Popular Posts

Monday, October 28, 2024

Pembacaan dan renungan singkat: Matius 5: 1 – 12

Pembacaan dan renungan singkat:

Matius 5: 1 – 12.

Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.

Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa Kudus. Perkongsian ini juga ditujukan kepada pengganti Pelayan Atasan Tertinggi, Pelayan Atasan serta Rakan Pembimbing Rohani keseluruhannya di dalam Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels). Turutilah jalan Tuhan di sini. Kita boleh kongsikan renungan dan bacaan ini kepada sesiapa sahaja termasuklah untuk pertemuan setiap kumpulan atau kelompok yang sedia ada. Saya sebagai Pelayan Atasan Tertinggi memberi kebenaran untuk semua ahli (Dengan ini saya mengizinkan dan membenarkan semua bacaan renungan ini dikongsikan serta merta).

Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,

            Injil Santo Matius pada hari ini merupakan ucapan bahagia dari Yesus Kristus dan juga pemakluman mengenai rencana Kerajaan Syurga kepada rakyat (umat manusia) dan murid dalam khotbah di bukit (Matius 5 – 7). Sabda bahagia Yesus ini merupakan teladan untuk kita semua bagaimana sepatutnya kita harus hidup di dalam kesempuraan dan kebajikan seperti yang dilakukan oleh Para Orang kudus kita di Syurga, walaupun di antara mereka ini lemah dan berdosa, tetapi setia dan percaya kepada ajaran Tuhan Yesus Kristus. Itulah sebabnya mereka ini digelar sebagai Para Martir untuk Gereja Katolik kita. Kata-kata Yesus ini “berbahagialah” mengatakan bahawa orang miskin mengambil bahagian dalam kebahagiaan itu seperti yang telah dikatakan dari Yesus ini. Yang “berbahagia” juga digolongkan kepada orang yang malang dan terkutuk di antara kita semua. Sebelum kita melanjutkan renungan kita disini, marilah kita berdoa bersama Santo Matius, Rasul dan penulis Injil ini, agar kita mampu memahami pesan Yesus tentang ucapan berbahagia ini secara peribadi. Mintalah kebijaksaan dan pengetahuan dari Allah Bapa kita di Syurga.

Kerajaan Allah (Syurga) yang harus menegakkan Pemerintahan Allah yang berdaulat di tengah-tengah manusia yang akhirnya mengakui Allah sebagai Raja, mengabdi dan mencintainya itu, sudah dinubuatkan di dalam perjanjian lama. Maka Santo Matius yang menulis di tengah-tengah orang yahudi dan untuk orang-orang yahudi sangat suka memperlihatkan bahawa dalam diri Yesus serta karyaNya Kitab Suci digenapi. Dan jika dalam diri Yesus serta karya penyelamatanNya sudah digenapi, maka kita sebagai pengikutNya haruslah meneruskan kehidupan kita di dunia ini sesuai dengan ucapan bahagia Yesus ini (Matius 5: 1 – 12). Baik yang miskin ataupun yang kaya, baik yang muda mahupun yang tua, sebenarnya telah disebut berbahagia kerana layak menerima berkat Kerajaan Syurga ini. Oleh yang demikian, adalah baiknya kita bertanya pada diri kita masing-masing, adakah kita sudah digolongkan sebagai orang yang berbahagia ini? Sebagai seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus, adakah kita benar-benar mengikuti ucapan bahagia Yesus Kristus ini? Jika perlu ada baiknya jalan Tuhan ini kita bawa di dalam kehidupan kita seterusnya, agar Yesus lah yang berkarya di fikiran, perkataan dan perbuatan kita.  

Jangan terlalu mengikut kehendak kita sendiri sehingga melupakan seketika bahawa, cara dan doa kita pada hari menghalang kita semua untuk melihat kebaikan Tuhan Yesus Kristus di dalam Injil Santo Matius ini (Matius 5: 1 – 12). Jika anda terasa terbeban dan sulit untuk berdoa, ambillah masa ini untuk bersama dengan Yesus di dalam doa batin dan keheningan. Ada baiknya kita menyediakan masa ini untuk Tuhan. Adakah damai penghiburan dan kasih Allah hadir di dalam hati kita semua? Adakah kita membawa orang lain untuk merasakan kasih Allah khususnya kepada saudara dan saudari kita yang sedang berdukacita? Bermurah hatilah kepada mereka yang haus dan lapar. Hanya dengan cara yang demikian kita mampu membawa kebenaran dan penghiburan dari Tuhan. Dengan kemurahan tersebut, kita dikatakan berbahagia oleh Yesus kerana memiliki hati yang suci dan apabila masanya sudah tiba, kita akan melihat Allah pencipta kita. Bawalah damai dan kasih Yesus ini di dalam pelayanan kita. Orang lain akan mengerti bahawa kitalah anak-anak Allah. Jika panggilan hidup kita selama ini membawa kepada kesulitan dan penganiayaan, dicela dan dianiaya, difitnah segala yang jahat, maka bersukacitalah dan bergembiralah kerana Tuhan tidak akan membiarkan kita, melainkan memberikan upah yang besar di Syurga. Inilah ucapan bahagia Yesus untuk kita semua (Matius 5: 1 – 12). Saya percaya dan yakin bahawa pengalaman kehidupan kesempurnaan dan kebajikan Para Orang Kudus dan Martir kita ini berkait rapat dengan ucapan bahagia dari Yesus ini. Santo Gregorius telah mengatakan, “Tujuan kehidupan yang berkebajikan ialah menjadi serupa dengan Allah” (Santo Gregorius dari Nisa, beat 1).

