Popular Posts

Thursday, July 3, 2025

Tuhan hadir dan berkarya dalam setiap peristiwa dan kehidupan kita / Huminodun dan Unduk Ngadau / Pesta Kaamatan Sabah

Tuhan hadir dan berkarya dalam setiap peristiwa dan kehidupan kita.

    Setiap tahun seluruh kaum kadazan dusun dan juga di Sabah ini akan mengadakan Pesta Kaamatan mengikut tempat masing-masing. Sesuai dengan tema dan fokus yang diadakan, sudah tentu pelbagai aktiviti dan acara diadakan. Dan saya ingin memberikan penjelasan secara singkat disini tentang nama-nama gong mengikut dialek Kadazan Penampang ataupun dalam bahasa kampungan yang selalu kita gunakan setiap hari. Inilah keunikan bahasa kampungan tempatan Penampang Sabah yang mencerminkan identiti dan budaya masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Marilah kita mempelajari tradisi dan kepercayaan yang telah diwariskan kepada kita ini agar Pesta Kaamatan pada tahun-tahun yang akan datang dapat membantu sesama kita untuk mendengar dan memahami konsep dan soalan yang selalu ditujukan kepada setiap peserta Unduk Ngadau Kaamatan kita di Peringkat Daerah mahupun di Peringkat Negeri Sabah. Tetapi saya juga mahu agar mereka yang kini dalam perancangan untuk mengikuti Sugandoi Kaamatan ataupun Mr Kaamatan perlu tahu tentang hal ini. Jangan risau dan takut kerana penjelasan tentang hal nama-nama gong ini dapat membantu anda semua kio. Semoga Tuhan memberkati anda semua.

Nama-nama gong yang perlu kita fahami mengikut dialek Penampang.

Gandang.

1. Saasalakan (gong pertama)
2. Naananangon / Kukulivadon (gong kedua)
3  Haahambatan (gong ketiga)
4. Kukulimpo'on (gong keempat)
5. Tootongon (gong kelima)
6. Tatavag (gong keenam)

    Terdapatnya pelbagai erti dan maksud yang telah saya sebutkan tadi. Tetapi yang perlu kita fahami lagi adalah peranan Kulintangan dan gong Penampang Sabah ini. Marilah kita mempelajari lagi kepentingan Kulintangan ini.

    Kulintangan dan gong Penampang digunakan dalam upacara adat dan perayaan terutamanya di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan di Sabah. Alat-alat muzik ini iaitu Kulintangan juga digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian. Ini sering kali kita melihat pada waktu masa-masa tertentu khususnya pada Pesta Kaamatan ataupun keramaian yang diadakan. Biasanya alat muzik Kulintangan ini dimainkan pada majlis perkhawinan mengikut adat dan tradisi tempatan.

    Itulah sebabnya mengapa Kulintangan amat penting untuk budaya masyarakat kita. Alat muzik Kulintangan ini adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar dan manakala gong Penampang adalah sejenis gong yang lebih besar. Kedua-dua ada perbezaan saiz tetapi jika dimainkan secara serentak akan menghasilkan irama dan melodi yang baik dan indah.
Kedua-dua alat ini juga sering dimainkan bersama dalam satu ensembel muzik untuk menghasilkan bunyi yang harmoni. Bagi kita yang ingin tahu lagi tentang perkataan ini "ensembel" sila rujuk maksud dan ertinya di bawah ini. Saya hanya memberikan penjelasan sesuai dengan cara dan pemikiran kita sebagai orang yang sederhana dan kampungan style kio, agar kita semua boleh belajar tanpa menggunakan idea dan penjelasan yang sukar (yang susah mau tau bah gitu).

