa ke atas Sabda Tuhan yang telah dibaca dan lakukan pada saat itu.

 

1.      Retreat peribadi.

Di Dalam konteks Gereja Katolik dan kerohanian, retreat adalah masa pengasingan diri sementara dari kesibukan kehidupan seharian kita untuk fokus pada pertumbuhan rohani, doa, refleksi mendalam, dan pertemuan pribadi dengan Tuhan, meniru teladan Yesus yang sering menyepi untuk memperbarui hubungan-Nya dengan Bapa. Retreat juga bermaksud waktu untuk "mengundurkan diri" atau "menyepi" dari kesibukan kehidupan kita masing-masing untuk lebih fokus kepada doa, refleksi diri, dan perhubungan lebih mendalam dengan Tuhan, menyegarkan jiwa, dan membina iman. Tujuannya adalah untuk menenangkan jiwa, memperkuat iman, memperbaiki diri sendiri, serta memulihkan kejujuran rohani melalui keheningan, renungan, dan bimbingan spiritual. Saya percaya bahawa inilah tujuan kita sebenarnya untuk memperolehi kekuatan rohani.

Retreat peribadi itu perlu dilakukan dengan bebas dan tanpa gangguan dari dunia luar. Inilah masanya anda semua untuk mencuba mendengarkan Tuhan. Periksa cara hidup anda semua. Teliti bagaimana Tuhan mahu membentuk kita semula, menyembuhkan kisah lampau kita ataupun luka-luka batin kita sepanjang pelayanan hidup kita. Sering kali kita jatuh ke dalam dosa dan kejahatan. Kehidupan kita juga perlu mendapat perhatian dari pihak kita. Kehidupan seharian dan pelayanan itu berkait rapat dengan apa yang kita lihat dan dengar di sekeliling kita. Oleh itu dalam masa retreat peribadi ini, elakkan untuk membuat bising atau menggangu orang lain. Elakkan untuk menggunakan telefon sepanjang retreat itu diadakan. Ini kerana kita sudah terbiasa menggunakan telefon bimbit sebelum tidur waktu malam. Ini adalah gangguan atas psikologi yang kita alami. Gunakan telefon bimbit anda semua dalam kes-kes kecemasan sahaja dan bukannya melihat atau mendengar lagu-lagu rohani dan video yang terdapat di dalam youtube tersebut.

Jika anda semua dibimbing oleh beberapa pembimbing rohani (Spiritul Direction), sila perhatikan petunjuk dan nasihat yang mereka berikan. Jika berasal daripada manusia, anda semua boleh menolaknya. Tetapi jika berasal daripada Tuhan, anda semua perlu berusaha untuk melakukan proses discernment yang seterusnya. Anda semua boleh memilih para pembimbing rohani yang lain jika apa yang disampaikan dari mereka itu berasal daripada manusia. Ini membezakan pendirian mereka tentang maksud dan tujuan asal hidup rohani kita iaitu untuk mencontohi dan hidup seperti Yesus Kristus, difikiran, perkataan dan perbuatan. Anda semua harus menolak jika para pembimbing itu terdiri daripada para Paderi Katolik, Religius Brothers dan Sisters, para pemimpin awam serta dikalangan kita semua. Anda semua boleh berbincang untuk memilih para pembimbing rohani ini. Mintalah nasihat daripada semua Pelayan Atasan dan juga semua Rakan Pembimbing Rohani yang lain. Saya tidak mahu kesesatan ini terjadi di kalangan kita semua. Saya berpegang teguh dan mengimani pesan Yesus Kristus untuk GerejaNya yang Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik.

Dan bagi mereka yang menolak ajaran Gereja Katolik serta Tradisi, mereka ini bukannya pembimbing rohani yang baik. Nasihat saya adalah para “antichrist@antikristus” itu ada dikalangan kita semua. Saya menegaskan bahawa peringatan Yesus ini adalah untuk membantu kita semua bahawa orang yang tidak mempunyai hikmat atau ajaran yang benar akan menyesatkan orang lain dan keduanya akan binasa, seperti yang terdapat dan tertulis di dalam Injil Santo Matius 15 dan Injil Santo Lukas 6, serta dapat dihubungkan dengan jatuhnya manusia ke dalam dosa (Kejadian 3) akibat ketidaktaatan, yang menjadi dasar pemahaman iman Katolik tentang kelemahan manusia dan keperluan akan keselamatan Kristus dan bukan hanya Alkitab semata tetapi juga Tradisi Suci. Dan frasa "jatuh ke dalam lubang" dalam konteks Injil Alkitab Katolik umumnya merujuk kepada perumpamaan Yesus tentang orang buta yang menuntun orang buta. (Injil Santo Lukas. 6:39-42, Injil Santo Matius 7:1-5). Sila baca petikan ini dan ingatlah pesan dan peringatan daripada Tuhan Yesus Kristus ini untuk GerejaNya dan untuk kita semua.