Berilah masa untuk kembali membaca Injil Santo Matius ini di mana sahaja kita berada. Di dalam doa dan renungan kita setiap hari, hayatilah kembali kehidupan kesempurnaan yang terdapat di dalam ucapan bahagia ini. Para Orang Kudus kita di Syurga berusaha melaksanakan apa yang dikatakan oleh Yesus ini. Sabda bahagia ini merupakan kehidupan Yesus sendiri dan inilah pesan dari Injil Santo Matius ini. Yang miskin di hadapan Allah adalah yang miskin di dalam roh. Jika kita memiliki semangat kemiskinan di dalam roh ini, kita juga mampu mengenal pasti apakah sebenarnya bentuk dan pengaruh godaan dari duniawi ini serta menolak sebarang kemungkinan kehadiran godaan kedagingan di dalam diri kita masing-masing. Ini perlu kita ketahui agar tidak mudah terikat kepada barang-barang duniawi yang hanya bersifat sementara sahaja. Yesus Kristus sendiri memberi kita teladan kemiskinan (Lukas 2: 7, Matius 8: 20) dan mahu agar kita mencontohi jalan kerendahan hatiNya sebagai seorang pelayan yang rendah hati (Yohanes 13: 12, Matius 11: 29). Yesus juga mahu agar kita yang mengikuti jalan kesempuraan ini, mencontohi Dia yang telah menyamakan diriNya dengan orang kecil dan malang (Matius 25: 45). Yesus mahu agar kita mengerti bahawa “barangsiapa menyambut seorang anak kecil ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku” (Matius 18: 5).

Disediakan dan dikemaskini oleh:

Jonathan Fabian Ginunggil,

Penampang, Sabah Malaysia.

Monday, October 21, 2024

Pembacaan dan renungan singkat: Markus 10: 46 – 52

Pembacaan dan renungan singkat:

Markus 10: 46 – 52

Renungan singkat hanya untuk di kalangan umat Gereja Roman Katolik sahaja.

Untuk renungan yang singkat ini, saya menggunakan bahasa yang sederhana dan kampungan style punya (seperti perkongsian saya sebelum ini) agar dapat membantu kepada golongan bagi mereka yang lemah dan tidak terpelajar untuk memahani pesan Tuhan melalui firman-Nya yang kita baca, renungkan dan doakan setiap hari khususnya pada hari ini di Misa Kudus.

Saudara dan saudari yang saya kasihi dalam nama Tuhan Yesus Kristus,

            Tuhan memanggil kita dengan pelbagai cara di dalam kehidupan kita masing-masing. Panggilan dari Tuhan tersebut berkait rapat dengan keputusan yang kita pilih atas kehendak dan kebebasan pilihan kita. Jika sebelum ini kita masih keliru apa tujuan sebenarnya kita hidup di dunia ini, marilah kita kembali kepada Injil Santo Markus pada hari ini. Belajarlah untuk merendahkan diri di hadapan Tuhan kerana kita semua tidak tahu bila masanya kita akan kembali ke Syurga. Berharaplah kepada Tuhan. Kita semua mulai lemah dan jatuh berdosa apabila penderitaan muncul di tengah-tengah kita. Ikutilah jalan Tuhan ini kerana dengan kesungguhan untuk bersaksi, Tuhan akan menyertai kita walaupun terpaksa berhadapan bermacam-macam rintangan hidup seperti yang di alami oleh Nabi Yeremia. Sebelum kita lanjutkan renungan disini, saya mengajak anda semua untuk berdoa agar pesan Santo Markus, Rasul dan pengarang Injil Tuhan ini, kita semua memperolehi kebijaksaan dan pengetahuan dari kasih Allah.

            Tuhan Yesus Kristus memanggil Bartimeus anak Timeus dengan cara mendengarkan permintaan orang lain (Markus 10: 49). Apa yang terjadi di antara mereka berdua adalah pertanyaan Yesus Kristus kepada seorang pengemis buta ini iaitu Bartimeus anak Timeus, “Apa yang kau kehendaki supaya Aku perbuat bagimu?” (Markus 10: 51). Bartimeus anak Timeus ini hanya mahu melihat kembali ketika didengarnya bahawa itu adalah Yesus orang Nazareth. Dan dia hanya tahu mengatakan, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” (Markus 10: 47). Melalui relasi hubungan kasih ini di antara Yesus dan Bartimeus, kita boleh mengimani bahawa cara Yesus untuk masuk ke dalam kehidupan kita semua adalah melalui doa kita setiap hari. Inilah tujuan kita datang ke Misa Kudus setiap hari untuk merayakan perayaan Ekaristi di tempat kita masing-masing.

            Di dalam Injil Santo Markus ini, Yesus berbelaskasihan kepada permintaan Bartimeus. Yesus menyembuhkan Bartimeus bukan hanya kerana imannya untuk memperolehi kesembuhan matanya, tetapi menyembuhkan dia secara rohani. Ini kita boleh renungkan kembali bagaimana Bartimeus mengikuti Yesus serta merta setelah memperolehi kesembuhan matanya (Markus 10: 52). Pengalaman rohani Bartimeus ini merupakan peringatan untuk kita semua bahawa kesembuhan Tuhan Yesus Kristus ini dapat kita perolehi hanya dengan berharap akan belaskasihan dan pengampunan dari Allah Bapa. Jika sebelum ini Bartimeus hanya mendengarkan orang lain tentang Yesus, Anak Daud, kini setelah mendengarkan suara Tuhan Yesus Kristus, dia akhirnya percaya bahawa kuasa penyembuhan Yesus ini adalah keinginannya untuk bertemu dan berjumpa dengan Yesus secara peribadi.