    Maksud "ensembel" dalam konteks muzik ialah sekumpulan pemuzik, sama ada instrumental atau vokal, yang bermain Ensembel juga merujuk kepada gabungan dua atau lebih daripada ahli muzik yang menghasilkan muzik secara bersama.
Dan untuk kumpulan muzik, ensembel adalah sinonim dengan kumpulan muzik yang terdiri daripada dua atau lebih ahli yang memainkan alat muzik atau menyanyi. Ensembel juga boleh menggabungkan pelbagai jenis alat muzik untuk mencipta harmoni dan melodi. Ensembel boleh terdiri daripada pemuzik vokal sahaja, pemuzik instrumental sahaja, atau gabungan keduanya. Ini sering dikatakan sebagai vokal dan instrumental. Ensembel boleh memainkan pelbagai jenis muzik, termasuk muzik tradisional dan kontemporari. Erti dan maksud kontemporari  ini adalah merujuk kepada pada masa yang sama, semasa, atau masa kini. Ia merujuk kepada sesuatu yang berlaku atau wujud pada masa sekarang, atau berkaitan dengan zaman sekarang. 

    Daripada tradisi dan lisan yang telah kita dengar dan pelajari, Kulintangan dan gong Penampang digunakan dalam upacara seperti perkahwinan, penyembahan semangat, dan ritual pemujaan. Selain itu, alat-alat muzik ini juga dimainkan semasa perayaan dan majlis keramaian, seperti Tadau Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi.

    Dan marilah kita baca kembali disini pengertian tentang nama-nama gong tersebut dan bagaimana kita perlu menggunakannya.

Gong ensemble - Sompogogungan.
Pukulan gong / Gong beating:
1. Magagung
2. Dunsai
3. Botibas

Tagung Do Penampang / Tahos do Tagung / Tuntungon (Kadazan Penampang).

    Untuk bahasa kampungan style kita ini iaitu bagi Sabah bah, anda boleh bertanya maksud dan ertinya kepada mereka yang tahu pasal ini kio. Ada baiknya saya kasih campur sedikit bahasa orang-orang kita ini supaya boleh memahaminya dari awal dan sampailah perkongsian ini selesai.

1. Magagung - tagung tavasi montok onu nopo  kaantakan tavasi miaga ko Kaamatan, Kalamazan, om Matod (wedding / khawin).
(Diadakan sewaktu Pesta Kaamatan dan juga keramaian yang diadakan)

2. Dunsai (tagung talaat) - ogungon songian kivaa noopo minidu pogun, au kavasa pounion ogungon do suka suka, kosogit songinan vogok.
(Dilakukan pada masa-masa tertentu iaitu pada waktu seorang telah meninggal dunia).

3. Botibas - tagung do pangazou / warrior dance / tarian mingkuntau. Nga apagau di okito om aagung iti do baino tu okuudi tuhun koiho ingkuo magagung do Botibas, ogungon nogi tagung diti dipoguhui kahapas / opongoh momohobong tuhun minidu pogun.
(Botibas ini juga telah dilakukan pada waktu setelah selesainya upacara pengebumian seorang yang telah meninggal dunia).

Dan marilah kita mempelajari tradisi dan kepercayaan tentang pantang larang gong Kadazan Penampang.

1. Jika gong di pinjam untuk membunyikan gong Dunsai, peminjam tersebut harus memberikan sogit seekor ayam kepada pemiliknya selepas 7 hari gong itu telah digunakan.

2. Gong yang digunakan untuk Dunsai tidak boleh digantungan pada kayu seperti Magagung tagung tavasi kerana gong Dunsai itu hanya diletakkan bersebelahan dengan Hungun (keranda) orang yang telah meninggal dunia itu. Dan kebiasaannya gong Dunsai akan di palu pada waktu dan masa-masa tertentu seperti mengikut jam pada 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan pada jam 12 tengah malam (modtudau). Dan gong Dunsai juga akan di palu ketika mengiringi seorang yang telah meninggal dunia ke tanah perkuburan dan semasa pengebumiannya. Selepas selesainya upacara pengebumian, gong Dunsai akan diberhentikan dan dituruti dengan gong Botibas serta gong Magagung sebanyak 3 kali sebagai isyarat bahawa upacara pengebumian telah selesai.

3. Apabila gong tidak dibunyikan / digunakan lagi, gong itu hanya akan digantungkan pada tempat yang telah dikhaskan (disediakan) dan tidak boleh kasih "tangkub" (diletakkan). Biasanya nasihat orang-orang tua dahulu kio nanti itu gong bobou kaa.