2.     Doa peribadi.

Bagi kita yang penat lelah dan penat bekerja sudah tentu kita mulai letih dan cepat mengantuk. Kehidupan seperti ini sering terjadi bagi mereka yang terpaksa bekerja lebih masa. Kehidupan berkeluarga juga sering terjadi kerana kedua ibubapa harus bekerja demi memastikan makan minum anak-anak terjamin dan terjaga. Saya juga ingin kepastian mengapa terdapatnya perkhidmatan perkerjaan seperti ini. Memandangkan kita mengalami hidup seharian seperti ini, saya menggalakkan anda semua untuk menggunakan kemampuan anda semua untuk berdoa sepanjang hari. Maksudnya adalah kita boleh berdoa dalam masa yang sesuai apabila kita memiliki masa yang ada dan singkat. Sebagai contoh untuk berdoa Rosari Suci. Mungkin seringkali kita cepat mengantuk kerana setelah balik dari kerja dan berehat seketika, rasa penat dan mengantuk itu mulai menggangu kita. Kemudian kita mulai hilang fokus untuk berdoa Rosari Suci. Dan secara perlahan-lahan, kita memilih untuk tidur dan tidak berdoa lagi.

Melihat kejadian ini, anda semua boleh berdoa Rosari Suci secara berperingkat sehingga selesai. Misal kata, di awal pagi kita masih terasa letih dan lelah dan kita tidak mampu untuk berdoa penuh Rosari Suci. Langkah seterusnya yang anda lakukan adalah cubalah berdoa satu peristiwa yang terdapat di dalam doa Rosari Suci itu. Setelah masa kita berehat kerja, kita boleh meneruskan berdoa peristiwa yang kedua Rosari Suci itu. Dan dalam perjalanan pulang ke rumah, kita boleh meneruskan peristiwa yang ketiga. Dan untuk peristiwa yang keempat, kita boleh berdoa Rosari Suci ini sebelum atau di masa kita berehat seketika. Dan sebelum tidur malam, kita berdoa peristiwa yang kelima dan menutup doa kita dengan memohon berkat dan perlindungan daripada Tuhan. Cara berdoa ini hanya petunjuk sahaja dan bukannya perlu kita lakukan setiap hari. Sebenarnya kita boleh berdoa Rosari Suci di mana sahaja kita berada. Ini membantu kita semua untuk terus berdoa dan menghayati pesan-pesan yang terdapat di dalam Injil Tuhan ini.

Apabila kita menyatukan diri kita dan berdoa kepada kehadiran Tuhan, kita akan sentiasa mengingatkan kasih Tuhan dan pengampunanNya. Oleh itu apabila doa-doa yang kita lakukan itu dilaksanakan dengan iman dan perbuatan, hidup rohani kita akan menghasilkan ketekunan dan kesabaran. Secara tidak langsung, kita akan mampu berdoa Rosari Suci secara lengkap tanpa lagi mengikuti cara yang saya telah jelaskan sebentar tadi. Sekarang saya ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda percaya bahawa Rosari Suci itu adalah doa Bunda Maria dari Syurga? Adakah anda masih percaya bahawa Bunda Maria telah memberikan rosari itu kepada Santo Dominic? Pengetahuan Rosari Suci itu belum cukup disini. Jika anda mendoakan Rosari Suci itu dengan iman yang baik dan penuh kepercayaan, kamu akan memperolehi jawapan daripada doa seorang Ibu yang baik iaitu doa Bunda Maria yang pasti menolong. Doa Bunda Maria adalah doa yang merangkumi kerendahan hati. Itulah sebabnya saya terpanggil memanggil Bunda Maria sebagai Orang Kudus yang paling rendah hati di antara semua Orang Kudus di Syurga.

Kedua-dua latihan dan cara berdoa yang saya berikan disini berkait rapat antara satu yang lain. Jangan kita mengambil sikap yang mudah untuk melatih diri kita masing-masing. Perjuangan doa Para Orang Kudus adalah untuk bersatu dengan Tuhan, mengikuti dan menaati pesan-pesan Yesus tanpa berputus asa. Saya tidak mengatakan Yesus itu hilang dan tiada di dalam doa. Mungkin ada yang mengatakan Tuhan Yesus tidak boleh dipegang dan sentuh. Dan suaraNya juga tiada dapat kita dengar. Bagi memudahkan pengertian kita tentang hubungan kita terhadap sesama dan dengan Tuhan secara peribadi, sila baca kembali Laman Resmi Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Sila klik disini

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 22

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Kepercayaan Abraham  Bab 22 Kej 22:1 Setelah semuanya itu Allah mencoba Abraham. Ia berfirma...