            Di dalam perayaan Ekaristi ini, marilah kita mendengarkan Tuhan melalui FirmanNya. Apapun yang kita minta di dalam doa, mintalah untuk kebaikan kehidupan kita seperti apa yang di alami oleh Bartimeus ini. Dia hanya mahu kesembuhan matanya agar dapat melihat kembali. Kita boleh mulakan dengar berdoa dan kemudian belajar untuk mendengarkan suara Tuhan. Di dalam doa keheningan, Allah hadir dalam kuasa Roh KudusNya. Masuklah di dalam keheningan dan rasakan bagaimana Tuhan mahu berbicara kepada kita di dalam doa hati kita. Jangan disebabkan mendengarkan orang lain kita mulai malas untuk berdoa dan kemudian meninggalkan iman katolik kita. Inilah Injil Santo Markus yang menceritakan tentang hubungan mereka berdua. Hubungan relasi ini merupakan bentuk suatu doa batin untuk mendengarkan Tuhan. Jika kita bersungguh-sungguh mahu datang dan berjumpa dengan Tuhan Yesus Kristus, ambilah masa setiap hari untuk datang ke gereja katolik untuk mendengar Firman Allah dan merayakan perayaan Ekaristi. Tetaplah bersandar kepada kekuatan Tuhan yang pasti menolong. Hanya yang perlu kita lakukan adalah jangan mudah berputus asa di saat kita mengalami pencobaan dan gangguan dari luar yang cuba menghalang kita untuk datang dan berjumpa dengan Tuhan Yesus Kristus (Markus 10: 48). Hubungan relasi inilah yang kita rayakan melalui Sakramen-sakramen gereja katolik kita. Hubungan relasi ini adalah bentuk doa di antara manusia dengan Allah Bapa di Syurga.

            Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kasih karuniaNya. Jangan kita khawtir jika kita masih lemah di dalam soal kerohanian. Ikutilah Yesus Kristus apa yang Dia telah lakukan untuk kita semua. Kesalehan pada diri kita masing-masing mengungkapkan rasa hormat dan ketaatan kepada Tuhan kita. Ini mencerminkan sikap kita di dalam doa dan kesungguhan untuk menjalankan sikap keagamaan yang mendalam. Janganlah kita tersilap dan mulai keliru di sini mengenai Yesus berdoa. Ingatlah bahawa Yesus juga adalah manusia biasa seperti kita. Doa Yesus tidak dikabulkan sedemikian rupa untuk diselamatkan daripada kematian. Tetapi Yesus telah diselamatkan dari kuasa maut (Kisah Para Rasul 2:24) sehingga kematian-Nya oleh Allah diubah menjadi suatu kemuliaan yang mulia (Ibrani 5:1-6).

Contohilah bagaimana Nabi Yeremia mendengarkan Tuhan di dalam kehidupannya. Ciri-ciri yang ada pada diri dia adalah berjiwa halus dan hatinya penuh dengan kasih. Tetapi dia tetap taat untuk mendengarkan Tuhan agar pesan perjanjian baru untuk umat Allah dapat disampaikan dengan segera. Yeremia dipanggil dan diutus oleh Tuhan “untuk mencabut dan merobohkan, untuk membinasakan dan meruntuhkan” (Yeremia 1: 10). Dia juga taat kepada Tuhan untuk menubuatkan tentang kelaliman (Yeremia 20: 9). Disebabkan hanya untuk mendengarkan dan memilih untuk mengikuti jalan Tuhan, dia terpaksa berhadapan dan selalu harus melawan saudara-saudara sebangsanya, raja-raja, para imam, para nabi palsu serta seluruh bangsa. Tugas yang dia terima dari Allah ini menusuk hatinya. Tetapi yang perlu kita ketahui disini adalah pengalaman penderitaan yang dia alami memurnikan hati dia dan membuka jiwanya bagi pergaulan mesra dengan Allah. Pengalaman rohani seperti ini dapat kita mengerti  bahawa Tuhan sebenarnnya sentiasa hadir di dalam setiap aspek kehidupan kita semua, tidak kira tua dan muda di zaman kita dan pada masa kini (Yeremia 31: 7 – 9).

            Sebagai renungan kita yang seterusnya, teruskan berdoa dan merenungkan segala peristiwa dan kejadian yang telah tertulis di dalam Alkitab Katolik kita. Semakin kita bersatu dengan Tuhan, semakin jelas rencana dan kehendaknya di dalam kehidupan kita masing-masing. Semoga di dalam perayaan Ekaristi ini, kita bersama dengan seluruh umat Allah, dan bersama dengan paderi katolik kita, mempersembahkan doa syukur kita kepada Allah Bapa, untuk memohon pengampunan dan belaskasihan dari Tuhan, agar Ekaristi yang kita rayakan setiap hari menyelamatkan dan menyembuhkan, menyucikan dan menguduskan, dan seterusnya menghantar kita ke hidup yang kekal. Dalam kesempatan ini kita juga berdoa untuk panggilan hidup kita masing-masing. Semoga panggilan dari Tuhan seperti Nabi Yeremia ini, dan kesembuhan Bartimeus menguatkan lagi iman katolik kita untuk terus bersaksi dan mewartakan khabar gembira dari Tuhan agar pesanNya sampai di seluruh dunia. Tuhan memberkati kita semua.

Disediakan dan kemaskini oleh:

Jonathan Fabian Ginunggil,

Penampang, Sabah Malaysia.

Sunday, October 20, 2024

BAHAN RENUNGAN UNTUK SEMUA AHLI YESUS, MARIA, YUSUF PELAYANAN KASIH (BLESSED AND SAINTS AND THE NINE CHOIRS OF ANGELS)

BAHAN RENUNGAN UNTUK SEMUA AHLI YESUS, MARIA, YUSUF PELAYANAN KASIH 

(BLESSED AND SAINTS AND THE NINE CHOIRS OF ANGELS).


Sebagai seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus, saya yakin bahawa setiap kita perlukan bimbingan dalam bentuk renungan, meditasi, refleksi, kerohanian dan yang berkaitan dengan bentuk cara hidup kita yang sesuai dengan panggilan hidup kita masing-masing. Bahan renungan ini disediakan untuk membantu kita semua tidak kira apa pun usia kita. Ambillah masa untuk membaca bahan renungan ini agar setiap kita dapat memahami siapakah kita ini di hadirat Allah Bapa dan sesama kita. Jika ada di antara kita sudah memiliki kumpulan atau kelompok masing-masing, anda semua dibenarkan untuk berkumpul, berbincang dan mengkongsikan pengalaman anda masing-masing. Tetaplah rendah hati dan turutilah cara hidup dan panggilan Tuhan ini.