4. Dan gong yang diiringi dengan paluan Kulintangan dikenali sebagai "Nogungan do Duvanson" .

5. Magagung tagung tavasi juga sering di palu ketika upacara ritual momolianism seperti  Modsuut, Mangampah, Papasazau do Miontong, sazau do Mundang, Popohoput do hoputan, Papasazau Do Bamba'azon, Magang dan banyak lagi.
Momolianisme adalah sistem kepercayaan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun, Murut, dan Rungus di Sabah, Malaysia. Sistem kepercayaan ini dianggap sebagai peraturan ilahi tentang ibadat, tingkah laku dan cara hidup. Masyarakat adat Kadazan-Dusun telah dengan cerdik memasukkan sistem nilai-nilai keagamaan mereka ke dalam kehidupan sosial mereka dan menjadikannya hukum adat setempat yang dikenal sebagai Adat.

6. Dan jika gong-gong yang sudah lama tidak di palu (dibunyikan) biasanya diadakan satu upacara ritual yang dilakukan oleh Bobohizan yang dikenali sebagai Momosik do Tagung. Menurut kepercayaan tersebut, semangat Tagung / Gong akan di bangunkan oleh Bobohizan sambil menggunakan kata-kata "Ina'it" mantera yang dikatakan dan dipercayai boleh membangunkan semangat Tagung yang sudah lama tidak dibunyikan.

    Apapun perkongsian disini, marilah kita mempelajari tradisi tempatan kita di Sabah Malaysia ini agar kita dapat memperkembangkan idea-idea kita seterusnya. Saya berharap agar kita melihat bagaimana Tuhan hadir dalam setiap aspek kegiatan dan kehidupan kita semua. Pesan saya untuk anda semua, jadikanlah kehidupan kita ini sesuai dengan kehendak Tuhan dan bukannya mengasingkan tradisi budaya masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa di dalam Perjanjian Lama Allah hadir dan berkarya dalam setiap peristiwa dan memberikan kebebasan agar manusia itu memilih yang baik dan menolak amalan nekromansi. Bagi semua kita yang beragama Katolik, saya mengakhiri perkongsian ini dengan berkat doa dan perlindungan dari Tuhan agar budaya masyarakat kita di masa hadapan menjadikan kita anak-anak Allah Bapa dan mewujudkan komuniti yang bebas dari amalan nekromansi dan kuasa kegelapan. Saya menutup perkongsian ini dengan memberikan penjelasan secara singkat tentang Unduk Ngadau dan Huminodun. Tuhan memberkati kita semua.

    Huminodun dan Unduk Ngadau adalah dua elemen penting dalam perayaan Tadau Kaamatan, pesta menuai masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Huminodun adalah legenda seorang gadis yang dikorbankan untuk menyelamatkan kaumnya, sementara Unduk Ngadau adalah pertandingan ratu cantik yang diadakan sebagai penghormatan kepada semangat Huminodun. Huminodun adalah tokoh legenda dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Dia dikisahkan sebagai seorang gadis yang rela dikorbankan oleh bapanya, Kinoingan, untuk menyelamatkan kaumnya dari kebuluran. Kisah Huminodun ini menjadi simbol pengorbanan, ketaatan, dan semangat rela berkorban demi kebaikan orang lain. 

    Unduk Ngadau berasal dari perkataan "runduk tadau" yang bermaksud "gadis yang dimahkotai sinar matahari". Unduk Ngadau dianggap sebagai jelmaan semangat Huminodun yang bangkit dari kakanan (tempat padi disimpan) setelah tujuh hari pengorbanan Huminodun. Dan pertandingan Unduk Ngadau diadakan untuk memperingati pengorbanan Huminodun dan untuk merayakan musim menuai (Kaamatan). Unduk Ngadau juga melambangkan kecantikan, kebaikan budi, dan semangat Huminodun. 

Kaitan Huminodun dan Unduk Ngadau.

