"The Year of Prayer" 2024 kini sedang berlangsung.
Sebagai persediaan untuk Tahun Jubli 2025 "Pilgrims of Hope" 2024 telah ditetapkan sebagai "The Year of Prayer" oleh Pope Francis.
Ia bermula pada hari Ahad 3 Disember 2023 iaitu Hari Minggu Adven Pertama. Tumpuan khusus pada tahun ini adalah pada doa Bapa Kami dan ini memberi kita peluang besar untuk kembali kepada asas-asas doa. Setiap Katolik digalakkan untuk merenungkan kehidupan doa mereka iaitu apa yang mereka doakan, bagaimana mereka berdoa dan mengapa mereka berdoa. Ini adalah untuk dua sebab:
1) Untuk menggalakkan umat Katolik untuk memperdalam kehidupan doa dan cinta mereka kepada Tuhan;
2) Bagi setiap Katolik untuk membantu sekurang-kurangnya seorang yang lain untuk berdoa semasa "The Year of Prayer".
Disini kita sebagai umat Katolik digalakan mengambil peranan masing-masing dan ikut serta untuk mengambil bahagian dalam tahun persediaan ini. Pope Francis ingin melihat doa Bapa Kami menjadi program hidup setiap dari kita sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus dan oleh itu kita dijemput sebagai individu, keluarga, komuniti dan keluarga Keuskupan untuk mempersiapkan Tahun Jubli 2025 "Pilgrims of Hope" melalui pengabdian yang lebih mendalam kepada doa dalam tahun doa ini "The Year of Prayer". Inilah masanya untuk kita semua berusaha ke arah pembaharuan penyembahan kepada Tuhan Yesus Kristus dalam Roh dan Kebenaran serta melayani sesama kita dan kepada saudara dan saudari kita yang memerlukan kita sesuai dengan Visi dan Misi setiap Keuskupan kita. Marilah kita berdoa agar Allah Bapa kita membimbing kita semua untuk menjadi Gereja yang lebih sinodal, missionari dan penuh doa semasa kita menghampiri Tahun Suci ini. Adalah penting untuk sepanjang tahun 2024 ini kita membantu orang ramai meneroka dan mendalami kehidupan doa mereka agar dapat mengalami sentuhan rohani dari Tuhan. Tahun Jubli 2025 akan bermula pada Malam Krismas 2024 dengan pembukaan Pintu Suci di Basilika Santo Petrus, Roma.
Disediakan dan dikemaskini oleh: Jonathan Fabian, Sabah Malaysia
No comments:
Post a Comment