Tiga tahap menuju kepada kekudusan dan kesucian orang beriman dalam nama Tuhan Yesus Kristus.


1) Panggilan hidup kita sebagai manusia; sebenarnya sebelum kita dapat menghayati kehidupan sebagai seorang katolik.

2) Panggilan hidup sebagai seorang katolik; sehinggalah kita berakar dan bertahan akan Firman Allah yang hidup menuju kepada kekudusan dan kesucian untuk hidup sebagai anak-anak Tuhan.

3) Panggilan hidup sebagai orang Kudus di Syurga; kehidupan Blessed and Saints.


Semoga semua ahli Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih (Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels) yang saya kasihi dalam Kristus mendapat manfaat daripada bahan renungan yang ringkas ini. (Yohanes 15: 7, 16). Bacaan lengkap: Yohanes 15: 1-17).


1). Berapa lamakah anda berdoa dalam sehari, 10 minit, 30 minit, 1 jam atau sebaliknya? Adakah anda berdoa setiap hari? Adakah selama ini anda bersama Tuhan setiap hari?


2). Pernahkah saya berdoa di tempat yang tidak dilihat oleh orang lain?


3). Adakah hidup doa saya dalam kekeringan, sukacita dan damai? Adakah saya mengalami kesulitan di dalam doa?.


4). Adakah hidup doa saya membawa berkat bagi orang lain, keluarga saya, kawan-kawan saya, mengubah hidup saya sendiri, membawa saya lebih dekat dengan Tuhan Allah dan sesama?


5). Adakah pada saat saya marah, sedih, kecewa, ditolak orang, dihina yang bukan-bukan, difitnah, tidak diberi kasih sayang dalam keluarga, tidak dihargai, dibenci, dipulaukan oleh sesama saya berdoa kepada Tuhan pada saat itu?


6). Bagaimana hubungan saya secara peribadi dengan Allah Bapa dan kasih-Nya?


7). Adakah saya mempunyai pengertian yang jelas tentang Allah sebagai Bapa yang penuh kasih?


8). Adakah saya benar-benar memandang Allah Bapa sebagai pengasih dan penyayang?


9). Adakah hidup doa saya mengubah cara hidup saya yang lama, hati saya pemikiran saya terhadap Tuhan dan sesama dan apakah yang telah mengubah dan memperbaharui dalam diri saya selama ini?


10). Adakah hidup doa saya membuat saya semakin rendah hati?


11). Adakah hidup doa saya menyembuhkan tubuh, fikiran, jiwa dan roh khasnya di dalam perayaan Ekaristi?


12). Adakah hidup doa saya menyembuhkan luka-luka batin saya, kerohanian saya dan rasa takut saya selama ini?


13). Adakah saya selama ini berusaha untuk menerima kasih Allah Bapa dan merenungkannya?


14). Kenapa saya perlu berdoa kepada Tuhan? Adakah saya berdoa hanya sebagai suatu kewajiban sebagai seorang Kristian Katolik?


15). Pernahkah saya mengalami kasih Allah Bapa yang menyembuhkan dan menyelamatkan?


16). Siapakah/bagaimanakah saya ini dihadapan Tuhan dan sesama?


17). Adakah saya pernah menghayati dan merenungkan kesengsaraan Tuhan Yesus Kristus di dalam hidup saya selama ini?


18). Bagaimana pertobatan yang telah saya lakukan? Adakah sepanjang pertobatan saya melibatkan puasa dan doa saya?


19). Pernahkah selama ini saya merenungkan Hukum Tuhan?


20). Adakah saya berdoa rosary setiap hari dan meneladani hidup Bonda Maria, para Orang Kudus, Santo dan Santa yang ada di Syurga?


21). Apakah makna kesengsaraan Tuhan Yesus Kristus bagi saya secara peribadi?


22). Adakah saya mengalami Allah Tritunggal di dalam hidup saya selama ini?


23). Bagaimana kasih saya terhadap Tuhan dan sesama? Adakah saya melakukannya dengan penuh iman, harapan dan kasih? 


24). Adakah saya selama ini berdoa dalam hati, membaca Alkitab dan bermeditasi?


25). Adakah anda memiliki kelompok sharing? Adakah anda berdoa bersama satu, dua, tiga, empat orang lebih setiap hari dan pada hujung minggu?


LECTIO DIVINA.


Pendahuluan.


1) Sebelum kita memulakan dan memahami apakah itu Lectio Divina menurut ajaran Tradisi Suci dan Gereja Katolik kita, marilah kita melihat kembali secara teliti ajaran Gereja kita serta pemahaman yang tertulis disini agar hati dan fikiran kita di bimbing oleh Roh Kudus. Ini amat penting kerana tanpa bantuan dan bimbingan dari Roh Kudus kita semua boleh tersesat dan keliru untuk berdoa khususnya untuk melakukan dan mempraktikkan Lectio Divina ini di dalam kehidupan seharian kita.


2) Secara umumnya prinsip-prinsip Lectio Divina diungkapkan sekitar tahun 220, yang kemudian dipraktekkan oleh para biarawan Katolik, terutama pada masa monastik dari Santo Pachomius, Agustinus, Basil, dan Benedict. Paus Benediktus XVI dalam khotbahnya pada tahun 2005 menyatakan, "Saya secara khusus ingin mengingatkan kembali dan merekomendasikan tradisi kuno lectio divina: membaca Kitab Suci dengan tekun dan disertai dengan doa yang menghasilkan dialog yang intim di mana pembaca akan mendengar Allah yang sedang berbicara, dan dalam doa, menanggapi Dia dengan hati yang terbuka dan penuh kepercayaan."