    Unduk Ngadau adalah simbol penghormatan kepada semangat Huminodun. Pertandingan Unduk Ngadau adalah cara untuk mengenang dan merayakan jasa Huminodun dalam menyelamatkan kaumnya. Peserta Unduk Ngadau diharapkan dapat meneladani semangat Huminodun dalam kehidupan seharian.  Ringkasnya, Huminodun adalah legenda pengorbanan, manakala Unduk Ngadau adalah perayaan yang memperingati dan merayakan pengorbanan tersebut serta semangat Huminodun yang diwarisi hingga kini. Apapun perkongsian tentang semua ini, saya juga berharap agar makna dan kaitannya dengan sejarah dan budaya masyarakat kita di Sabah Malaysia ini bukannya melihat pangkat dan kelulusan pendidikan yang tinggi sebagai aset untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau tetapi melihat kembali kegembiraan dan wajah-wajah sukacita yang miskin dan sederhana dan yang tidak berpengetahuan dan berpendidikan. Marilah kita wujudkan kembali damai dan kasih Allah ini untuk semua orang.

    Huminodun ialah seorang gadis dalam mitologi Kadazan-Dusun yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan rakyatnya daripada bencana kelaparan, dan jenazah beliau menjadi sumber makanan pertama manusia. Manakala Unduk Ngadau ialah pertandingan ratu cantik yang diadakan sempena perayaan Tadau Kaamatan dan ia melambangkan semangat dan kebaikan budi Huminodun, serta ia berasal daripada perkataan "Runduk Tadau" yang bermaksud "gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari". 
Legenda Huminodun.

Pengorbanan untuk Kesejahteraan Rakyat:

    Huminodun adalah anak perempuan kepada Kinorohingan dan isterinya Suminundu yang mengorbankan diri demi menghentikan bencana kelaparan yang melanda kaum Kadazan-Dusun. 

Sumber Makanan:

    Jasad Huminodun dikatakan menjadi sumber makanan pertama, di mana isi tubuhnya menjadi padi, darahnya menjadi lada, kepalanya menjadi kelapa, dan jari-jemarinya menjadi halia. 

Asal-usul Makanan dan Padi:

    Kisah Huminodun menjadi asas kepada ritual penanaman padi dan kepercayaan kepada Bambarayon (semangat padi) dalam komuniti Kadazan-Dusun. 
Unduk Ngadau sebagai Simbol.

Jelmaan Roh Huminodun:

    Setelah Huminodun dikorbankan, semangatnya dikatakan bangkit semula sebagai Unduk Ngadau yang muncul dari kakanan (tanah atau bumi) selepas tujuh hari, dan dipercayai sebagai jelmaan Huminodun. 

Simbol Kecantikan dan Kebaikan Budi:

    Perkataan Unduk Ngadau, yang berasal daripada "Runduk Tadau" (gadis yang dimahkotakan cahaya matahari), digunakan untuk melambangkan kecantikan, kebaikan budi, keberanian, dan pengorbanan Huminodun. 

Pertandingan Ratu Cantik:

    Pertandingan Unduk Ngadau diadakan setiap tahun semasa Tadau Kaamatan untuk menghargai pengorbanan Huminodun dan mengekalkan warisan budaya tersebut. 

    Kinorohingan bapa huminodun merujuk kepada Tuhan atau Pencipta Agung dalam kepercayaan Kadazan Dusun yang merupakan bapa kepada Huminodun dalam kepercayaan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Huminodun adalah anak perempuan Kinorohingan yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan umat manusia daripada kelaparan, dan jasa pengorbanannya dikenang dalam perayaan Tadau Kaamatan, yang dirayakan sebagai penghormatan kepada semangat padi dan hasil tuaian. 

Siapa Kinorohingan?
    Kinorohingan ialah Tuhan atau Pencipta Agung dalam kepercayaan dan penduduk Kadazan Dusun di Sabah. 
Kinorohingan adalah suami kepada Suminundu dan bapa kepada Huminodun.

Siapa Huminodun?

