Popular Posts

Friday, October 11, 2024

Pembacaan dan renungan singkat: Markus 10: 17 – 30

Pembacaan dan renungan singkat:
Markus 10: 17 – 30.

    Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.

    Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa Kudus. 

    Kita minta ampun kepada Tuhan jika selama ini kita hanya datang ke Misa Kudus untuk membenarkan diri di hadapanNya (Markus 10: 19 – 20). Setiap dari kita ini mengatakan bahawa Tuhan itu baik dan boleh memberikan kita kehidupan kekal (Markus 10: 17). Tetapi Yesus mahu kita mengikutiNya dengan setia agar kekurangan yang ada di dalam hidup kita menghasilkan buah yang matang, iaitu berbelas kasihan kepada orang miskin yang memerlukan pertolongan dan bantuan dari kita (Markus 10: 21). Jika kita terkilan dan kecewa permintaan Yesus Kristus ini, sudah tiba masanya kita melihat kembali cara hidup dan tingkah laku kita masing-masing adakah kita semua ini hidup seperti Yesus Kristus, di fikiran, perkataan dan perbuatanNya (Markus 10: 22).

    Menerima Tuhan Yesus Kristus bukan bererti kita bebas daripada masalah dan penderitaan hidup di dunia ini. Di dalam Injil Santo Markus ini, kita boleh menilai kembali tujuan kita hadir ke Ekaristi setiap hari. Jika kita tidak dapat meninggalkan sikap kita yang tamak atau tamaha ini, bererti kita disamakan dengan orang kaya tersebut (Markus 10: 24 – 25). Kita tinggalkan sikap kita yang munafik ini jika inilah penghalangnya untuk kita masuk ke dalam Syurga. Seekor unta boleh melewati lobang jarum dengan mudah sekali tetapi orang kaya sukar masuk Kerajaan Allah. Hanya Tuhan sahaja yang boleh menghakimi kita dan hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukan sama ada kita yang hidup di dunia ini dapat masuk ke Syurga (Markus 10: 26 – 27).

    Perlu kita ketahui bahawa kebijaksaan Tuhan adalah lebih baik untuk kita pelajari daripada cara dan pemikiran manusia yang lebih mementingkan kemewahan dan kesenangan hidup. Kekayaan dan kesejahteraan umumnya dianggap sebagai tanda kerelaan Allah Bapa di Syurga (khususnya dalam sastra Hikmat Israel). Dengan demikian, orang-orang yang hidup dalam kemiskinan dan kelaparan adalah orang-orang yang akan masuk ke Syurga. Mereka semua ini adalah terabai dan tidak diperhatikan oleh sesama kita sehingga ada yang sakit dan meninggal dunia. Kelaparan dan kehausan manusia ini memperlihatkan keadaan sikap manusia di dunia kita masa kini. Golongan manusia inilah yang dikatakan oleh Tuhan Yesus Kristus sebagai seekor unta yang mudah melewati lobang jarum daripada orang kaya itu (Markus 10: 17 – 27).

    Di dalam Injil Santo Markus ini, kita yang ingin menyahut panggilan untuk melayani Tuhan dan gerejaNya harus bersiap sedia untuk meninggalkan segala-galanya (Markus 10: 28 – 31). Kita boleh bermula pada diri kita sendiri apa yang perlu kita tinggalkan sekalipun kita akan mengalami berbagai penganiayaan. Bukan manusia yang menentukan panggilan hidup kita ini tetapi yakinlah bahawa, panggilan Tuhan adalah untuk kehidupan yang kekal di Syurga (Markus 10: 30). Itulah sebabnya mengapa kita harus meninggalkan segala-galanya oleh kerana Injil Tuhan. Berjalanlah bersama di dalam pelayanan dan panggilan hidup kita masing-masing di bawah bimbingan dan ajaran gereja katolik kita. Dan selebihnya serahkan kepada Tuhan yang akan berkarya dan menuntun setiap aspek kehidupan kita ini. Tuhan Yesus Kristus sudah mengatakan bahawa di zaman yang akan datang kita akan menerima kehidupan yang kekal (Markus 10: 17 – 31). Ingatlah, upah dosa adalah maut tetapi upah untuk mengikuti Tuhan Yesus Kristus adalah untuk kehidupan kekal kita di Syurga.

Disediakan dan dikemaskini oleh:
Jonathan Fabian Ginunggil,
Penampang, Sabah Malaysia.

No comments:

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...