3) Lectio Divina ( bahasa Latin untuk "Bacaan Ilahi") ialah amalan monastik tradisional membaca kitab suci, meditasi dan doa yang bertujuan untuk menggalakkan perhubungan dengan Tuhan dan untuk meningkatkan pengetahuan tentang Tuhan. Ini merupakan sebuah cara untuk berdoa dengan Kitab Suci yang memanggil orang untuk mempelajari, menyelami, mendengarkan, dan akhirnya berdoa dari Sabda Tuhan. Istilah Lectio Divina berasal dari Origenes. Menurut asal usulnya Lectio Divina adalah pembacaan Kitab Suci oleh orang-orang Kristiani untuk memupuk iman, harapan dan kasih. Lectio Divina sudah setua Gereja yang hidup dari Sabda Allah dan tergantung daripadanya seperti air dari sumber (Dei Verbum 7,10,21).


4) Akar pemikiran dan tafsiran kitab suci kembali ke Origen pada abad ke-3, selepas itu Ambrose mengajarnya kepada Augustine dari Hippo. Amalan monastik Lectio Divina pertama kali ditubuhkan pada abad ke-6 oleh Benedict of Nursia dan kemudiannya diformalkan sebagai proses empat langkah oleh Carthusian Guigo II semasa abad ke-12. Pada abad ke-20, perlembagaan Dei verbum Majlis Vatikan Kedua mengesyorkan Lectio Divina Kepada masyarakat umum dan kepentingannya telah disahkan oleh Pope Benedict XVI pada permulaan abad ke-21.


5) Sebelum permulaan komuniti monastik Barat sumbangan utama kepada asas Lectio Divina datang dari Origen pada abad ke-3, dengan pandangannya tentang "Kitab Suci sebagai sakramen". Dalam surat kepada Gregory dari Neocaesarea Origen menulis: "[Apabila anda mengabdikan diri kepada bacaan ilahi... carilah makna kata-kata ilahi yang tersembunyi daripada kebanyakan orang". Origen percaya bahawa The Word (iaitu Logos) telah menjelma dalam Kitab Suci dan oleh itu boleh menyentuh dan mengajar pembaca dan pendengar. Origen mengajar bahawa pembacaan Kitab Suci boleh membantu bergerak melampaui pemikiran asas dan menemui kebijaksanaan yang lebih tinggi yang tersembunyi dalam "Firman Tuhan".


6) Gereja Katolik kita dan dengan sikap iman mendalam sungguh menghormati Kitab Suci. Dalam konstitusi dogmatik tentang Wahyu Ilahi: DEI VERBUM, Konsili Vatikan II memberi ulasan yang menegaskan, demikian: “Kitab Ilahi seperti Tubuh Tuhan sendiri selalu dihormati oleh Gereja, yang - terutama dalam Liturgi suci- tiada hentinya menyambut roti kehidupan dari meja sabda Allah maupun Tubuh Kristus, dan menyajikannya kepada Umat beriman. Kitab-kitab itu bersama dengan tradisi suci selalu telah dipandang dan tetap dipandang sebagai norma imannya yang tertinggi. Sebab kitab-kitab itu diilhami oleh Allah dan sekali untuk selamanya telah dituliskan, serta tanpa perubahan manapun menyampaikan sabda Allah sendiri, lagi pula memperdengarkan suara Roh Kudus dalam sabda para Nabi dan para Rasul. Jadi semua pewartaan dalam Gereja seperti juga  agama Kristiani sendiri harus dipupuk dan diatur oleh Kitab Suci. Sebab dalam kitab-kitab suci Bapa yang ada di surga penuh cintakasih menjumpai para putera-Nya, dan berwawancara dengan mereka. Sedemikian besarlah daya dan kekuatan sabda Allah, sehingga bagi Gereja merupakan tumpuan serta keuatan, dan bagi putera-puteri Gereja menjadi kekuatan iman, santapan jiwa, sumber jernih dan kekal hidup rohani.” (DV 21).


7) Kerana alasan-asalan mulia inilah maka Konsili Vatikan II mendesak dengan sangat dan istimewa supaya semua orang beriman, terutama para religius,  dengan  seringkali membaca kitab-kitab ilahi memperoleh “pengertian yang mulia akan Yesus Kristus” (Flp 3:8).


Kitab Suci: Warisan Iman Kita.


Untuk mewahyukan Diri-Nya kepada kita dengan lebih penuh dan lebih lengkap, maka Allah bersabda kepada manusia dengan memakai kata-kata manusia di dalam Kitab Suci.(lih. DV 13). Gereja selalu menghormati Kitab Suci sebagai Sabda Allah, di dalam Kitab Suci Gereja menemukan santapan, kekuatan, dan dukungan. Gereja mengajarkan bahwa Allah adalah pengarang  Kitab Suci. Dan inilah yang diartikan juga sebagai inspirasi biblis (alkitabiah). Allah menggunakan alat-alat manusiawi untuk melaksanakan maksud-Nya, namun manusia-manusia yang menjadi alat tadi hanyalah menulis apa yang dikehendaki Allah dan hanya yang dikehendaki-Nya.


“Dalam mengarang kitab-kitab suci itu Allah memilih orang-orang yang digunakan-Nya, yang sementara mereka memakai kemampuan dan kecakapan mereka sendiri, mereka bertindak sedemikian rupa sehingga, meskipun Dia berkarya di dalam mereka dan lewat mereka, sebagai pengarang yang sungguh-sungguh mereka hanya menulis apa yang dikehendaki-Nya, dan tidak lebih dari itu” (Konstitusi Dogmatis tentang Wahyu Ilahi, DEI VERBUM  No 11).