    Huminodun ialah anak perempuan Kinorohingan dan Suminundu. 
Huminodun mengorbankan dirinya dengan tubuh badannya yang ditanam di bumi. 
Daripada jasadnya, tumbuhlah tumbuhan seperti padi, yang menjadi sumber makanan kepada kaum Kadazan-Dusun. 

Kaitan dengan Tadau Kaamatan.

    Kisah pengorbanan Huminodun menjadi asas kepada perayaan Tadau Kaamatan. 
Perayaan ini diadakan setiap tahun untuk mengenang jasa Huminodun dan untuk mensyukuri hasil tuaian padi. Dalam perayaan ini, diadakan pertandingan Unduk Ngadau, yang melambangkan kejelmaan semangat Huminodun yang hidup kembali sebagai simbol kecantikan dan kebaikan. 

    Suminundu adalah isteri kepada Kinorohingan, yang merupakan nama Tuhan Pencipta dalam kepercayaan kaum Kadazandusun dan Dusun Lotud. Dalam kepercayaan ini, Suminundu dipercayai dicipta dari rusuk Kinorohingan dan memainkan peranan penting dalam penciptaan bumi. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun, yang kemudian mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan manusia daripada kebuluran. 

Latar Belakang Suminundu:

Isteri kepada Kinorohingan: Suminundu adalah pasangan kepada Tuhan Pencipta (Kinorohingan)

Penciptaan: Dipercayai dicipta dari sebelah rusuk Kinorohingan, mencerminkan kepentingan penciptaan wanita dalam pandangan spiritual. 

Peranan dalam Penciptaan Bumi: Suminundu memainkan peranan penting dalam proses penciptaan bumi. 

Anak Perempuan: Suminundu dan Kinorohingan mempunyai seorang anak perempuan yang jelita, iaitu Huminodun. 

Kisah Huminodun: 

    Huminodun kemudiannya mengorbankan dirinya kepada roh bumi.
Pengorbanan ini menjadi balasan untuk mendapatkan hasil tanaman yang melimpah kepada kaum Kadazandusun, yang menghadapi bencana kebuluran.
Daripada jasadnya, tumbuh pokok padi, yang menjadi sumber makanan utama suku kaum tersebut. 
Jelmaan roh Huminodun dipercayai kembali sebagai Unduk Ngadau dalam Perayaan Kaamatan.

    Bambarayon bukanlah Kinorohingan; Bambarayon adalah semangat padi, manakala Kinorohingan adalah Tuhan atau Pencipta tertinggi dalam kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun. Bambarayon (semangat padi) adalah jelmaan dari tubuh Huminodun, anak perempuan Kinorohingan, yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan rakyat daripada kelaparan, dan semangat padi ini dihormati melalui Pesta Kaamatan. 

Perbezaan Utama: 

    Kinorohingan: Tuhan atau Pencipta Agung dalam kepercayaan Kadazan Dusun.
Bambarayon: Semangat yang terdapat dalam padi, yang berasal dari tubuh Huminodun, anak perempuan Kinorohingan dan Suminundu.

Kisah Asal Usul: 

    Pada zaman dahulu, manusia menghadapi kelaparan.
Kinorohingan, Tuhan atau Pencipta tertinggi dalam kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun, mengorbankan anaknya yang bernama Huminodun untuk menyelamatkan mereka.
Dari pengorbanan Huminodun, benih padi tumbuh, lalu lahirlah Bambarayon, iaitu semangat padi yang menjaga kelangsungan hidup manusia. Oleh itu, Pesta Kaamatan diadakan untuk menghormati Bambarayon (semangat padi) sebagai bentuk rasa syukur kepada Huminodun dan Kinorohingan atas rezeki padi yang diberikan. 

Jonathan Fabian Ginunggil,
Pelayan Atasan Tertinggi,
Yesus, Maria, Yusuf Pelayanan Kasih
(Blessed and Saints and the Nine Choirs of Angels)

Rujukan:

No comments:

Santo Adrian Fortoscue, Martir.

Santo Adrian Fortoscue , Martir. Santo Adrian lahir pada tahun 1476. Beliau adalah seorang perwira ordo Malta dan keponakan istri kedua H...