8) Manusia-manusia penulis Kitab Suci itu adalah orang-orang yang berasal dari zamannya masing-masing dengan ketidakmampuannya untuk menangkap keseluruhan wahyu Allah. Namun, Allah membimbing mereka sejauh mereka mampu menerima wahyu Ilahi itu. Kitab Suci sangatlah penting bagi Gereja, tapi Gereja Katolik bukanlah Gereja “yang hanya mempunyai satu sumber”. Seperti telah kita lihat sebelumnya, Gereja Katolik memperhatikan dua sumber kebenaran suci, Kitab Suci dan Tradisi. Kesalahpahaman mengenai pandangan Gereja ini selama bertahun-tahun telah menimbulkan dakwaan bahwa Gereja tidak menerima kitab-kitab Suci, atau tidak menghormati kitab-kitab suci, atau tidak memperbolehkan anggota-anggota Gereja membaca kitab-kitab suci.


9) Hal yang sebenarnya tidaklah demikian. Gereja merupakan penjaga dari kitab-kitab Suci. Apalagi – dibimbing oleh Tradisi Suci yang sampai ke zaman para Rasul sendiri – Gereja membeza-bez7akan tulisan-tulisan manakah yang harus dimasukkan ke dalam daftar Kitab Suci. Di samping itu, Gereja telah berusaha untuk menafsirkan Kitab Suci sejak dari masa awal. Menafsirkan Kitab Suci merupakan suatu ilmu yang berat dan sulit. Untuk memahami pesan dari pengarang, orang yang membacanya harus mengerti latar belakang dari penulis, gaya atau corak tulisannya, saat penulisan dan latar belakang budaya dari kitab tersebut, demikian juga lika-liku dari bahasa aslinya atau bahasa-bahasa yang digunakan. Usaha untuk memahami Kitab Suci dipersulit lagi dengan adanya macam-macam erti atau pemahaman yang dapat disimpulkan dari Kitab Suci.


10). Ada erti harfiah dan erti rohaniah. Erti rohaniah masih dapat dibagi-bagi, secara kiasan atau alegoris, secara moral dan secara analogis. Erti harfiah adalah makna yang disampaikan oleh kata-kata Kitab Suci dan ditemukan oleh ilmu tafsir Kitab Suci, atau “menyimpulkan maknanya” melalui suatu analisa bahasa atau analisa sejarah terhadap suatu naskah. Erti kiasan mengajak kita untuk melihat erti peristiwa-peristiwa dengan mengakui bahwa maknanya kerap kali terselubung dalam Kristus. Erti moral mengajak kita untuk bertindak sesuai dengan keadilan dan kebenaran yang ditemukan dalam Sabda Allah. Erti analogis mengajak kita untuk melihat peristiwa-peristiwa berdasarkan nilainya di dalam menuntun kita menuju ke Surga, tanah air kita yang sesungguhnya.


11) Gereja menghormati 45 kitab Perjanjian Lama sebagai kisah dari Allah dalam menyiapkan dunia untuk kedatangan Kristus. Kitab-kitab tadi berisikan kebenaran-kebenaran yang sangat berharga mengenai Allah, kehidupan manusia, dan misteri keselamatan kita yang abadi. Gereja menganggap keempat Injil Perjanjian Baru sebagai kisah tentang kehidupan Yesus dan permulaan Gereja. Kisah tadi diperluas dan dikembangkan dalam Kisah Para Rasul dan dalam Surat-surat dan tulisan-tulisan yang secara keseluruhan merupakan 27 Kitab Perjanjian Baru. Kedua perjanjian, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, merupakan satu kesatuan. Merupakan satu kesatuan sebab rencana Allah hanyalah satu. Kedua Perjanjian tadi merupakan satu kesatuan karena pewahyuan Allah mengenai Diri-Nya sendiri dan Putera-Nya adalah satu. Dengan demikian kisah dalam Kitab Suci merupakan suatu kesatuan yang utuh. Perjanjian Lama merupakan masa persiapan; Perjanjian Baru merupakan masa pemenuhan. Pemahaman terhadap kedua Perjanjian tadi akan menyebabkan kita dapat memahami dengan lebih baik seluruh sejarah keselamatan.


12) Kitab Suci sangat besar peranannya dalam pembinaan berkelanjutan bagi kehidupan iman Gereja. Kitab Suci merupakan sumber inspirasi yang besar dalam memberikan pengajaran dan penghiburan bagi umat Kristiani. (bdk. 2Tim 3:16; lih juga 2 Ptr 1:20-21). Kitab Suci merupakan bagian dalam ibadat atau liturgi. Kitab Suci meresapi seluruh penerimaan sakramen-sakramen kita. Kitab Suci merupakan inti dari doa resmi Gereja, Ibadat Harian. Kitab Suci juga merupakan dasar bagi sebagian besar kehidupan doa dan devosi dalam Gereja zaman sekarang ini. Kata-kata dari Santo Hieronimus pada abad keempat mengenai Kitab Suci masih sangat cocok untuk zaman kita sekarang ini: “Tidak mengenal Kitab Suci berarti tidak mengenal Kristus” (lih. DV 25). Bahkan sejak Origenes (185-234) sampai Paus Benediktus XV (1854-1922) dan sesudah itu, orang-orang beriman telah melihat dan yakin bahwa seluruh Kitab Suci terpusat pada Kristus dan mempunyai maknanya dalam Dia.


13) Allah mewahyukan Diri-Nya kepada kita dengan macam-macam cara. Pewahyuan  Diri-Nya merupakan suatu panggilan bagi kita. Panggilan tadi merupakan panggilan kasih. Panggilan-Nya mengharapkan dari kita masing-masing suatu jawaban pribadi, yaitu jawaban iman. Dengan iman kita memberikan diri kita seutuhnya kepada Allah dan dengan fikiran dan kehendak kita, kita menerima pewahyuan Allah. Penerimaan tadi disebut “ketaatan iman”. Menerima Sabda Allah semata-mata karena Allah, yang adalah Kebenaran itu sendiri, merupakan jaminan dari keasliannya. Kitab Suci menyajikan kepada kita sederetan saksi-saksi iman, mulai dari Abraham, bapa rohani kita di dalam iman, sampai kepada Maria, seorang pribadi yang dengan sangat sempurna mencapai “ketaatan iman”. Kesaksian mengenai jawaban mereka terhadap panggilan iman merupakan suatu contoh dan ilham bagi kita masing-masing dalam kita memberi jawaban secara peribadi.


14) Demikianlah kita menyadari bahwa iman merupakan suatu penyerahan yang bebas kepada Allah dan juga suatu pengakuan yang bebas terhadap seluruh kebenaran yang telah diwahyukan Allah. Penyerahan dan penerimaan tadi mencakup segala sesuatu “yang termuat dalam Sabda Allah, yang tertulis atau disampaikan, dan disarankan untuk dipercayai oleh Gereja sebagai sesuatu yang telah diwahyukan secara ilahi” (Dei Filius, No 3). Kitab Suci adalah sumber inspirasi yang besar bagi hidup manusia beriman. Kitab Suci merupakan juga sumber pertama dalam berteologi. Maka, akrab dengan Kitab Suci, rajin membacanya, sehingga makin mengerti isinya dan memperoleh pengertian yang mulia akan Yesus, merupakan hal yang sangat penting bagi pertumbuhan kehidupan spiritual kita. Di zaman yang modern ini, instruksi dari Komisi Kitab Suci Kepausan, yang direstui oleh Paus Pius XII, menganjurkan metode Lectio Divina ini kepada semua imam, sekulir dan religius (De Scriptura Sacra,  1950: EB 592). Tujuan yang mahu dicapai dari metode Lectio Divina adalah menciptakan dan mengembangkan “kasih yang berdaya guna dan terus-menerus” kepada Kitab Suci, yang merupakan sumber kehidupan batin dan buah dari kerasulan (EB 591 dan 567), dan juga untuk memajukan pemahaman yang lebih baik tentang liturgi dan menjamin bahwa Alkitab mendapatkan tempat yang semakin penting baik dalam studi teologi mahupun dalam doa.


Apakah itu Lectio Divina? Lectio Divina berasal dari perkataan Latin yang bermaksud:


1) Lectio: Bacaan.


2) Divina: Divine (Ilahi) atau dengan kata lain bacaan ilahi. 


Lectio divina ada empat tahap: 


1) Lectio (Bacaan).


2) Meditatio (Meditasi).


3) Oratio (Doa). 


4) Contemplatio (Kontemplasi). 


Lectio Divina bukanlah kaedah doa tetapi ia adalah kaedah meditasi ke atas Sabda Tuhan. Setiap tahap Lectio Divina mempunyai kepentingan dan arah tuju. Lectio Divina adalah proses dimana setiap yang melakukannya mengalami pengalaman yang mendalam akan Kasih Allah secara peribadi yang mana di ikuti oleh haluan yang sama. Ini melibatkan: fikiran, hati dan roh.


Fikiran: kita memusatkan akal fikiran kita kepada Sabda Tuhan.


Hati: kita membenarkan Sabda Tuhan menyentuh hati kita secara mendalam.


Roh: kita di segarkan kembali akan ertinya Sabda Tuhan yang sebenarnya di dalam kehidupan kita secara peribadi. 


1. Lectio: 


Dalam tahap ini, ia di namakan “membaca”atau “mendengar” kepada Sabda Tuhan. Disini, kita dibiasakan oleh ilham Roh Kudus. Dalam tahap ini, Sabda Tuhan dibacakan dengan secara perlahan dan membenarkan Sabda tersebut didengar secara dalaman ataupun luaran. Ia adalah proses hubungan perkembangan cintakasih manusia yang amat mendalam akan kehadiran Allah dalam peribadi Yesus Kristus. Bila ini berlaku, kita merindukan akan Allah dan Kasih-Nya.    

    

2. Meditatio (meditasi): 


Kita merenung dan mengambarkan apa yang kita baca /meditasikan terhadap Sabda tersebut. Sabda tersebut kita “kunyah” atau “telan” sehingga Sabda tersebut  menghasilkan rasa.  Inilah masanya kita mengalami akan Allah, menerima Allah di dalam kehidupan kita secara peribadi dan membuka diri kita terhadap Allah dengan penuh kepercayaan dan keyakinan. Ia mendorong kita untuk mempelajari dan menyedari siapakah Allah itu bagi kita serta apakah Allah mahu dari kita secara peribadi (Mark 10: 45).


3. Oratio (Doa): 


Oratio adalah doa hati kerana ia adalah permulaan yang mendorong kita ke arah pengalaman doa oleh Tuhan itu sendiri. Ia adalah pengalaman dorongan secara spontan yang lahir dari hati kita. Disinilah hati kita terbuka akan dan oleh Tuhan itu sendiri agar terang-Nya masuk di dalam kehidupan kita. Ini kerana Allah mencintai kita tanpa batasan dan membawa kita keluar dari ilusi kita. Apakah halangan tersebut; (Galatia 5: 16 – 21) yang mana menghalang kita untuk menerima rahmat-Nya. 

Dan jika ini dilakukan dengan penuh kesabaran, kita akan mengalami kerinduan akan kasih persekutuan iaitu; keinginan untuk memberi secara penuh dan penerimaan secara penuh akan sesama dan terhadap Tuhan (Galatia 5: 22 – 26; Efesus 4: 2 – 6; 1 Kor 13: 4 – 7).   

  

4. Contemplatio ( kontemplasi ): 

Contemplatio adalah masa yang benar- benar kita mengalami akan ketenangan dengan Allah dan di dalam-Nya. Kita di dorong untuk belajar untuk “hening/diam” iaitu satu jalan yang baru ( bukan untuk melakukan tetapi hanya untuk di perlakukan ) dimana segala fikiran dan konsep, imaginasi, rasa dan perasaan ditinggalkan untuk iman yang tidak dapat di rasa dan di lihat. Bila ini berlaku, kita akan masuk ke dalam yang tidak diketahui, melepaskan segala sesuatu yang selama ini kita anggap sebagai milik kita. Ia bukan sahaja penerimaan akan jemputan Tuhan tetapi untuk menerima dan mempercayakan diri kita akan kasih–Nya. Disinilah rahmat dan kasih Yesus Kristus hadir di dalam kehidupan kita. Mengenali akan  ke-berada-an kita bererti mengetahui bahawa  kita ini di cintai oleh Tuhan itu sendiri. 

St. Pio de Pietrelcina telah mengatakan: (Priest Stigmatic 1887- 1968) 

“Ketika saya mulai berdoa, saya merasa hatiku seperti diserang nyala api cinta yang hidup. Nyala api ini berbeza dengan nyala api di dunia yang malang ini. Nyala itu begitu lembut dan halus menyengat namun tidak menimbulkan sedikit pun rasa sakit. Ia sangat manis dan menyenangkan sehingga jiwa merasa sangat berbahagia dan sentiasa dipuaskan-Nya sehingga tidak ingin kehilangan”. Pengalaman seperti ini mendorong kita untuk keluar dari kegelapan kepada terang Kristus.  

St. Louis de Montfort mengatakan: “Kita harus berdoa dengan penuh perhatian kerana Allah lebih mendengarkan ungkapan hati daripada ucapan bibir”.


     We read………( Lectio)

     Under the eye of God……(Meditatio)

     Until the heart is touched………(Oratio)

     And leaps to flame……(Contemplatio) 


Bermaksud, hati kita diubah, dibentuk dan diperbaharui oleh Tuhan melalui Sabda-Nya.


Kesimpulan untuk Lectio Divina.


Cara melakukannya.


Ambillah masa yang sesuai dan tempat yang tiada gangguan. Sebaliknya dimulakan dengan doa.

Petikan yang dipilih haruslah di baca dengan tenang dan bukan dengan cara yang tergesa-gesa. 

Kesedaran amat penting apabila melakukan Lectio Divina ini kerana, “segala tulisan yang di ilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran” (2 Tim 3: 16).


Bagaimana caranya memulai Lectio Divina.


Kerana maksud dari Lectio Divina adalah untuk menerapkan Sabda Allah dalam kehidupan kita dan dengan demikian hidup kita diubah dan dipimpin olehnya, maka langkah-langkah Lectio Divina adalah sebagai berikut:


1) Ambillah sikap doa terlebih dahulu dan bawalah diri kita dalam hadirat Allah. Resapkanlah kehadiran Tuhan di dalam hati kita. Mohonlah agar Tuhan sendiri memimpin dan mengubah hidup kita melalui bacaan Kitab Suci hari itu dan Roh KudusNya.


2) Mohonlah kepada Roh Kudus untuk membantu kita memahami perikop serta bacaan yang telah dipilih itu dengan pengertian yang benar.


3) Bacalah perikop Kitab Suci tersebut secara perlahan dan dengan seksama, jika mungkin ulangi lagi sampai beberapa kali.


4) Renungkan untuk beberapa menit, akan satu kata atau ayat atau hal-hal yang disampaikan dalam perikop serta bacaan yang telah dipilih tersebut dan tanyakanlah kepada diri kita sendiri, “Apakah yang diajarkan oleh Allah melalui perikop ini kepada saya?”


5) Tutuplah doa dengan satu atau lebih resolusi/keputusan praktis yang akan kita lakukan dengan menerapkan asas ajaran yang disampaikan dalam perikop serta bacaan yang telah dipilih tersebut di dalam hidup dan keadaan kita sekarang ini.


6) Akhir sekali, bertekunlah di dalam doa dan renungankan Sabda Tuhan setiap hari. Jangan mengalah dan berputus asa. Jangan sesekali jatuh ke dalam godaan iblis yang mahu menjauhkan kita dari kasih Allah. Sering kali kita mudah mengalah kerana kesibukan kerja yang kita lakukan setiap hari serta keadaan diri kita yang letih dan penat serta mengantuk. Tetapi jika kita percaya akan pertolongan dan bantuan dari Tuhan kita juga mampu melakukannya kerana bersandar dan berharap kepada kuasa Tuhan yang pasti menolong. Ambilah dan pilihlah masa kita sendiri dan yang bersesuaian dengan cara hidup kita pada masa kini. Selamat mencuba dan Tuhan memberkati kita semua.


Peranan Lectio Divina.

 

1) Lectio Divina bukanlah suatu kaedah doa tetapi ia adalah suatu proses yang berterusan dimana memerlukan masa di antara Allah dan manusia itu sendiri. Dengan kata lain, kontemplasi ada di dalam Lectio itu sendiri.


2) Lectio Divina bukanlah kaedah untuk mencapai kekudusan secara automatik tetapi ia adalah secara spontan dan penyatuan dalam penyesuaian menuju secara berperingkat akan alam kontemplasi.


3) Lectio Divina adalah pengalaman manusia dalam perkembangan hubungan peribadi yang mendalam akan Kasih Allah dalam menuju kesatuan rohani akan kehadiran-Nya yang adalah misteri.  


4) Penutup. 


St. Teresa of the Child Jesus (1873 – 1897):

“Terutama Injil sangat mengesahkan bagi saya sewaktu saya melakukan doa batin; di dalamnya saya menemukan segala sesuatu yang dibutuhkan/di perlukan oleh jiwa saya yang lemah ini. Di dalamnya saya selalu menemukan pandangan baru, dan makna yang tersembunyi dan penuh rahsia” (ms auto. A 83v).

Dengan kata lain, Lectio Divina dilakukan secara peribadi.

Disediakan dan dikemaskini oleh:

Jonathan Fabian Ginunggil,

Penampang, Sabah Malaysia.

Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Bab 20

  Kitab Suci Katolik Perjanjian Lama (Kejadian) Abraham dan Abimelekh Bab 20 Kej 20:1 Lalu Abraham berangkat dari situ ke Tanah Negeb dan ia...